Sesuai Dimakan Waktu Hujan, 15 Minit Je Nak Sediakan Sup Telur Penuh Perasa Ini

Dalam masa 15 minit sahaja anda boleh menyediakan sup ini. Sangat sesuai dihirup ketika hujan turun membasahi bumi!

Bahan-bahan
4 cawan air rebusan ayam
1/2-1 sudu teh parutan halia
1 sudu besar sos soya
2 sudu besar air
2 sudu besar tepung jagung
2 biji telur (dipukul)
3 helai daun bawang (dihiris)
Garam dan lada hitam

Cara-Cara
1. Didihkan air rebusan ayam, halia dan sos soya dalam sebuah periuk bersaiz sederhana.
2. Campurkan air dan tepung jagung dan tambahkan dalam periuk tadi di atas api sederhana.
3. Masukkan telur dan gunakan pemukul telur untuk mengacau dengan arah pusingan jam sehingga semua telur habis dimasukkan.
4. Masukkan daun bawang, garam dan lada hitam dan kacau lagi dengan arah yang sama.
5. Sup anda kini sedia untuk dinikmati!

Mudah bukan? Boleh disediakan untuk sarapan pagi!

sumber -CARI



Post a Comment (0)
Previous Post Next Post