Resepi Ayam Masak Kicap Kering Ini Dapat 41K Shares, Lain Rupanya!

Ayam masak kicap merupakan menu kegemaran semua orang kerana mudah untuk dimasak dan sesuai dimakan bila-bila masa sahaja. Resepi ayam masak kicap sudah banyak ada di internet dan rata-rata mereka ada cara tersendiri untuk menghasilkannya. Kalau anda baru nak mencuba resepi ayam masak kicap kering, mari ikuti resepi perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin di laman Facebook.

Resepi ayam masak kicap kering tersebut mendapat 41,000 shares oleh pengguna Facebook. Anda memang kena cuba sendiri kerana rasanya lain daripada lain!

RESEPI AYAM MASAK KICAP KERING INI DAPAT 41K SHARES
ayam masak kicap kering

Bahan-bahan: (2-3 orang makan)

½ ekor ayam
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah ros
1 inci halia
3-4 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
Cara penyediaan:

1. Bahan segar dipotong kasar, dan ditumis sehingga naik aroma.

2. Ayam kena potong kecil-kecil supaya cepat masak. Kalau nak lagi cepat, guna bahagian dada sahaja. Cuma kena ingat, bahagian paha, kepak, leher dan kakilah yang paling sedap. Tumis ayam!

3. Bila nampak ayam kuning, capai kicap lemak manis dan curah atas ayam. Agak-agak sahajalah. Kalau tak suka makan manis, guna kicap lemak masin. Saya gunakan api besar. Sentiasa gaul ayam

4. Capai pula sos cili, masukkan. Bahan-bahan ni saya percaya semua orang ada dalam peti ais di rumah masing-masing.

5. Sekarang giliran sos tomato. Manis dah ada, masin dah ada, maka kena ada rasa masam. Selain beri rasa masam, tomato beri rasa umami. Sos-sos ni juga membantu pekatkan kicap.

6. Bila dah kering, letaklah apa-apa daun. Biar nampak rupa sikit. Kalau tidak, gelap je kejadiannya. Kalau ada hijau sikit, merah sikit, baru menyelerakan. Siap! Dah boleh hidang

Selamat mencuba

sumber.vanila kismis

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post