Seekor tikus telah dikurniakan pingat emas keberanian tertinggi kerana jasanya berjaya mengesan periuk api di Kemboja.
Pingat itu juga setaraf dengan penghormatan kepada orang awam tertinggi di United Kingdom.
Tikus yang bernama Magawa, jenis baka Afrika berusia lima tahun diberikan anugerah berkenaan oleh sebuah badan amal yang membantu haiwan cedera dan sakit milik golongan miskin.
Tikus belanda itu dilatih oleh organisasi Belanda, APOPO yang berpangkalan di Tanzania, untuk mengesan periuk api dan menunjukkan lokasinya dengan tepat.
Sepanjang khidmatnya di Kemboja, Magawa berjaya mengesan 39 periuk api dan 28 peledak yang tidak meletup.
Ia menjadikan tugas pihak berkuasa lebih mudah untuk mengesan letupan berkenaan dalam kawasan seluas 141,000 meter persegi.
Keberanian tikus berkenaan telah menyelamatkan ramai individu yang mungkin terkena jerangkap samar.