(Vide0) Aneh, Air Keluar Deras Dari Pok0k Yang Ditebang Seperti Air Terjun

Kebiasaannya air keluar daripada punca mata air dan mengalir terus ke sungai. Tetapi, pernahkan anda lihat sendiri air keluar daripada sebatang pokok? Baru-baru ini, tular sebuah video yang dikongsikan daripada akaun TikTok michaeladams1310 yang memaparkan air mencurah keluar daripada tengah pokok.

Video tersebut menjadi tular dan mendapat perhatian warganet apabila mendapat tontonan sebanyak 20.1 juta. Berdasarkan laporan daripada Newsweek, video tersebut dirakam oleh Michael Adams, yang menggambarkan dirinya sebagai “Pemanjat Pokok Kediaman” menunjukkan pokok yang ditebang itu mencurahkan air pada bahagian tengah selepas ditebang.

Dalam video tersebut, Adams berkata pokok itu telah mengeluarkan air sekurang-kurangnya seminit sebelum dia memulakan rakaman. Menurut video yang dikongsikan, kelihatan semburan air berwarna coklat keluar dari bahagian yang telah ditebang. Salah seorang daripadanya dilihat sedang membersihkan serpihan dari lubang itu dengan kayu. Namun, semakin banyak air yang mengalir keluar daripadanya.

Kata Adams, ini adalah kali pertama dia melihat pokok mencurahkan air daripadanya. Dalam video berikutnya, dia menunjukkan bahagian tengah pokok itu selepas ditebang dengan telaga air di akarnya. Sementara rakannya menggergaji batang pokok tersebut, dia telah menyentuh air itu.

Tonton Video

Jelasnya dalam posting berikut, terdapat rongga di bahagian atas menyebabkan pokok itu perlahan-lahan mereput dari dalam ke bahagian luar. Ia telah menyebabkan pokok tersebut berisi air dari masa ke masa. Pokok tersebut dikatakan banyak ditemui di seluruh Amerika Utara dan merupakan pokok daun luruh yang boleh membesar sehingga 70 kaki tinggi. Kelebaran batangnya pula boleh mencecah sekitar empat kaki. Walaupun pokok memperoleh nutrisi daripada air, tetapi kejadian ini merupakan satu yang luar biasa.

Sumber : TikTok michaeladams1310 via siakapkeli

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post