Pasti semua orang pernah atau gemar makan mi segera bukan? Ia kerana makanan itu lebih mudah dan cepat dimasak
Tetapi, pemakanan mi segera ini tidaklah begitu baik buat diri kita jika diambil selalu. Kalau sekali sekala teringin nak makan itu bolehlah.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang menunjukkan sambutan hari jadi seorang gadis bersama keluarganya telah menarik perhatian ramai.
Keluarga berpakat bagi kek maggi masa hari jadi
Namun, difahamkan gadis berkenaan merupakan penggemar maggi dan telah membuatkan keluarganya mempunyai satu idea menarik.
Sedang asyik menyanyi lagu happy birthday, tiba-tiba datang seorang perempuan membawa kononnya ‘kek’ untuk gadis itu.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah ia bukanlah kek biasa kerana kelihatan mereka menyusun mi segera sambil meletakkan lilin ditengahnya. Malah, ‘kek’ itu juga siap boleh menarik duit keluar.
“Hahaha kena buat dekat adik aku juga ni” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat keluarga itu. Malah, ada juga yang mahu melakukan perkara sama.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
sumber ;SAY