Bayi Baru Lahir Ini Meninggal Dunia Sebab Nenek Bagi Makan Makanan 'Solid'

Bayi yang baru lahir ni memang sensitif dalam semua hal. Cara nak pegang, cara nak mandikan, jenis lampin, jenis susu, semua lah. Especially kalau bab makanan. Makanan bayi tak sama macam makanan orang dewasa sebab bukan semua makanan sesuai untuk tekak and digestion dorang.

Menurut perkongsian Lia Imelda Siregar kat Facebook, ada seorang baby baru lahir kat Indonesia ni meninggal dunia sebab nenek dia suapkan bubur pisang.

Bubur pisang ni dia suap kat anak-anak dia, tapi lepas tu dia suapkan sekali kat cucu lelaki dia yang baru lahir tu. Dalam entri tu Lia ceritakan yang lepas nenek tu suap bubur pisang, tiba-tiba keluar darah and bau busuk dari punggung baby tu. Maybe sebab masalah pencernaan, cepat-cepat dorang bawa baby tu ke unit kecemasan.

Bidan sebenarnya dah bagitahu nenek tu jangan kasi bubur pisang kat baby, tapi dia degil dan tetap jugak nak suapkan. Bila dah jadi macam ni, nenek tu cakap dia menyesal sangat sebab berkeras nak suap jugak makanan solid kat baby tu. Aduhai!

“Saya menyesal dengan apa yang saya dah buat. Walaupun bidan dah larang saya, saya degil. Masa lahir dia (bayi) 1.8 kg tapi lepas 10 hari dia jadi 1.3 kg,” kata nenek tu.

Masa sampai kat unit kecemasan tu doktor dah tak boleh buat apa sebab banyak darah keluar dari hidung, mulut dan dubur baby tu. Masa doktor nak keluarkan darah dari mulut dan hidung dia pun baby tu tercekik. Lepas sejam struggle, baby tu disahkan meninggal dunia.
Di akhir entri tu Lia cerita yang dia dah pesan kat nenek tu jangan buat macam tu dah lain kali sebab usus baby tak sama macam usus kita orang dewasa.

Ingat tau korang, bayi baru lahir seeloknya bagi susu ibu dan jangan nak try-try bagi solid food kat diorang ye!

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post