Suami Isteri Warga Emas M4ut Disambar Pet1r Ketika Beriadah..oRAng TUA dulu dulu selalu melarang kalau pet4ng pet4ng hujan kilat j4ngan main..

Sepasang suami isteri warga emas berbangsa Cina m4ut disambar petir ketika beriadah di padang permainan di Bandar Puchong Jaya, petang kelmarin.

dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Yee Boon Koo, 59 dan isterinya Ooi Lee Chen, 57, dilihat terbaring oleh orang awam di padang permainan Jalan Kenari 10 selepas dipanah petir.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Lee Wai Leong, ketika anggota polis tiba di lokasi kejadian, kelihatan mangsa berdarah di bahagian kepala dan muka yang berkemungkinan akibat terjatuh atau terhantuk.
Pembantu perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang tiba lokasi pada jam 7 malam mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.”

Pemeriksaan polis menemui kesan serpihan panahan petir pada batu laluan pejalan kaki di lokasi kejadian, tambah Superintendan Lee.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan m4yat kedua-dua mangs4 dibawa ke PPUM untuk bedah siasat.- CARI

sumber foto: BH Online



Post a Comment (0)
Previous Post Next Post