Kisah seram urban legend, Hantu Purdah atau Hantu Kum-Kum.
Pasti ramai sedia maklum akan kisah Hantu Purdah yang pernah menggemparkan dan menakutkan kita di Malaysia satu masa dulu. Dikatakan cerita ni memang famous sekitar tahun 1996-1997 hingga awal tahun 20an pun masih berlegar legar lagi cerita Hantu Purdah yang ketika itu tular dari mulut ke mulut ataupun melalui SMS.
Bagi budak-budak zaman sekarang, mungkin ramai yang tak tahu cerita ni, jadi jom kita throwback sikit.
Seram tak seram kisah ini pada masa tu, kebanyakkan penduduk akan berkurung di rumah bila menjelang Maghrib. Tiada lagi yang suka suka nak keluar melepak malam-malam buta dek kerana takut terserempak dengan Hantu Purdah.
Hantu Purdah
Sebenarnya, dikatakan Hantu Purdah ialah gadis bukannya hantu. Tapi memandangkan dia ni ada buat perjanjian dengan syaiitan, jadi penampilan dan wajahnya memang tak sama macam manusia. Dia akan memburu 44 anak dara bagi mengembalikan wajahnya yang telah buruk seperti sedia kala!
Cerita dia macam ni, hantu purdah ni berkisarkan tentang seorang gadis yang sedang menuntut di sebuah IPT di Malaysia. Malangnya, gadis ni kononya selalu dipinggirkan oleh kawan-kawan dia (konon-kononnya masa tu kawan-kawan dia semua cun tak nak kawan dengan dia).
Oleh yang demikian, si gadis ni telah membuat keputusan terburu-buru untuk menjadi cantik!
Pantang tengok cermin 44 hari
Lalu dia telah bertemu dengan seorang bomoh yang pakar dalam ilmu hitam. Dipendekkan cerita, dia menuntutlah ilmu hitam tu. tetapi, ada syarat yang harus gadis ni patuhi sebelum mendapatkan wajah yang cantik. Dia tidak boleh melihat cermin maksudnya dia takleh tengok sedikit pun paras wajahnya di hadapan cermin selama 44 hari.
Jadi setelah gadis ni mengamalkan ilmu itu selama beberapa hari kemudian, para jejaka-jejaka terkejut dan tertawan dengan kejelitaannya. Masa tu gadis ni memang excited sangat sebab ilmu yang dia amalkan tu menjadi!
Tapi, tulah disebabkan terlalu tak sabar dan obses dengan kecantikan, dia telah melanggar pantang yang telah ditetapkan. Dia melihat cermin untuk mendapat kepastian, adakah wajahnya benar-benar telah menjadi jelita.
44 anak dara diburu
Oleh yang demikian, bertukarlah wajahnya menjadi sangat hodoh! separuh dari tubuh dan wajahnya menjadi buruk akibat melanggar pantang. Mukanya mula ditumbuhi bisul. Nanah hanyir bercampur darah mulai keluar dari luka-luka bisul tersebut. Lalu dia telah memakai purdah untuk menutupi wajahnya yang telah menjadi hodoh!
Gadis tu kemudian bertemu semula dengan bomoh sebelum ini untuk mengetahui cara mengembalikan wajahnya semula. Bomoh tu memberitahunya, jika gadis itu ingin wajahnya kembali seperti asal, maka dia haruslah meminum drah daripada 44 anak dara. Maka bermula lah hantu purdah merayau-rayau untuk mencari 44 anak dara demi mengembalikan semula kejelitaan wajahnya…
Pada waktu ni, takkan nampak orang orang berkeliaran tak kira di mana-mana mulai dari selepas asar, memang orang tak akan keluar dari rumah sebab takut dengan gadis purdah tu. Memang masa tu gempak dan top lah cerita ni!
Hantu purdah ni akan merayau-rayau di mana-mana sahaja untuk mencari anak dara! hantu ni lain macam sikit, kau baca ayat suci pun dia tak lari (nama pon manusia) jadi cara untuk mengelakkan hantu ini adalah berkurung di rumah. Memang masa tu igauan mimpi ngeri lah bagi gadis-gadis yang melalui zaman itu.
Guna jarum peniti
Menurut cerita, dia menggunakan jarum peniti untuk menghisap drah mngsa.
Gadis tersebut menyamar sebagai penjual kain. Dia pergi dari rumah ke rumah untuk melihat samada didalam isi rumah yang dia pergi itu ada anak dara sunti ataupun tidak. Jika ada dia akan menggunakan ilmu hitamnya yang telah diberi oleh dukun tersebut.
Kes pernah terjadi di Kuantan, Pahang. Dimana hantu purdah ini pernah mencucuk jarum peniti ke tubuh anak dara sunti yg sedang tidur di dalam bilik, namun disedari oleh ibunya. Gadis purdah pun lari dengan Kancil merah kepunyaannya. Wallahualam…
Lain pula kata dari lelaki ini. Masa tu dia tinggal dekat rumah sewa area Kuantan katanya, dia pernah nampak sekali hantu purdah ni merayau-rayau kat kawasan rumah tu konon-kononnya dia tengah menjual kain. Ntah betul ke tak, tapi menurut cerita dia memang takde kejadian ngeri yang berlaku masa tu.
