Paling Unik Dan ‘Seram’, Pasangan Ini Pilih Tema ‘Pre-Wedding’ Guna Perkakas Upacara Pengebumian

Setiap pasangan yang bakal berkahwin pastinya gemar untuk sematkan memori mereka bersama dalam pelbagai jenis bentuk dan juga platform. Agar semua kenangan manis tidak terhapus di hari tua.

Oleh sebab itu, ramai yang sanggup mengupah jurufoto atau juruvideo untuk merakam gambar pre-wedding bersama pasangan mereka untuk dijadikan kenangan. Tambahan boleh dijadikan sebagai memori untuk dikenang bersama anak-anak.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai apabila sepasangan bakal pengantin dari Thailand ini memilih konsep ‘sehidup semati’ bagi mejayakan sesi pengambaran mereka. Idea unik ini rata-rata mebuatkan orang ramai ‘seram’ dan menjadi bualan hangat di serata dunia.

Unik, tetapi berani ke nak tiru macam ni?
Menerusi perkongsian daripada jurufoto yang dikenali sebagai Nonts Kongchaw berkongsi foto pra perkahwinan yang memilih tema kematian. Konsep pre-wedding ini sangat rare ini sehinggakan jurufoto ini membuat kapsyen di Fscebooknya yang berbunyi ‘Love Beyond Death’

Untuk pengetahuan korang semua, perkakas yang digunakan semasa sesi pengambaran dikatakan sering digunakan untuk upacara pengebumian di Thailand.

Pre-wedding ini turut mendapat kecaman daripada penduduk setempat malah ada juga yang memuji idea kreatif mereka walaupun ia seakan menakutkan orang ramai.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post