“Tok kadi pun malas tanya byk soalan” – Netizen Terpegun Tengok Akad Nikah Jarak Jauh Sebab Kena Social Distancing

Selalunya cuti sekolah ni mesti banyak kenduri kawin sana sini. Tapi nak buat macam mana, banyak kenduri terpaksa tanggah sebab menyahut arahan kerajaan untuk elak berkumpul secara ramai-ramai.

Kali ni admin nak share pasal satu peristiwa yang menarik waktu Perintah Kawalan Pergerakkan ni. Menerusi Twitter @mohdkautharr, satu video akad nikah dijalankan secara berjauhan tanpa menyentuh juru nikah dan tak melibatkan ramai orang. Cuba korang tengok sendiri video kat bawah ni.

Tok kadi pun malas tanya banyak soalan

Buat perkara rukun je kan senang. Ni nak tanya soalan banyak-banyak sampai berpeluh pengantin lelaki tu pun payah gak. Paling tak leh tahan semua berdiri je pulak tu. Tak payah nak berbantal-bantal.

Betul, ikut perkara rukun je. Tak perlu nak beriya nak itu ini. Janji semua rukun sempurna dan sah. Settle terus.

Haa.. admin baru perasan. Rupanya tok kadi tu dalam rumah sebalik pagar. Memang betul-betul mengamalkan budaya kerja dari rumah. Patuh arahan betul!

Admin pun rasa sebak. Jadi sejarah untuk cerita ke anak cucu, nikah tanpa salam tok kadi dan sebalik pagar rumah.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post