Macam Mana Air Masuk Dalam Buah Kelapa? Ini Proses Sebenar Yang Ramai Tak Tahu

Air kelapa adalah minuman semula jadi yang mempunyai khasiat kepada tubuh badan kita.

Selain memberi kesegaran ketika cuaca panas, air kelapa juga mampu melambatkan penuaan dan mengawal tekanan darah serta kolesterol.

Antara nutrisi yang terkandung di dalam buah kelapa adalah seperti karbohidrat, mineral, dan protein.

Namun baru-baru ini, air kelapa menjadi bualan hangat di media apabila seorang pengguna Facebook mengajukan pertanyaannya tentang penghasilan air kelapa.

Malangnya, pertanyaannya itu dijawab dengan komen yang memperlekeh dan mengelirukan.

Jom belajar tentang buah kelapa
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @ini_sains_beb, sebenarnya tiada air yang memasuki buah kelapa.

Tetapi air itu terhasil sendiri di dalam buah berkenaan. Haa, macam mana tu?

Kelapa atau nama saintifiknya Cocos nucifera merupakan tumbuhan berbunga spesies Angiosperma yang mempunyai debunga dari bunga jantan dan ovari dari bunga betina.

Air kelapa pula adalah endosperma buah kelapa yang wujud dalam bentuk cecair.

Santan parut yang dijual di kedai itu juga dipanggil endosperma tetapi itu adalah dalam bentuk pepejal.

Macam mana terhasilnya air kelapa?
Proses persenyawaan yang berlaku antara bunga jantan dan bunga betina di dalam buah kelapa akan menghasilkan embrio.

Embrio tersebut pula akan bercambah membentuk akar dan daun. Jadi, endosperma akan menjalankan tugasnya untuk melindungi dan memberi zat kepada percambahan embrio tersebut.

Senang cerita, endosperma itu sebenarnya adalah isi kelapa dan air kelapa yang terhasil pula adalah endosperma dalam bentuk cecair.

Mesti ramai yang baru tahu kan?

Tengah cuaca panas ni, syok kalau dapat minum endosperma kelapa. Wah, dah ada nama baru pula sekarang! 😄

sumber ;trp BM



Post a Comment (0)
Previous Post Next Post