Resepi Laksa Penang Paling Sedap, Pekat dan Mudah! Step By Step Semudah A,B,C!



Laksa Penang dengan kuah yang pekat ni merupakan 10 makanan paling favorit berdasarkan CNN. Sup masam pedas manis ini berazaskan ikan. Ia telah diundi sebagai 7 dari 50 makanan paling lazat dan sedap di dunia. Ada beraneka versi resepi laksa. Kuah laksa sebenarnya berbeza di setiap daerah. Laksa johor menggunakan kuah pekat sedangkan laksa penang mempunyai kuah yang cair. Meskipun begitu, laksa penang versi pekat melekat sangat digemari korang. Selain laksa johor dan laksa penang, ada juga laksa versi kelantan, laksa versi terengganu dan laksa versi perak.
resepi laksa penang pekat sedap mudah

Resepi laksa penang dengan kuah yang pekat melekat ni memang mudah dan senang. Jom tengok resepi mudah dan ringkas yang saya gunakan untuk buat asam laksa penang yang pekat dan sedap.

BAHAN A (Kisar halus)

resepi laksa penang pekat sedap mudah bahan a
1. 2 Biji bawang besar (potong 4)
2. 5 tangkai cili padi (Tak nak buh xpa)
3. 2 Tangkai cili merah besar (Potong 3)
4. Segenggam cili kering (Rebus dulu )
5. Sedikit belacan

Bahan B

resepi laksa penang pekat sedap mudah bahan-bahan b
1. Dua kuntum bunga kantan (belah dua)..Ambik sekali batang dia..
2. Secekak daun kesum
3. 2 keping asam keping

Bahan lain
1 kg ikan (saya guna ikan sardin segar)

Cara-Cara Membuat Laksa Penang Kuah Pekat

1. Blender semua bahan A. Sampai halus
2. Rebus kosong ikan yg telah siap di cuci bersih. Air rebusan ikan jangan dibuang.

3. Ambik isi lalu asingkan tulang temulang tetapi jangan dibuang
4.masukkan isi ikan dan air rebusan ikan secukupnya ke dalam blender. Kisar manja manja je. Jangan hancur.


6. kisar tulang sampai hancur. Guna air rebusan ikan untuk mengisar

7. jangan lupa tapis selepas tulang temulang hancur


8. Air tulang temulang dah siap


9. Panaskan sedikit minyak. Lepastu, tumis bahan A (Kisar) tadi sehingga cili masak atau garing.

resepi laksa penang pekat sedap mudah step by step 10
10. Masukkan Bahan B (daun kesum, bunga kantan,asam keping)

resepi laksa penang pekat sedap mudah step by step 11
11. Gaul rata

resepi laksa penang pekat sedap mudah step by step 12


12. Masukkan isi ikan .Gaul rata n sebati.


resepi laksa penang pekat sedap mudah step by step 13
13. Masukkan air tulang temulang. Kacau rata semua


resepi laksa penang pekat sedap mudah step by step 14
14. Tapis lebihan rebusan air ikan supaya tak ada tulang, lepastu tambah lebihan rebusan air ikan tadi.Kepekatan bergantung pd citarasa anda .Kacau dan biar kan mendidih..Masuk kan garam,gula dan serbuk perasa secukup rasa.


15. Sambil tunggu kuah laksa siap. Boleh rebus laksa terlebih dahulu. Rebus dengan air secukupnya. Masukkan sedikit minyak dalam rebusan air supaya laksa jadi licin. Basuh telur, lepastu Masukkan telur sekali.

resepi laksa penang pekat sedap mudah step by step 16
16. Setelah laksa empuk dan kenyal, cepat-cepat toskan dan siram di bawah air paip sejuk supaya laksa licin dan tak melekat.

resepi laksa penang pekat sedap mudah step by step 17
17. Siapkan ulam ulaman

Telur
Salad
Hirisan bawang
Cili padi
Timun
Limau kasturi
Nenas (pun boleh)

Dah siap. Laksa penang dengan kuah pekat terlajak Sedap. Laksa penang ni boleh dihidangkan bersama ulam-ulaman

SELAMAT MENCUBA YA

sumber ;rasa

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post