Home resepi Resepi pulut mangga dengan rasa lemak manis mudah untuk disediakan

Resepi pulut mangga dengan rasa lemak manis
Antara makanan pencuci mulut terkenal terutamanya ketika acara kenduri adalah pulut mangga. Nampak sedap kan? Ini ada resepi untuk anda cara penyediaan dan respei pulut mangga.

Selain acara kenduri, ianya juga sesuai disediakan ketika berada di rumah dengan penyediaan untuk yang tersayang ketika waktu petang atau selepas makan berat.

Dengan rasa lemak manis campuran buah mangga manis dan lemak santan yang pastinya enak dimakan dan pastinya membuatkan kita nak tambah lagi. Penyediaan pun mudah sahaja.

Resepi pulut mangga dengan rasa lemak manis dan enak

Resepi kali ini sesuai dihidangkan untuk 5 orang dengan waktu penyediaannya juga hanya mengambil 30 minit sahaja. Ini resepi pulut mangga

Bahan-Bahan
500g pulut
2 biji mangga
200ml santan
2 helai daun pandan
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Cara Memasak
1) Untuk memasak pulutnya, tanak pulut bersama air dan garam sehingga masak. Ketepikan

2) Masak santan sehingga pekat kemudian masukkan daun pandan, garam, gula dan sehingga masak

3) Angkat dan hidangkan bersama pulut dan juga hirisan mangga

4) Sedia untuk dinikmati

Selamat mencuba…

sumber;resepi

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post