Welcome Home Baby J. Ibu Koma Masa Hamil, Kamu Tetap Kuat Sayang!”

Percaturan Allah sangat hebat! Dalam keadaan ibunya yang koma, perlu ambil pelbagai jenis ubat dan bergantung susu semata-mata, ternyata Allah sayang baby Jihady Nasywan sehingga lahir sihat sempurna.

Siapa sangka walaupun ibunya, Jahidah Nordin koma sejak kandungan berusia 6 minggu sampailah sekarang ini, tapi kehadiran bayi dalam perut itulah penguat semangat. Ternyata ia satu keajaiban yang tiada siapa pun mengetahuinya.

Terkini, menerusi perkongsian di Facebook Baby J, nampaknya kepulangan si comel Jihady Nasywan membawa kegembiraan buat seluruh ahli keluarga.

Selepas dilahirkan secara emergency czer pada malam 30 November kerana air ketuban ibunya dah pecah awal, kelahiran itu berjalan lancar. Jika ikutkan perancangan doktor, baby Jihady perlu dilahirkan 1 Disember dan ibunya perlu dibius satu badan tapi Allah lebih mengetahui segalanya.

Selepas berada di wad selama dua hari, akhirnya baby Jihady dah dibenarkan pulang ke rumah cuma ibu masih lagi dalam pemantauan doktor.

Syukur Ya Allah..Engkau berikan kami Si Comel ini dalam keluarga kami…Selamat Datang Sayang baby J.

Auntie Uncle Grandpa & seluruh rakyat Malaysia sayangkan awak. Kuatnya awak sayang..Auntie tau awak akan jadi insan yang soleh, berjaya dunia akhirat.. Amin.

Menerusi laporan media sebelum, baby Jihady dilahirkan dengan berat 2 kilogram dan ketika keluar terus menangis seolah-olah memberi petunjuk yang dia sihat walaupun tak mendapat nutrisi yang sepatutnya seperti bayi normal lain.

Besarnya kuasa-Mu Ya Allah!

“Membesar dengan sihat ya sayang..”
Namun inilah yang dikatakan Allah Itu Maha Berkuasa. Kun Fayakun! Moga baby Jihady terus membesar dengan sihat, kuat dan menjadi pelindung buat ibunya bila dah besar nanti. Insyaallah!



Post a Comment (0)
Previous Post Next Post