Aktivis pengguna, Abang Ali Semboyan Malaysia meninggal dunia

Ali Salimin atau lebih dikenali sebagai Abang Ali yang juga aktivis Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia meninggal dunia hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Persatuan itu, Yusuf Azmi dalam entri terbaharu di laman Facebook rasminya pagi tadi.

Yusuf antara lain memaklumkan dia dalam perjalanan ke Hospital Muar untuk menuntut jenazah Allahyarham.
“Mohon maaf, saya tidak dapat jawab sebarang panggilan.

“Saya sekarang dalam perjalanan ke Hospital Muar, Johor bagi menuntut dan mandikan jenazah Allahyarham Ali Bin Salimin (Abg Ali).
“Saya Yusuf Azmi mohon doa saudara-saudari semua bermurah hati sedekahkan surah Al-Fatihah buat Allahyarham Ali Bin Salimin (Abg Ali),” jelasnya.

Difahamkan Allahyarham Abang Ali terlibat dalam kemalangan jalan raya di Pagoh, Johor.
Allahyarham sebelum ini aktif dalam menjalankan kerja aktivis bersama Semboyan Malaysia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post