13 maut bas persiaran jatuh dari lereng bukit

Seramai 13 orang disahkan terbunuh dalam kemalangan ngeri apabila sebuah bas persiaran melanggar tebing dan terjatuh dari lereng bukit, lapor laman berita Detik News, hari ini.

Kecelakaan itu terjadi di Bukit Bego, Kedungbueng Padukuhan, Desa Wukirsari, Kapanewon Imogiri, Kabupaten Bantul dalam wilayah Yogyakarta .

Bas tersebut berada dalam keadaan remuk teruk selepas kemalangan dengan cermin hadapan pecah dan beberapa tempat duduk juga turut remuk.

Ketua Trafik Polis Bantul, Asisten Komisioner Gunawan Setiyabudi berkata, terdapat 47 penumpang dalam bas itu yang sebelum kejadian, melakukan perjalanan dari Sukoharjo di Jawa Tengah.

“Terdapat 40 penumpang dalam bas ketika insiden berlaku. Setakat ini 13 orang disahkan maut termasuk pemandu bas, namun jumlah itu mungkin akan meningkat kerana pihak kami masih dalam proses mengecam mangsa,” kata Gunawan.

Menurutnya, bas berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tebing lalu terjunam ke bawah.

Salah seorang saksi mendakwa melihat penumpang bas tercampak keluar melalui tingkap sejauh 70 meter.

“Selepas bas berhenti, terdengar jeritan meminta tolong. Beberapa penumpang tercampak keluar. Bas itu terbabas ke bawah kerana melalui lereng bukit.

“Saya juga melihat pemandu bas memandu dalam keadaan berbahaya meskipun melalui jalan sempit dengan kelajuan kira-kira 80 kilometer sehingga tidak sempat menekan brek,” kata saksi kejadian, Elko.

Ketua Daerah Bantul, Abdul Halim Muslih berkata setakat maklumat yang diterima, rombongan itu baru pulang dari berkelah sempena hari keluarga syarikat perumahan.

sumber;.k online

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post