Sebenarnya masa kini ramai antara kita yang tidak peduli akan kucing2 atau haiwan yang terbiar. Tidak ramai yang suka memberi kucing2 terbiar ini makanan. Ramai yang suka menjaga atau memelihara kucing yang mempunyai baka yang elok dan cantik.
Kucing yang terbiar Kadang2 ditinggalkan kelaparan dan kesejukan. Tiada sesiapa yang peduli. Usahkan hendak memberi makanan kepada kucing, tetapi kucing yang datang kepada kita sewaktu makan di kedai makan atau restoran pun kita halau.
Berlainan pula dengan seorang insan yang baik hati ini yang memberi makanan kepada kucing yang datang kepadanya. Sebuah Video yang sedang memaparkan seorang lelaki yang telah didatangi seekor kucing untuk meminta makanan menjadi tular di media sosial kini.
Rakaman video itu memperlihatkan seekor kucing yang seperti meminta makanan dengan cara meletakkan tangannya di peha lelaki itu dengan lembut menandakan kucing itu sedang meminta sedikit “rezeki” daripada lelaki itu dan lelaki yang baik hati itu terus memberikan cebisan daging ayam kepada kucing itu.
Bila melihat ke ruangan komen pula, banyak komen yang ditinggalkan netizen memuji kebaikan lelaki itu yang tidak kedekut untuk berkongsi makanan walaupun dengan kucing terbiar yang kelaparan.
Komen Netizen:
Sumber : Intagram jentikhati