Lagi satu, hantu ni tak reti nak bagi salam dengan betul. Mungkin disebabkan ilmu hitam yang dituntut itu menghalangnya. Dia akan sebut “Kum…Kum…Kum” dia takleh sebut “Assalammualaikum” dengan tepat.
Korang pun faham jugak kan pada zaman 96-97 ni, bukan macam sekarang. Nak buat panggilan pon mahal, jadi menggunakan SMS jela yang menjadi alternatif mudah pada ketika itu (Belum ade lagi WhatsApp, Telegram masa tu).
SMS tular pada tahun 96/97
“Hantu purdah tengah mencari mangsanya yang ke 20, hati2. Jika terlihat wanita berpurdah menjual kain, jangan keluar!”.
Sengaja dicipta
Sesetengah pendapat mengatakan, kisah hantu purdah asalnya adalah sejenis jembalang yang sering berkeliaran sekitar 1970-an sengaja dicipta ketika kebangkitan semula lslam dikalangan orang-orang Melayu.
Ketika itu, para gadis mula mengenakan hijab. Keadaan ini amat tidak disenangi oleh kumpulan gadis yang suka memakai pakaian seksi lalu terciptalah kisah hantu purdah semata-mata untuk memburukkan imej wanita yang menutup aurat.
Dipendekkan cerita, kisah ni kekal menjadi misteri dan tak terjawab sehingga kini. Macam itula lebih kurang cerita dia. Wallahualam, mungkin bagi korang ada lebih banyak versi berkaitan hantu purdah ni. Sebab sehingga kini belum ade kepastian mengenai kisah ini.
Reaksi warganet
Shahlah Aziz –
Yang paling pelik masa cerita ni tengah hangat, kita duduk sabah pun ikut ketakutan… Watdahek!!! Kalau aku dah besar masa tu tak la aku rasa takut… Siang hari pun sentiasa menghantui… Nasip la masih darjah 3. Hahaha
Eliannane –Kisah hantu purdah ni, sebelum hot sampai masuk dalam surat khabar. Saya dah dengar dari kawan sebilik. Waktu tu saya masih belajar di itm. Versi yang kawan saya citer, pada awal tu memang sama dengan yang admin citer.
Tapi, cara hantu purdah ni menyerang mngsa, bukan dengan cara memberi salam. Dia boleh sekelip mata muncul di sisi kita, walaupun kita berkurung dalam rumah, apabila kita, tiba2 teringatkan dia… Tiba2 dia ada di sebelah kita. Dia juga meronda2 di kawasan perumahan dengan memandu kancil merah.
Semasa saya tengah cuti semester, saya ada terbaca dalam akhbar, si hantu purdah sedang berusaha untuk menghisap drah seorang gadis yg telah pengsan di dalam kawasan rumah. Ketika ibu gadis keluar mencari anaknya, dia terlihat hantu purdah ni sedang mencucuk cucuk bahagian leher anaknya dengan jarum peniti.. Walau bagaimana pun anak gadisnya dapat diselamatkan…
Nur Suraya –Teringat pulak masa kecik duduk dekat Keramat. Kecoh pasal hantu purdah. Masa tu baru lepas solat maghrib kat surau. Jalan kaki nak pergi makan chicken chop nampak perempuan siap telekung tengah bersembang, tepi pagar rumah.
Tapi dia bersembang sorang2 apa lagi cepat2 cabut selipar, lari terus dan satu lagi kereta berjalan sendiri tak ada pemandu. Bila kereta tu berhenti pintu terbuka tapi yang keluar anjing, depan mata berlaku kat Keramat dlu..
Delilah Mercury –Ternyata jika hantu kum kum ni adalah rekaan semata-mata, sudah terang ada baik dan buruknya.. Baik dari segi mengekang kebebasan anak2 gadis waktu itu yang begitu cepat dan mudah hanyut dalam arus kebaratan era Disco ’70-an.
Dan yg buruknya adalah apabila gadis2 baik yang ingin menutup aurat dengan berdakwah dipandang serong. Seolah-olah memakai purdah/bertudung satu kesalahan besar.
Namun, jika benar pernah wujudnya gadis yang beramal ilmu hitam itu, agak2 apakah kesudahan nya. Apakah beliau telah mencapai quota 44 anak dara sunti yg telah di-tetapkan? Atau adakah beliau akhirnya merana seumur hidup dek penangan dari kesyirikan ilmu itu?
Harap2 tak akan ada lagi orang2 yang mengambil jalan yg salah dan syirik sekadar untuk kelihatan cantik atau ingin jadi kaya.
Dan jika ini semua sekadar rekaan saja, diharapkan tiada lagi cerita2 yang dibuat-buat yang akan membelenggu dan menyusahkan mereka2 yang benar2 ikhlas dalam berdakwah. Insya-Allah, amiin.