Info Solat : Baiki Cara Solat kita ... [ 10 Kesilapan Biasa Sering Dilakukan Khas Buat Perempuan ]







Baru saja lepas mendengar ceramah Ustazah Hjh Siti Khadijah


Din, sebentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak


dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti


kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru





kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah


kualitinya. Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah


lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau


boleh di kategorikan begitu.





Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita


mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri " sebelum menghadap Yg Esa;


Dua perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita berdiri tegak sebelum lafaz niat:





Minit Pertama -


Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita,


betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak untuk diberi peluang menghadap


yang Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal lah.





Minit Kedua -


Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat


kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai


Tuhan yg begitu menyayangi hamba2Nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu


menyayangi anaknya.





Setelah
dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat
takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan
kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus.


Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul,


penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sebagai wanita dan selayak2nya





adab untuk menghadap Tuhan.





1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir





i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga





ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga





iii. Mengangkat kedua2 tangan sehingga ke paras dada (bukan telinga).


Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan.


Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam


gemar bergayut2 dicelah lengan (bawah ketiak) utk mengganggu solat kita,


oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.





2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit


dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2


menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri agak2


selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.





3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib


dan sopan. Kedua2 tangan melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut.


Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga


dirapatkan ke badan dan sudut tepat.





4)
'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..";
dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca "...rabbanaa lakal
hamdu"





5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yang tertinggi".


Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua2 lutut ke lantai,


baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua2 tangan dirapatkan di bhgn bawah.





sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tangan dan


di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan


melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut


and kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar


menghala ke kiblat.





6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :





i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki





ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri ,dan kaki kanan dilentur agar ibu jari





menghadap kiblat.





7)
Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan
bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah
tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tangan.





8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "...illallahh. ..";


(semasa membaca "laa ilaa ha ILLALLAH"). Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.





9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh


mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling


kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan


sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh


ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.





10)
Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan
punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm
keadaan tunduk sedikit


kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi
dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita
sedang menghadap yg Esa.


Seterusnya sebelum selesai ceramah, Ustazah sempat mengingatkan


para hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati





ciri2 yg tertentu. Antaranya:-






1) Tidak jarang.


Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai


kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita


tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn


menggunakan lapis kain ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam dan





pastikan
sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm
telekung, pastikan bahu dan tangan tidak kelihatan warna kulit jika
diamati dari luar telekung.





2) Kadang2 sewaktu musafir,


ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja


(tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di


badan sahaja digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara


ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang.





Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah


tahu,
terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya
pakai stokin yg tebal (Ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai
ketika bersukan) ataupun jika


tiada, pakai 2 lapis.





3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.


Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka


yg rambut panjang, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung,


rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah.


Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang


agama. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat


kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa


agak berat.





Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini


memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam


utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun





kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya


mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun


dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat,


inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.


Jangan pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah


sekarang, jgn susah di alam baqa'.





Sekian
saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap
dimaafkan. Segala yg baik itu datang dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu
dari saya.





Wassalam.





Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanKu


biarpun satu ayat.




Post a Comment (0)
Previous Post Next Post