Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum kepada semua pembaca. Aku Din. Berumur pertengahan 30an. Ayah kepada dua puteri dan suami kepada seorang isteri.
Isteri aku, N berumur akhir 20an. Seorang yang tegas pada anak anak, sangat menghormati orang tua dan agak pendiam. Kami sudah berkahwin hampir 7 tahun.
Aku tak tahu bagaimana nak mulakan sebenarnya. Maklumlah, bukan seorang penggarap cerita. Cuma apa yang aku nak kongsikan disini adalah mengenai isteri dan ibu aku.
Ibu aku berumur akhir 60an dan masih sihat. Duduk di kampung bersama ayah yang juga masih sihat. Alhamdulillah.
Sejak dari awal perkahwinan lagi setiap minggu aku akan pulang ke kampung memandangkan aku anak tunggal. Jadi setiap hujung minggu, menjadi tugas membawa orang tua aku membeli barang. Jarak perjalanan sehala dalam 2 jam perjalanan.
Rumah mertua aku lebih dekat tapi memandangkan setiap hujung minggu aku pulang ke kampung jadi kami hanya akan ke rumah mertua untuk makan malam sekali seminggu.
Family mertua Alhamdulillah memang baik baik dan memahami. Walaupun adik beradik isteri aku 9 orang, semua sangat rapat dan saling membantu.
Isteri aku tak pernah membantah walaupun balik setiap minggu ke kampung. Malah dia yang selalu ingatkan aku untuk telefon ibu di kampung setiap hari. Cuma yang aku perasan semakin lama isteri aku semakin pendiam bila pulang ke kampung.
Pada awal nya dia mengadu yang ibu macam tak suka kalau dia ikut ke kampung. Kalau balik ke kampung, setiap kali keluar membeli belah atau kerumah saudara ibu tak benarkan isteri aku ikut dengan alasan jaga rumah. Isteri aku tak membantah walaupun di tinggal sorang berjam jam lamanya.
Malah bila aku utarakan pada ibu kenapa isteri aku harus tinggal, selalunya isteri aku mengalah dan cakap yang dia ok saja.
Takpe pergi saja katanya. Tapi lama kelamaan apa yang dia buat seolah ibu tak boleh terima. Aku tak tahu macam mana lagi nak tegur ibu. Bila aku tegur ibu akan kata jangan jadi anak derhaka. Jadi isteri aku diam saja. Aku tau dia makan hati.
Bayangkan, bila isteri aku basuh pinggan dan basuh keliking sinki ibu aku akan bising kata isteri aku geli dengan sinki dia sebab tu disental nya sinki. Tapi itu lah tabiat isteri aku dekat rumah setiap kali kalau basuh pinggan dia akan pastikan sinki die berkilat sama.
Bila isteri aku menyapu dia akan kata isteri aku geli dengan lantai rumah dia. Jijik lantai berminyak tapi tak kan isteri aku nak duduk melepak saja depan tv.
Sudah 7 tahun perkahwinan ada saja topik yang ibu tak puas hati dengan isteri aku. Ayah langsung tak main peranan. Ayah memang sejenis tak ambil pusing.
Pernah sekali family mertua aku datang bertandang dan borak dengan ibu. Banyak lah cerita mertua aku sebab dia memang sejenis suka berborak.
Tapi bila family mertua aku pulang ibu kata pada isteri aku yang mak mertua aku tak suka aku balik kampung sebab tu family mertua aku datang nak tengok keadaan anak dia di kampung.
Padahal aku ada saja dekat situ masa mertua aku borak sikit pun aku tak dengar apa yang ibu aku kata tu.
Family mertua aku cuma singgah sebab ada kenduri berdekatan kawasan. Itu saja. Akhirnya sampai sekarang keluarga mertua aku tak datang lagi. Mungkin isteri aku yang bagitau mak dia tapi aku tak salahkan dia. Kalau aku di tempat dia pun aku akan ambil hati.
Bila dah nak masuk 7 tahun perkahwinan ni isteri aku dah mula stress setiap kali balik kampung. Walaupun cuma tidur 1 hari dua malam ada saja topik yang ibu akan bahaskan. Itu salah, ini salah.
Cebok anak waktu malam sebab berak salah. Isteri aku pula sejenis kalau anak berak wajib cebok dia tak nak pakai tisu basah. Sebab anak yang kecil tu pun dah masuk 1 tahun 8 bulan. Bukan bayi baru lahir. Kalau nak ikutkan banyak lagi benda yang isteri aku buat salah pada mata ibu.
Aku tau isteri aku pendam dan tertekan. Tapi aku tak tau apa harus aku buat. Kalau aku tak bawa isteri aku pulang ke kampung lagi panjang kisah nya nanti.
Harap pembaca semua doakan lah semoga isteri aku kuat dan ibu aku tak mudah bersangka buruk pada orang terutama isteri aku.
