Ramai yang tanam serai dalam pasu di sekitar rumah. Hidup memang hidup tapi yang membezakan ialah antara serai hidup subur dan gemuk atau pun kurus kering saja.
Jika korang menanam serai dalam pasu berikut ada beberapa tip yang boleh dipraktikkan supaya serai gemuk dan subur merimbun.
1. Bila tanam serai dalam pasu pastikan siram secukupnya sekurang-kurangnya 2 kali sekali. Sesekali siram serai dengan air beras atau air basuhan ikan (sedikit saja).
2. Tanah dalam pasu perlu digemburkan sekali sekala kerana akar serai cepat penuh. Apabila nampak akar naik di permukaan tukar ke pasu yang lebih besar.
3. Bila serai sudah besar dan gemuk, jangan sayang untuk tuai. Kena p0t0ng atau tuai jika tidak, serai akan kecut. Tambah tanah juga.
serai1
4. Anak serai yang ada b0leh alih ke pasu lain supaya batang serai yang membesar tumbuh dengan mudah dah gemuk.
5. Buang daun-daun yang sudah ker1ng dan tak berfungsi. Trim daun tapi jangan terlalu pendek, harus ada banyak bahagian daun hijau untuk proses fotosintesis
6. Letak pasu atas tanah supaya akar b0leh keluar menjalar mencari air jika penuh.
serai
Kredit – Vanilla Kismiss