[ᴠɪᴅᴇᴏ] ᴊɪʀᴀɴ ᴄᴀʟʟ ᴋᴜᴄɪɴɢ ᴛᴜɴɢɢᴜ ᴅɪ ᴘᴇᴛɪ ꜱᴜʀᴀᴛ, ʀᴜᴛɪɴ ᴍᴀᴋᴀɴ ᴛᴇɴɢᴀʜᴀʀɪ ᴋᴇɴᴀ ᴊᴇᴍᴘᴜᴛ ᴛᴜᴀɴ ʙᴜᴀᴛ ɴᴇᴛɪᴢᴇɴ ‘ɢᴇʀᴀᴍ’

Bukan sahaja si comel kucing ini bijak dan manja malah kadang kala kelakuan lucunya mengundang pemilik juga hairan terutama apabila merayap keluar rumah namun perlu di jemput pulang.

Ada netizen yang memelihara kucing turut berkongsikan sebab perkara itu berlaku kerana ada yang kuat bermain di luar pandai pulang sendiri namun ada juga kucing yang lupa jalan pulang sehingga perlu di jemput tuan.

Bagi individu pengguna TikTok ini pula, dia berkata kucing miliknya yang sudah kelihatan lapar mahu balik namun tidak reti balik sendiri sehingga memerlukan dia menjemputnya. Alahai comel sungguh perangai!

Melalui ruangan kapsyen, ujarnya lagi bahawa dia menerima panggilan telefon daripada jiran yang mengatakan kucingnya yang diberi nama Yogi sedang menunggu di peti surat.

Malah kelihatan lapar disamping yang lebih melucukan individu ini berkongsikan bahawa ia rutin harian si comel kesayangannya itu untuk menjemputnya makan tengahari.

Video: klik disini untuk tonton

Menjenguk ke ruangan komen pula, video yang dimuat naik itu telah mendapat bermacam-macam respon lucu oleh netizen yang nampaknya turut mengalami hal yang sama sepertinya.

Dalam pada masa yang sama, rakaman video yang dikongsikan di TikTok itu meraih lebih 100,000 ribu tontonan disamping menerima ribuan tanda suka. Comel sungguh!

“Sama kucing aku…”

“Sebenarnya dia malas…”

Sumber : HCL

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini