Baca Dua Ayat Ini Tiap Malam, Insya Allah Anda Akan Terkejut, Rezeki datang Melimpah Dari Sumber Yang Anda Tak Pernah jangka!!







Muslimah membaca Al-Quran





Ada dua ayat
di dalam Al-Quran yang jika dibaca setiap malam maka orang yang
membacanya akan diberikan kecukupan. Dua ayat saja? Iya, hanya dua ayat.





Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


من قرأ بالآيتين من آخر سورة البقرة فى ليلة كفتاه


"Siapa yang membaca dua ayat terakhir dari surat Al Baqarah pada malam hari, nescaya ia mencukupi." (HR. Bukhari dan Muslim)





Dalam
Nuzhatul Muttaqin syarh Riyadhush Shalihin, Syaikh DR Mustofa Said Al
Khin, Syaikh DR Mustofa Al Bugho, Syaikh Muhyidin Mistu, Syaikh Ali Asy
Syirbaji dan Syaikh Muhammad Amin Luthfi menerangkan bahawa salah satu
makna mencukupi dalam hadis ini adalah mencukupi keperluan dunia dan
akhiratnya serta dapat dielakkan dari semua keburukan.





Hadis ini
pula yang dinyatakan oleh Ibnu Kathir ketika menjelaskan keutamaan dua
ayat terakhir surat Al Baqarah ini dalam tafsirnya.





Dua ayat terakhir dalam surat Al Baqarah tersebut tidak lain adalah firman-Nya:





آمن
الرسول بما أنزل إليه من ربه والمؤمنون كل آمن بالله وملائكته وكتبه ورسله
لا نفرق بين أحد من رسله وقالوا سمعنا وأطعنا غفرانك ربنا وإليك المصير





لا
يكلف الله نفسا إلا وسعها لها ما كسبت وعليها ما اكتسبت ربنا لا تؤاخذنا
إن نسينا أو أخطأنا ربنا ولا تحمل علينا إصرا كما حملته على الذين من قبلنا
ربنا ولا تحملنا ما لا طاقة لنا به واعف عنا واغفر لنا وارحمنا أنت مولانا
فانصرنا على القوم الكافرين





"Rasul telah beriman kepada apa yang
diturunkan kepadanya (Al Qur'an) dari Tuhannya, demikian pula
orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah,
malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka
mengatakan): "Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara
rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat."
(Mereka berdoa): "Ampunilah kami ya Rabb kami dan kepada Engkaulah
tempat kembali . "





Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang
diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.





(Mereka
berdoa): "Ya Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau
kami salah. Ya Rabb kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban
yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.
Ya Rabb kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup
kami memikulnya. Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan berilah rahmat
kepada kami.


Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. "(QS. Al Baqarah: 285-286)





Wallahu a'lam bissawab.




Post a Comment (0)
Previous Post Next Post