“Lelaki bdoh tu ayah aku”. Mak kata nk halau ayah keluar kalau pkul lg. Terdiam ayah, baru dia sedar

 



Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama aku Nor. Berumur 30 dan masih bujang. Tinggal dengan family. Aku memilih untuk berkongsi cerita bukan untuk meraih simpati. Tapi hanya untuk meluahkan perasaan. Aku tak pernah cerita pada sesiapa masalah aku yang ini.

Aku anak sulung. Jadi memang aku nampak perjalanan hidup mak ayah. Dari aku kecil nampak mak ayah bergaduh memang biasa. Tapi dulu, aku selalu ingat sebab mak garang sangat and selalu salahkan mak bila mak ayah bergaduh. Tapi bila besar, aku tahu semuanya punca dari ayah.

Sejak kecil aku nampak ayah ni seorang yang family man. Selalu balik kampung. Katanya kalau kena outstation akan usaha balik jugak nak tengok muka anak bini. Bangga dengan anak anak yang sekolah agama.

Tapi semua nya berubah bila dia jatuh sakit. Bila sakit, dia tak kerja. Mak yang membanting tulang sara keluarga. Waktu ni aku masih kat universiti, adik adik semua sekolah.

In fact, sebenarnya dari mula kahwin, mak aku yang banyak sara keluarga. Ayah pernah tak kerja time muda dulu. Selalu ponteng kerja. Mak ingat bila ayah sakit, dia berubah. Tapi, tak. Dia makin suka mak sara keluarga. Dia ambil kesempatan. Siap mintak duit belanja.

Lepas sakit mak usahakan jugak carik modal ayah kerja sendiri. Mak keluar modal. Tapi ayah bdoh. Untung makan semua. Tak buat pusing modal. Mak jugak kena keluarkan balik modal. Mak jugak sara dia balik. Tu tak kira masa dia sakit. Kencing berak dia mak yang uruskan. Tu pun banyak cekadak.

Lepas belajar, aku ulang alik dari tempat kerja. Waktu ni aku nampak perkara sebenar. Sebab sebelum ni aku duduk asrama dan tak duduk rumah, aku buta.

Makin sakit, makin bdoh. Tu je yang aku mampu terangkan.

Ayah tak bagi nafkah keluarga. Semua perbelanjaan rumah mak yang tanggung. Belanja sekolah yuran universiti adik semua mak tanggung. Termasuk lah makan pakai dia. Dahlah tanggung dia, ayah selalu mengeluh makan tak sedap. Time ni aku bengang jugaklah. Kami semua keluar kerja pagi balik petang. Dia duduk rumah. Kami balik, kami kena sediakan makan.

Pernah sekali kami adik beradik tegur ayah. Tegur pasal sikap, nafkah, semualah. Tu pertama kali ayah baran kat kami. Ayah baran kat kami, tapi dia buat gaduh dengan mak. Berbulan tak bertegur. Tapi tak tahu malu, duduk rumah mak, makan makanan mak, tak hulur duit sesen pun.

Ayah pantang kena tegur. Mak tegur pasal nafkah. Dia gaduh. Mak kata hulur sikit pun takpe. Dia marah kata gaji mak tak luak pun. Padahal banyak benda mak kena tanggung. Mak tegur takkan semua benda mak kena buat. Dia kata tolong suami kan dapat pahala. Sumpah aku tak tau nak kata apa dah.

Satu benda yang aku meluat pasal ayah. Dia rajin tgok video ceramah agama. Tapi perangai susah nak kata. Sejak tu, aku tak suka dengar ceramah.

Aku selalu mengeluh, ustaz ustaz ni taknak ceramah pasal tanggungjawab and azab untuk suami and ayah ke. Punya banyak masalah kaum lelaki tak bertanggungjawab tunggang agama kat Malaysia ni, dia nak jugak cerita pasal sunat kahwin empat, bidadari syurga, syurga bawah tapak kaki suami.

Bila aku duduk rumah, kantoi jugak lah ayah selalu nak pukul mak. Tapi selalu tak dapat sebab aku ada. Ada sekali ayah tak tahu aku dah balik, kemain sakit sakit tu laju pergi ke mak, nak pukul mak. Dia perasan aku ada. Terus dia tak jadi and tengking mak kata mak kurang ajar.

Jadi aku terfikir, masa aku takde kat rumah, macam mana mak hidup. Mungkin sebab dulu aku sekejap sekejap ada kat rumah, jadi ayah selalu dapat tahan baran dia. Sekarang aku selalu ada kat rumah, baran dia dah membuak.

Aku tak tahu mana silapnya. Tak tahu apa yang ayah marah sangat dengan mak. Tapi aku tahu semua ni punca nya ayah. Sebab sebelum ni mak tahan sebab anak anak kecil lagi. Mungkin sekarang mak dah tak tahan, jadi mak suarakan and nasihatkan ayah. Ayah ingat mak kurang ajar tegur dia. Padahal mak tahan je selama ni. Ayah ingat dia ketua, dia betul.

