Baru nikahi duda kematian isteri. Aku isterinya yg hidup, diminta pakai barang2 arwah isterinya. Tak kesah muat atau tidak

 



Duka lara di dalam rumahtangga tidak dapat dielakkan. Dalam meniti kehidupan seharian bersama pasangan, pasti terdapat saat pasang surutnya.

Memetik daripada posting asal dari Page Kisah Rumah Tangga, jom kami kongsikan permasalahan yang dialami oleh sang isteri seperti dibawah.

Salam admin..

Salam min. Tolong hide profile saya ya. Ada sesuatu saya nak share dengan korang semua dan kalau boleh saya nak minta pendapat korang semua lah ya.

Saya ni baru kawin dengan sorang duda yang baru kem4tian bini dalam 3 tahun yang lalu. Dia ada sorang anak lelaki yang dah pun berkahwin.

Saya pulak dengan suami saya ni dah ada anak baru sorang. Di sini saya nak tanya korang.
Masalahnya suami mungkin terlalu sayang dengan arwah isterinya jadi bila hari2 istimewa dengan isterinya di throwback oleh fb ataupun kawan2nya yang tb. Suami komen di fb yang dia terlalu sakit merindui arwah isterinya, sakit yang telampau sakit katanya.

Kadang2 saya terbaca dia komen yang betul2 dia tak redha isterinya tu pergi. Tapi dia tak pernah fikir apa perasaan saya bila dia komen2 macamtu.

Saya faham dia kehilangan bekas isteri tapi sekarang kan dia dah ada saya dan anak baru.

Adakah kami ni tak boleh mengubat rasa sakit dia tu.

Yang paling menyedihkan dan buat terkilan apabila semua barang2 arwah isterinya dia nak saya pakai tak kira lah muat tak muat.

Saya tak cemburu cuma kadang saya rasa saya ni hanya sekadar penemannya bukan isteri dia yang betul2 dia anggap isteri seperti arwah isterinya.

Kadang saya meng4m0k. Dirumah saya umpama tukang gaji. Dia, anak dan menantunya tau nya duduk saja dalam bilik. Menunggu saya ni siap masak. Lepas msak bru diaorg keluar.

Saya selaku isterinya yang baru bersalin ceaser dlm berpantang haritu boleh pulak saya yang masak.

Padahal menantu ada duduk dalam bilik tapi anaknya dan suami saya ni tak sepatah pun berani bersuara menyuruh menantu ni masak.

Saya tak pernah rasa macamni. Keluarga saya pun tak tahu. Andai kata mereka tau mesti dorg suruh saya balik.

Saya tak minta lebih, cukup bagilah saya rasa di hargai sepertimana suami saya menghargai arwah isterinya dan menantunya.

Lagi 1 saya ni ada anak dengan bekas suami yang dulu tapi saya selalu nampak bila saya meminta pertolongan untuk anak saya, air muka dia berubah sgt2. Tapi saya biarkan saja.

Satu hari saya bertanya, rupanya dia tak suka anak saya ni selalu meminta tolong dia dan menyusahkan dia.

Tapi dia tak pernah fikir pulak anak dan menantunya selalu susahkan saya di rumah.

Maafkan saya kalau sahabat2 semua rasa saya yang berfikir lebih2. Bila ada orang yang pernah rasa di tempat saya dia akan tau. Apa perasaan saya.

Mungkin saya perlu tambah kesabaran dalam diri saya ni.

Sekian

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post