Tak sabar tunggu November, mak rentas negeri jumpa anak-anak... tapi langsung tak kenal si bongsu menyamar kerja Lalamove - “Dah macam-macam hint saya bagi”

KEBENARAN rentas negeri yang bermula pada 11 Oktober lalu disambut baik oleh rakyat negara ini.

Sejak tarikh itu, ramai anak perantau mengambil peluang untuk kembali ke kampung bagi bertemu keluarga dan ibu bapa mereka.

Namun, lain pula ceritanya melibatkan warga emas ini apabila dia yang merentas negeri untuk ke rumah anak-anaknya.

Arah Abdullah, 76, dari Merlimau, Melaka pada minggu lalu telah merentas negeri dan menginap di kediaman salah seorang anaknya di Sepang, Selangor.

Dalam kunjungan selama seminggu itu, dia turut diberikan kejutan oleh anak bongsunya, Reez, 33, yang menyamar sebagai pekerja penghantaran ketika dia menziarahi warga emas itu di rumah kakaknya pada Isnin lalu.

Kami adik-beradik rancang untuk pulang ke kampung pada November depan. Tapi mak yang datang dahulu ke rumah kakak saya di Sepang. Dah seminggu dia di rumah kakak.

Jadi pada Isnin, saya berkunjung ke rumah kakak menyamar sebagai ‘akak Lalamove’. Saya pakai baju kurung dan tudung yang dipinjamkan seorang kawan. Saya hanya berpakat dengan anak buah yang juga anak kepada kakak saya. Dia yang tukang rakam.

Itu idea saya sendiri. Adik-beradik pun tak tahu. Saya bawa cream puff, mihun dan mee yang saya buat sendiri. Mak langsung tak cam. Dah macam-macam hint saya bagi, dia tak kenal saya.

“Akhirnya, saya buka mask dan buka kaca mata, baru dia perasan. Dia memang terkejut,”

Mak dah balik ke Melaka pada Selasa. Dah seminggu dia di sini.

Menurut anak bongsu daripada sembilan beradik itu, dia turut sebak ketika membuat kejutan tersebut kerana sudah lama tidak bersua muka dengan ibunya.

Jelas Reez yang menetap di Shah Alam, pertemuan itu juga menjadi pengubat rindu selepas mereka gagal meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama pada Mei lalu.

Kali terakhir kami jumpa pada Mac lalu. Sejujurnya saya rasa gembira dan sebak. Saya sendiri pun rasa nak menangis. Lama tak jumpa, selama ini buat video call saja.

Saya cuma nak hargai mak. Dia pun gembira saya bawa banyak benda untuknya. Bila ingat balik, dulu mak besarkan kami adik-beradik sendirian lepas ayah meninggal dunia.

Macam-macam kerja mak buat demi anak-anak. Mak pernah cuci pinggan di kedai makan, memasak, buat part time pasang pelamin… saya pun pernah ikut, pernah rasa bagaimana susahnya mak cari duit. Sebab itu saya nak gembirakan dia,” ujar Reez yang bekerja di sebuah hospital di Shah Alam.

Menurut Reez, pertemuan pada Isnin lalu bagaimanapun tidak lengkap tanpa kehadiran tiga lagi adik-beradiknya.

Namun katanya, kesemua mereka sembilan beradik akan bersatu di kediaman ibunya di Melaka dalam reunion yang dirancang pada bulan hadapan.

Mak dah balik ke Melaka pada Selasa. Dah seminggu dia di sini. Mak tinggal bersama abang saya di kampung.

InsyaAllah, kami semua dah plan nak balik bulan depan. Nak jumpa semua sekali adik-beradik. Dah dua tahun kami tak beraya bersama,” ujarnya.

Dalam pada itu, Reez berkata dia menghasilkan video kejutan itu untuk tatapan pada masa akan datang.

Ujarnya lagi, fasa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ternyata perit apabila bukan dia sahaja, malah seluruh rakyat Malaysia tidak dibenarkan merentas negeri untuk bertemu keluarga masing-masing.

Video itu sekadar kenangan selepas PKP, benda ni untuk kenangan selamanya. Kita pun tak sangka akan berada dalam tempoh PKP selama ini,” ujarnya lagi.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post