Yang bdohnya ayah aku ni. Dia selalu ingat dia betul. Suka suka nak sakitkan hati mak. Padahal dia harta pun takde. Mak kata, sekali ayah aku pukul, memang dia akan halau ayah keluar.

Ayah, rumah pun takde. Kereta pun hutang lagi. And banyak kali nak kena tarik dah. Bila mak kata gitu, ayah terus terdiam. Baru sedar, dia mana ada tempat nak pergi. Tak perasan selama ni duduk rumah orang free je.

Satu yang aku perasan. Family ayah pun masalah jugak. Letak perempuan macam hamba. Selalu salahkan mak kalau rumah bersepah, anak comot, dapur tak berasap. Selalu pandang rendah kat mak sebab mak cikgu. Padahal takat jadi askar je bukannya gah sangat pun. Padahal takat kerja kampung je tak sedar diri.

Dia tak tahu, mak ni lah yang tanggung drah daging dia. Padahal anak perempuan family ayah semua tak bekerja. Pernah sekali, mak mintak adik beradik ayah nasihatkan ayah. Mati mati tak percaya ayah aku perangai macam tu. Sampai sudah pandang hina mak aku sebab burukkan family dia.

Ikutkan aku nak nasihatkan mak tinggalkan ayah. Aku tak sanggup mak derita lagi. Mungkin dulu mak takde tempat nak luahkan masalah sebab atuk nenek dah lama meninggal. Takde adik beradik. Jadi lately, mak ceritakan kat aku. Tak pernah aku nampak mak aku nangis macam tu.

Kalau aku cerita and mengeluh masalah aku, mak selalu pesan, bersyukur ujian aku macam tu. Kalau dapat macam apa yang mak aku diuji macam mana?. Aku selalu terfikir, kesian mak kahwin dengan ayah. Kalau mak tak kahwin dengan ayah pun aku redha. Tak kisah lah aku takde kat dunia. Sebab mak deserve better.

Aku tahu mak tak salah. Sebab mak tanggung sorang selama ni. Kalau aku jadi mak pun, aku akan buat apa yang mak buat. Lelaki bdoh dia tak fikir apa yang dia buat dulu. Dia nampak yang sekarang je.

Lelaki bdoh je yang ambil anak perempuan orang buat hamba. Lelaki bdoh je yang kahwin untuk dia senang. Lelaki bdoh je pandai buat anak tapi tak pandai jaga. Lelaki bdoh tu ayah aku. Lelaki bdoh patut pupus kat dunia ni.

And sebab ayah, aku tak nak kahwin sampai sekarang. Aku takut, apa yang ayah buat kat anak orang, orang buat benda sama kat anak ayah.

Reaksi warganet

Siti Khuzaimah –Ramai je lelaki macam ni. Orang perempuan yang kena kuat. Tapi tu lah, biasanya kita tutup segala yang buruk dalam rumahtangga supaya nampak perfect sebab kita malu orang tahu kita sedang suffer. Malu tak bertempat…

Salute kat mak2 dan ladies yang berani mempertahankan hak sebagai isteri.

Nur Hamidah –Baru terjumpa lelaki bdoh minggu lepas umur dan layak beranak 4, satu kerja pun takdak siap bangga lagi hari2 bangun dah Tengahhari… Cakap bab agama pung pang pung tak kalah, angan2 kalau mat jenin tau pun boleh bikin mat jenin menangis.. Paling teruk sekali nak kawen 4 PHUIIII.. macam nak viral je tuan badan.

Eyza Abu –Report je talian nuur or polis. Kesian mak awak derita jiwa sepanjang hayat.. Beri la mak awak rasa bahagia dan damai jiwa untuk mak hidup dan beribadah kepada Nya selain lalui kehidupan normal dengan insan2 lain yang lebih baik. Bahagiakan hidup mak awak tu syurga.

Ayah awak biar polis urus moga dapat keinsafan dan hidayah sebelum ajal. Memang nampak kejam report polis tangkap ayah tapi tu jalan terbaik untuk ayah awak jadi hamba Allah sebenar.

Jika cara ini awk berjaya syurga bgi awak. Mohon ketua qariah jiran untuk membantu.. Jika fmily lain tidak sokong.. Atau cari orang yang dipercayai dan jujur ke balai polis biar polis urus.

Nur Syifa’ –Salah satu sebab utama wajibnya patuh si isteri pada si suami adalah kerana wujudnya nafkah. Takde nafkah atau nafkah x mencukupi, x silap pernah dengar ustaz cakap, isteri ada hak untuk x patuh pada suami.

Even kalau mas kawen dalam akad tu belum settle as in debt ke apa, si isteri ada hak untuk menolak ajakan suami. Besarnya peranan nafkah dalam rumahtangga.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post