Aku sayang dia dan aku tak nak kehilangan dia. Aku takut kalau suatu hari nanti di tekad dia akan tinggalkan aku sebab pernah dia cakap, “Jangan sampai saya buat pilihan. Sebab kalau saya pilih, awak tak kan suka pilihan saya”.
Tolong aku…
Reaksi Warganet
Cer Nora –
Allahu sedihnya baca. Wahai ibu ibu janganlah kita gunakan kelebihan yang Allah bagi pada kita untuk mengawal hidup anak anak.
Benar syurga dibawah tapak kaki ibu. Jadi berkelakuanlah seperti ahli syurga, bertolak ansur, penyayang. Pendek kata semua sifat baik yang selayaknya dengan ahli syurga.
Berilah ruang untuk anak anak hidup bahagia dengan pasangan masing masing. Saya percaya anak menantu akan lebih hormat dan sayangkan kita. Kepada confessor ikhtiarlah jalan terbaik supaya isteri tak kecewa dan ibu tak terluka. Pasti ada cara.
Masni Azahari –
Balik sendiri, tak payah bawa isteri. Saya hairanlah kenapa mesti bawa balik isteri setiap kali nak balik kampung. Keluarga saya senang aje, balik kerumah masing masing.
Satu lagi, dari awal perkahwinan, kita dah tahu perangai keluarga kita macam mana, mulut ahli keluarga macam mana. Jika kita tahu akan menyakitkan hati, elakkan dari berjumpa. Berjumpa sekali sekala. Kesian isteri.
Norziah Othman –
Alhamdulillah, Din perasan dengan apa yang berlaku. Kalau sesetengah (bukan semua) suami, dia akan backup ibu sendiri walau pun terang terang ibu dia salah…
Cuba balik sebulan 2x sahaja. Sekurang kurangnya isteri ada ruang untuk diri sendiri. Kalau ibu marah, bagi jer alasan ada urusan lain.
Memang betul anak lelaki tu syurganya pada ibu. Tapi takkan la benda yang tak elok pun awak nak diamkan jer. Sesekali pertahankan la isteri tu. Jangan la lembik sangat bro. Esok esok isteri buat pilihan, kut melopong. Gigit jari bro!
Mastura Burhanuddin –
Anak berak tengah malam, tak boleh basuh time time tu dah kenapa? Cuba kita dah membuang tak yah basuh, selesa ke?.
Pastu cuci pinggan. Bukan habit bini ko je Din. Aku pun cuci pinggan, dah settle clear kan sinki. Bersihkan dan lap. Kosongkan sampah dalam penapis di sinki sekali.
Tang nak sapu sampah. Salah ke tolong bersihkan. Kang dok saja, kata membesarkan bontot je, menantu malas bagai. Sebenarnya yang bermasalah ni ko dengan mak ko. Mak ko sejenis penyakit hati. Ko penyakit tak reti nak jaga hati bini..
Luha MJ –
Din, awak yang tak pandai ejas. Dari balik tiap minggu baik upah budak kampung yang amanah suruh belikan stock makanan tiap minggu. Cukup la balik sebulan sekali.
Tu rumah mak awak, memang la awak nak dok menonggeng sehari suntuk mak ayah tak kata apa. Yang buat kerja dari celik mata sampai malam, isteri awak. Tu awak ok je balik tiap minggu.
Penat kerap nak bertandang rumah orang tiap minggu hatta rumah mak ayah sendiri. Sebab tiap minggu nak prepare segala barang yang nak dibawa balik. Ada anak kecik lagi double penatnya.
Sampai rumah orang nak buat kerja lagi. Takkan nak dok dalam bilik ja??. Lagi tuan rumah sakan nak mengata. Nak kepung anak anak lagi. Duhh saya yang imagine ni pun rasa penat sangat. Apatah lagi isteri Din. Sian isteri awak Din.
Nur Shahira –
InsyaaAllah tuan mampu selesaikan masalah ini. Tuan adalah ketua keluarga, dikurniakan Allah akal yang cerdas.
Psych0 mak tuan tak ada salahnya. Adakalanya explain tabiat isteri dirumah dengan jelas kepada emak tuan seperti, “dia memang macam tu, lepas basuh pinggan memang sental sinki. Alhamdulillah sy dpt isteri yg rajin, solehah etc”.
Pandai pandai la tuan pertahankan isteri tu.
“Setiap hari atau minggu, mesti isteri ingatkn saya call mak ayah. Transfer duit. Alhamdulillah saya dapat isteri yang memudahkan urusan akhirat saya. Menjaga mak, syurga saya dan dia memudahkan urusan syurga saya menjadi isteri solehah”. etc…
Pandai pandai la tuan psycho mak tuan mengikut character dia ya. InsyaaAllah boleh selesai. Adakala perlu bertegas tapi bukan bermaksud sampai derhaka. Tak ada salah pun bawa sekali isteri tu keluar bersama walau dilarang mak tuan. InsyaaAllah lembut hati mak tuan nanti.
Sumber – Din (Bukan nama sebenar) via IIUMC