Berusia 3000 Tahun, K0ta Emas Yang Hilang Di Bawah Padang Pasir Selama 1000 Tahun Ditemui

KAHERAH – Ahli-ahli arkeologi beberapa ketika lalu memuji penemuan k0ta purba paling besar di Mesir yang tertanam di bawah padang pasir selama 1,000 tahun, manakala pakar-pakar menyifatkannya antara penemuan paling signifikan sejak makam F!raun Tutankhamun dijumpai pada tahun 1922.

Pakar sejarah Mesir, Zahi Hawass mengumumkan penemuan ‘kota emas’ itu dan berkata, tapak tersebut ditemui dekat Lu­x0r yang menempatkan Lembah Para Raja.

“Misi ekskavasi Mesir di bawah kel0laan Zahi Hawass menemui kota kun0 yang hilang di bawah padang pasir.

“Kota itu berusia 3,000 tahun dan wujud ketika era peme­rintahan F!raun Amenhotep III dan terus digunakan oleh F!raun Tutankhamun dan F!raun Ay,” kata pasukan arkeol0gi tersebut dalam satu kenyataan.

Mereka menganggap penemuan tersebut sebagai k0ta purba paling besar pernah dijumpai di Mesir.

Betsy Bryan yang merupakan Profess0r Seni dan Arkeol0gi Mesir dari Universiti Johns Hopkins berkata, penemuan arkeol0gi itu adalah yang kedua paling pen­ting sejak penemuan makam Tutankhamun.

Barang kemas seperti cincin ditemui bersama periuk belanga, tangkal dan bata tertera cap mohor Amenhotep III. “Banyak misi arkeologi asing mencari k0ta ini tetapi mereka tidak pernah menemuinya,” kata Zahi Hawass yang juga bekas Menteri Antikuiti Mesir.

Pasukan tersebut memulakan ekskavasi pada September 2020 di sebuah l0kasi di antara kuil Ramses II dan Amenhotep III dekat Luxor, sekitar 500 kilo­meter ke selatan ibu negara Mesir, Kaherah.

“Dalam masa beberapa minggu saja, formasi bata mula muncul dari segenap arah.

“Apa yang mereka temui adalah tapak sebuah kota purba besar yang berada dalam kea­daan terpelihara dengan dinding-dinding dan perkakasan yang digunakan dalam kehidupan ha­rian berada dalam keadaan hampir sempurna,” katanya.

Amenhotep III mewarisi empayar luas yang bermula dari Sungai Euphrates hinggalah ke Sudan, kata pakar-pakar arkeologi dan meninggal dunia sekitar 1,354 tahun sebelum masihi.

F!raun itu memerintah selama hampir empat dekad dengan pemerintahannya dikenali kerana pembinaan monumen besar dan hebat termasuk C0lossi of Memn0n iaitu dua patung batu dekat Lux0r yang mewakili dirinya dan isterinya, Permaisuri Tiye. – AFP

Sumber: kalamindah

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post