Senang Sangat Buat Mochi Rupanya. Terjamin Halal Dan Boleh Makan Sepuas Hati.

Ramai penggemar Mochi di sini dan tahukah korang cara nak membuatnya cukup mudah. Bila buat sendiri, sudah pasti syarat kebersihan dan status halal. Dan boleh makan sepuas hati

Terima kasih Tengku Maya atas perkongsian resipi.

Bahan :

1 cawan Tepung pulut

3/4 cawan Tepung pulut – sangai

Sedikit air atau sedikit santan

3 sb Susu tepung

Secubit garam

1 sudu 1/2 gula kastor

Cara :

Masukan tepung pulut, garam, gula dan susu. Kacau sebati.
Kemudian masukkan air atau santan dan kacau lagi sehingga sebati. Adunan akan pekat seperti susu pekat manis.
Kukus adunan dalam loyang selama 10 minit.

Sementara itu taburkan tepung yang disangai itu ke dalam talam.
Ambik adunan yang dikukus tadi dan letakkan atas tepung yang ditabur dan gelek.

Ambil acuan lompang dan letakkan adunan di atasnya supaya mudah dipotong dan dibulatkan.
Masukkan inti dan terbalikkan dan bulatkan. Boleh letakkan inti kacang merah.

Jika melekat di tangan, tambahkan tepung yang disangai tadi untuk kurangkan mochi melekat.

Kredit resipi & foto : Tengku Maya



Post a Comment (0)
Previous Post Next Post