Demikian luahan hati pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew mengenai nasib anak-anak kecil yang tidur dalam khemah plastik di Sao Paolo, Brazil.
“Dari semalam perasan dekat luar tingkap hotel saya ada beberapa anak kecil berlari-lari dan tidur dalam khemah plastik. Hari ini hujan lebat. Tengok khemah tu terbang. Mereka berlari betulkan khemah plastik. Sedih rasa. Mereka semua masuk dalam khemah.
“Saya pergi beli makanan, baju-baju dan keperluan lain. Pergi tengok khemah mereka. Ada tiga bayi, tiga wanita dewasa. Beberapa anak remaja semuanya perempuan. Setiap hari mereka tidur disini. Berat ujianmu anak. Mereka gembira bila kami ziarah mereka. Senyum je. Saya jadi tak lena memikirkan kasihan mereka. Hari ini hujan lebat,” tulisnya dalam catatan terbaharu mengenai misi kemanusiaannya di bumi Brazil.
Ustaz Ebit Lew kemudiannya menulis: “Walau dapat ukir sedikit senyuman pada mereka terasa gembira. Semoga Allah jaga mereka semuanya,” katanya.
Beliau memberitahu, usaha sama juga digerakkan bagi misi kemanusiaan di Malaysia, memberikan sinar kehidupan untuk mereka yang kesusahan.