AIR kelapa sememangnya menjadi pilihan bukan sahaja ketika cuaca panas tetapi sebagai penghilang dahaga ketika berbuka puasa.
Rasanya bukan sahaja enak tetapi air kelapa mengandungi banyak nutrisi yang baik untuk tubuh manusia.
Sebenarnya air kelapa banyak zat dan boleh menjadi salah satu sumber tenaga, jadi tidak hairan ia menjadi minuman pilihan di bulan Ramadan.
Apa sahaja khasiat yang terkandung dalam air kelapa?
1. Karbohidrat
Air kelapa mempunyai kandungan karbohidrat yang cukup tinggi termasuk gula buah (fruktosa) dan rendah gula (glukosa). Fruktosa tidak meningkatkan kadar gula dalam darah manusia.
[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]
2. Mineral
Ia juga tinggi dengan kandungan mineral seperti kalium, magnesium dan zat besi. Kandungan mineral ini membantu membentuk enzim yang membangunkan kepadatan tulang dan gigi serta membantu kerja setiap organ dalam tubuh termasuk sel saraf.
Air kelapa kaya dengan karbohidrat, mineral serta antioksidan.
3. Serat
Memandangkan ia termasuk dalam kategori buah, kelapa juga kaya dengan serat. Meskipun bukan sebagai tenaga, serat penting bagi memelihara kesihatan sistem penghadaman manusia.
4. Vitamin B dan C
Air kelapa mengandungi vitamin larut air iaitu vitamin B dan C. Bagi mendapatkan kandungan vitamin itu secara maksimum, adalah lebih baik minum air kelapa segar tanpa menambah ais atau gula.
Vitamin C dalam air kelapa juga mudah hilang apabila ia bersentuhan dengan udara. Jadi sebaik-baiknya segera minum airnya selepas dibuka.
5. Antioksidan
Kelapa juga memiliki antioksidan yang baik untuk tubuh yang dapat menjaga sistem metabolisme badan.
sumber ;mstar