2 M4ngsa Kejadian Tanah Runtuh Di Jumpai, lni Keadaan M4ngsa

PETALING JAYA: Dua daripada 15 buah rumah dikhuatiri tertimbus sepenuhnya dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang di sini, petang ini.

Dalam kejadian itu, seorang daripada empat penghuni kediaman tersebut diselamatkan pasukan bomba pada pukul 6.54 petang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.54 petang dan tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian.

Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan ke lokasi kejadian.

“Hasil maklumat awal berlaku tanah runtuh hingga menyebabkan 15 buah rumah dan 10 kenderaan tertimbus.

“Seorang mangsa lelaki dikeluarkan dan kita sedang mengenal pasti jika terdapat mangsa lain yang tertimbus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pasukan bomba masih menjalankan operasi menyelamat namun pergerakan tanah masih berlaku di lokasi kejadian. – UTUSAN

“Mangsa pertama berusia 84 tahun dan mangsa kedua yang telah ditemui sebentar tadi dipercayai merupakan pasangan suami isteri.

“Kerja mencari kini sedang dijalankan bagi mencari tiga lagi mangsa termasuk seorang pekerja penyelenggaraan syarikat utiliti,” kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis.

“Mangsa pertama berusia 84 tahun dan mangsa kedua yang telah ditemui sebentar tadi dipercayai merupakan pasangan suami isteri.

“Kerja mencari kini sedang dijalankan bagi mencari tiga lagi mangsa termasuk seorang pekerja penyelenggaraan syarikat utiliti,” kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis.

Mayat kedua mangsa tertimbus ditemukan

Ampang: Mayat kedua mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2 di sini, berjaya ditemukan dan dibawa keluar pada 11 malam tadi.

Mayat itu dipercayai adalah seorang lelaki dan ketika ini pencarian dua lagi mangsa tertimbus sedang dijalankan.

Terdahulu, pasukan mencari dan menyelamat berjaya membawa keluar korban pertama runtuhan tanah itu pada 9.15 malam.

Mayat mangsa wanita berusia 80-an itu ditemukan dalam rumahnya

‘Berlaku 2 kali runtuhan’ – Saksi

Ampang: “Saya dengar bunyi dentuman kuat dan melihat tanah runtuh berhampiran rumah saya,” kata penghuni di kawasan perumahan Taman Bukit Permai 2 di sini, yang mengalami tanah runtuh hari ini.

Azril Sham Mohamed, 50, berkata, dia baharu saja tiba di rumahnya dari tempat kerjanya di Bangi ketika kejadian pada 6 petang itu.

“Saya terus memanggil isteri dan anak supaya keluar untuk menyelamatkan diri ke kawasan selamat.

“Ketika kejadian, saya melihat dua kali runtuhan tanah berlaku disertai dengan hujan gerimis,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, dia menetap di taman perumahan terbabit sejak 13 tahun lalu dan insiden tanah runtuh itu adalah kali pertama berlaku di kawasan berkenaan.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan lima individu dipercayai tertimbus dalam kejadian membabitkan 15 rumah di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, dua mangsa yang juga pasangan suami isteri berusia lingkungan 80-an berjaya dibawa keluar dengan mangsa wanita disahkan meninggal dunia pada 9.15 malam.

Sumber:SiakapKeli

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini