Gelagat Lelaki Makan Mata Lembu Secara Mentah Jadi Bualan Netizen

Kecoh di media sosial rakaman seorang lelaki yang makan bahagian mata lembu secara mentah semasa Hari Raya Aidiladha baru-baru ini. Kebanyakan netizen turut sama berasa terkejut dan memberitahu ini adalah kali pertama mereka melihat seseorang menikmati bahagian lembu itu secara mentah seperti itu.

Perkongsian tersebut juga tular sebaik sahaja ianya dikongsikan dan kini menerima lebih sejuta tontonan setakat ini. Difahamkan, kejadian itu dirakamkan sebaik sahaja ibadah korban selesai dijalankan semasa perayaan Hari Raya Aidiladha pada Ahad lalu.

Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang lelaki yang seperti baru sahaja selesai melakukan ibadah korban di kampungnya. Dia kemudiannya memegang bahagian mata lembu yang masih lagi mentah untuk dimakan begitu sahaja.

Turut dapat dilihat, lelaki itu menggigit bahagian mata lembu itu dan menyedut isinya secara mentah sekaligus membuatkan ramai terkejut melihatnya. Ramai juga yang baru sahaja tahu bahagian mata lembu boleh dimakan mentah seperti yang dilakukan lelaki ini.

Menurut lelaki itu, dia menggambarkan rasa mata lembu itu sama sahaja seperti mata ikan yang selalu dimakan. Meninjau di ruangan komen pula, ada juga netizen yang berasa loya melihat gelagat lelaki itu dan ada juga yang tertarik untuk mencubanya.

“First time tengok orang makan biji mata lembu mentah-mentah. Tiba-tiba tekak saya jadi loya.”

“Kalau saya buat macam ni alamatnya breakfast pagi tadi keluar sekali.”

“Serius lah, aku baru tahu ada orang makan gitu.”

komen

“Ghisau tengok. Kembang tekak kita tapi tak silap mata lembu ni orang buat ubat kan…”

sumber;HCL



Post a Comment (0)
Previous Post Next Post