Isi minyak kete pun pakai syiling. Minta duit pd suami, xdpat. Aku gegar ayah mertua. Dia dah pelik




 Su4mi Culas Tanggungjawab, Aku Tuntut Nafkah Kat Mentua

Laki aku buat perangai. Selama ni sumpah aku tak tau dan aku tak sangka jadi macam ni. Selain tak jujur dengan perkahwinan kami di mana dia ada makwe, dia suka berjudi online.

Aku memang terkejut. Konon nak hormat privasi suami, aku takde cek hp dia langsung dan aku memang beri sepenuh kepercayaan pada dia.

So bila dia kantoi, aku kene rebel. Sebab silap aku selama ni kesian sangat kat suami, aku tak kisah guna duit gaji aku tanggung keluarga.

Ye la kesian kat laki kan keje siang malam. Ha ha ha gelakkan diri sendiri… kena tipooooo.

So selama ni aku minta duit belanja dapur, duit belanja sekolah anak-anak, minta duit beli susu anak, manjang takde duit la keje dia kan kaedahnya.

Aku tak confront lepas dia kantoi tu, ntah macam mana rezeki aku dapat baca hp dia sebab selama ni ada password.

Aku screen shot siap semua bukti sent kat whatsapp aku, pas tu aku delete la apa yang aku sent dari hp dia tu. Supaya tak tinggal jejak.

So apa aku buat, aku minta duit kat dia. Macam biasa dia jawab takde duit, sorry. Abang takde duit. Ok takpe. Aku cakap dalam hati. Nanti kau.

So sebabkan suami sendiri heboh takde duit bila isteri minta duit untuk kegunaan keluarga sendiri tapi dia boleh berjudi beli jackpot online, dia boleh belanja sakan dengan betina garik manakan??

Apa aku buat? Aku tuntut kat keluarga dia, dimulakan dengan bapak mentua aku, dan di ikuti adik beradik jantan suami.

Dah suami tak mampu kasi duit belanja makan, duit susu, duit yuran tadika anak. Aku hello je bapak mentua aku.

“Yah, nak duit”.

“Eh, ko ni nak duit minta kat aku. Mintak kat laki kau lah. Ko berlaki lagi???”

Aku jawab “dia takde duit yah, so ustaz kata kalau suami tak de duit isteri boleh minta duit nafkah kat waris belah suami.”

Bapak mentua aku bising “dah kenapa ko minta duit kat aku plak. Yang beranaknya korang. Ko kan keje, takkan takde duit. Ko demam ke apa???” Kata bapak mentua aku.

“Demam pun demam lah yah, duit gaji saya habis dah ni belanja untuk anak-anak. Saya nak gi kerja pun kena pecah tabung.

Ini jam ada ke orang bayar guna duit syiling nak isi minyak kete. Tapi saya tebal muka dah ayah.

Saya masa kecik je beli jajan guna duit syiling, tak sangka dah tua bangla gini gi bayar kat petrol pump guna duit tabung. Takkan ayah tak boleh bantu???”

Bapak mentua aku reply, “laki kau kan ada. Mintalah dekat dia.”

“Ayah, ooo yah kalau saya dapat minta duit kat suami takde saya call mohon bantuan ayah”.

Bising orang tua tu, “mana pergi duit gaji laki ko???”

Aku cakap, “nanti saya hantar bukti. Kalau saya cakap tak guna pun, nanti ayah marah saya balik. Yah, nanti transfer duit susu anak ye. Terima kasih.”

Tak lama lepas tu suami call marah-marah aku. Dia kata kenapa aibkan dia??

Aku jawab la, aku minta tak nak bagi. Kata tak ada duit, joli sana sini berduit je. Kalau aku minta RM100, kalau tak ade duit hulur ajelaa berapa yang ada ni singgit pun tak nak bagi.

Buat menda tak elok auto berduit. Bengang aku!!!! Aku cakap lepas ni minta tak dapat satu kampung dia aku gegar.

Bapak mentua kasi aku RM250. Alhamdulillah lepas beli lauk dengan susu anak. Tapi lepas tu mak mentua call la bising sebab pau laki dia. Aku peduli apa…..

Next month, aku minta dia ngelat lagi. Kali ni aku call abang dia. Lebih kurang laa conversation dengan bapak mentua tu.

Dan seperti jangkaan aku suami aku call lagi. Bertekak jugalah, tapi aku tetap dengan pendirian aku.

Supaya budak petronas tu tak de sengih-sengih kalau aku nak isi minyak kete guna syiling atau duit singgit-singgit. Yang penting misi aku tercapai. Aku dapat duit nafkah.

Alhamdulillah dapat collection adik beradik RM350. Adik laki dia pun aku call gak minta duit. Pandai korang lah tuntut kat dia.

Aku tak kisah dah diaorang nak cakap apa, dia orang marah aku gak. Kena maki gak, tapi aku dah kebal. Malas nak cite panjang, cite ringkas jer.

Aku tak ugut diaorang, aku just cakap kalau cara baik aku tak leh dapat, aku terpaksa buat tuntutan kat mahkamah untuk nafkah aku anak beranak dan nama diaorang sebagai defendan.

Tau-tau kachhinggg dalam bank ghimau.. rezeki tu. Macam-macam dia orang cakap, tapi aku kira nasib baik dapat gak duit poket. Kah kah kah!!

Mental aku koyak dah, aku sebenarnya tak dapat terima suami aku ada betina lain. Sakit tau hati aku.

Puas aku tenangkan diri sebab rasa pengorbanan aku selama ni sia-sia aje. Macam orang bodoh je ek. Takpelah, kalau aku meroyan pun buat habis energy buat apa. Baik aku tenang-tenang je.

Aku tunggu masa jer ni nak gi mahkamah. Kalau makin teruk perangai macam bodo lagi. Aku kene stabilkan diri aku, tenang-tenang sok, angkat kaki.

Dia nak buat apa, buatlah. Malas dah nak fikir pasal orang lain. Aku kene fikir tengkuk sendiri sekarang ni. Buat apa-apa kene planning tak leh main sondol je kang aku yang terciduk.

Aku share pengalaman aku ni untuk kaum wanita yang bergelar isteri di luar sana supaya tak jadi macam aku bodo bodo je kena tipooooo.

Pengajaran yang aku dapat, nak berkorban pun kena tengok keadaan jangan sampai suami tu lupa tanggungjawab. Hati aku sangat terluka, tapi apa nak buat……

Sumber – Min (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post