Akibat Jiran Suka Parking Kereta Depan Rumah, Tapi Apa Yang Lelaki Ni Buat Jadi Perhatian! hahaha

Geram dengan tindakan jiran yang kerap meletakkan kenderaan di hadapan rumah, seorang lelaki bertindak meletakkan satu nota sehingga ‘menyedarkan’ pemilik kereta tersebut! Mungkin korang boleh cuba taktik ini!

Menerusi video pendek dikongsi oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Nur Farhana, tampil meluahkan rasa geram dengan sikap jirannya yang dipercayai meletakkan kenderaan di hadapan rumahnya dengan sesuka hati.

Sebagai pengajaran kepada jirannya, suami kepada wanita ini meletakkan satu botol dan tertera tulisan kereta itu ingin dijual dengan harga RM800.00. Bukan itu sahaja, pembeli turut mendapat ganjaran istimewa iaitu menerima pam racun secara percuma.

Taktik tersebut membuahkan hasil selepas jirannya dilihat tidak lagi meletakkan keretanya di hadapan rumah mereka. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan tindakan yang diambil dan ‘berpuas hati’ dengan taktik yang digunakan. Kereta tak jadi jual, tuan tukar fikiran last minute.

Sumber: Nur Farhana

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post