Periksa Dulu Baru Bagi Anak Makan, Bahayanya Anak Makan Ayam Separuh Masak

Memilih untuk menyediakan makanan sendiri buat anak memang puas hati. Namun bila dilanda kesibukan kerja, terpaksalah belikan sahaja makanan buat anak. Dalam berjaga-jaga dari aspek kebersihan, anak adakalanya terkesan dengan makanan yang dibeli di luar.

Ayam goreng dengan darah yang masih berbaki pada ayam dan tidak digoreng sehingga benar-benar masak sememangnya memudaratkan anak kecil kita. Jangan pandang ringan malah boleh memudarahkan anak. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Cuba puan ingat balik betul-betul, ada tak belikan apa-apa makanan dari luar, delivery ke, beri pada dia sehari dua ni?”

“Tak adalah doktor. Sepanjang kena duduk rumah ni semua makanan masak sendiri. Pelik saya tiba-tiba dia jadi begini.”

Sayu suara si ibu menjawab seraya menoleh ke arah anaknya yang sedang terbaring di atas katil.

Remuk hati melihat betapa lemahnya keadaan badan si kecil tu. Langsung tak bermaya. Kedua belah mata pun mencengkung. Dehydrated teruk!

Mana taknya, sejak pagi tadi dah berbelas kali muntah dan cirit birit. Sampai je kat hospital, jarum branula terpaksa dimasukkan ke saluran darah di kedua-dua belah lengan untuk proses rawatan kecemasan.

Sebenarnya doktor, malam semalam saya ada suapkan nasi ayam yang saya bawak balik dari tempat kerja.

Silap saya. Mula-mula lagi saya perasan ada kesan darah pada bahagian sendi tulang ayam tu. Daging pun agak kemerahan, macam tak cukup masak.

Tapi dia beria mintak nak rasa, tak sampai hati saya nak tolak. Itu yang berikan jugak sikit.”

Si ayah tiba-tiba bersuara. Jelas ternampak raut kesal di wajahnya. Selalu sangat kes kanak-kanak keracunan makanan ni berlaku. Sebahagiannya berpunca dari ayam yang tak dimasak sempurna. Memang patut pun sebab darah yang masih ada pada ayam tu jadi medium yang sesuai untuk kuman membiak.

Kalau yang termakan tu kita yang ada imuniti kuat mungkin setakat dapat perut cramp, muntah dan cirit birit. Boleh jadi kesannya tak berapa serius.

Tapi sangat bahaya untuk anak kecil. Paling kita takut bila kuman tadi masuk ke dalam salur darah anak dan merebak ke seluruh tubuh (bacteremia). Pernah tau berlaku kes keracunan teruk sampai akibatkan kematian!

Sebab tu mak ayah kena tolong periksa betul-betul setiap makanan masa nak beri pada anak.

Jangan bagi kalau ada tanda-tanda ayam tak cukup masak seperti:

* Berbau hanyir
* Berlendir
* Tekstur daging berbeza dari biasa
* Suhu di bahagian daging lebih sejuk
* Ada kesan darah terutama dekat tulang ayam
* Daging berwarna kemerahan



Post a Comment (0)
Previous Post Next Post