Kakak balik, ibu masak lazat2. Time aku, dpt lauk org pantang. Hanya krn muka, punca aku dibenci

 



Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum dan hai semua. Terima kasih admin kalau confession saya ini disiarkan. Aku Koko, bukan nama sebenar. Aku berumur 20-an. Aku dilahirkan dalam keluarga yang sangat t0ksik.

Ayah seorang nelayan dan ibu seorang suri rumah. Aku ada 5 orang adik beradik iaitu Abang long, kak ngah, kak lang, kak uda dan aku. Aku adalah anak bongsu dalam keluarga.

Kisah aku bermula sejak kecil lagi. Ketika aku kecil, kami hidup agak susah. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Semasa di sekolah rendah, kami pernah makan nasi dengan minyak ikan dan garam sahaja. Semasa ibu dan ayah tiada di rumah, kakakku tidak masak nasi untuk aku sekali padahal masa itu umurku baru 9 tahun.

Ibu ku pula sering mendahulukan kakak dalam segala hal. Sewaktu kakak bersekolah, boleh dikatakan setiap hari ibu menyediakan sarapan. Habis sahaja kakak bersekolah, ibu berhenti membuat sarapan untuk aku.

Abang ku pula bersekolah di asrama. Jadi aku tak banyak bercerita pasal dia.

Aku terasa dengan sikap ibu. Semasa kakak ingin menduduki peperiksaan SPM, ibu membelikan kakak set alat tulis. Namun semasa aku SPM, ibu tidak menyediakan apa apa keperluan. Mungkin doa sahaja.

Ayah aku pula seorang yang agak kedekut. Semasa bersekolah rendah aku hanya mendapat duit belanja 30 sen untuk sekolah rendah darjah 1, 2, 3. Darjah 5, 6 aku dapat 50 sen. Kalau sekali dengan sekolah petang atau sekolah agama aku dapat dua kali ganda dari jumlah tersebut.

Semasa aku di tingkatan 1, 2, 3 aku hanya dapat RM1. Di tingkatan 4, 5 dapat RM2. Dan paling banyak aku dapat RM3 iaitu semasa tingkatan 6. Pada suatu hari semasa aku masih di sekolah rendah, aku tercicir dompet.

Cikgu bertanya siapa kehilangan dompet, aku pon ambil dompet tu dari cikgu. Cikgu tanya aku, kamu belanja sehari berapa. Aku cakap lah 30 sen. Lepas tu cikgu hulurkan RM5 kat aku suruh buat belanja makan.

Masa di tingkatan 6 pula, aku tertinggal dompet di surau. Bila aku nak ambil balik dompet tu, ada seorang pelajar junior tanya, “akak belanja RM3 ke setiap hari. Kalau saya tak cukup duit banyak tu”. Aku terdiam dan berlalu pergi.

Ibu ku sangat menyukai kakak. Aku hanya akan dapat makan sedap bila kakak balik sahaja. Bila kakak tiada di rumah. Ibu akan masak lauk macam orang pantang. Bahkan tiada pon ayam. Lauk ayam hanya aku boleh makan semasa kakak aku balik dan waktu hari raya sahaja.

Ibu sangat pilih kasih, semasa aku pergi surau pada waktu malam masa tu ada ceramah. Ibu aku bersembang dengan kawan dia, kawan dia cakap, “baik si Koko ni”. Ibu aku cakap, “dia tak baik, kakak dia lagi baik”. Lepas tu mula lah puji kakak tinggi tinggi.

Jika mahu berjalan ke luar pula, aku adalah orang terakhir yang ibu akan pelawa. Jika kakak tidak mahu pergi dia akan mengajak aku.

Kakak hanya bekerja selepas tingkatan 6. Manakala aku pula dapat menyambung pelajaran di universiti. Kakak dan ibu sering memerli aku dah berkata bahawa aku budak ‘universiti’, ‘belajar tinggi’.

Aku sangat stress dengan kata kata mereka. Sambung belajar atau tidak bukanlah perkara yang perlu diperbesarkan dan diungkit.

Jika aku melakukan sebarang kesalahan walaupun tidak sengaja pasti akan dikatakan, nama je pelajar universiti tapi otak letak kat mana tah. Hampir seluruh ahli keluarga aku mengata begitu kepada ku.

Lagi satu aku agak susah nak berkomunikasi dan berkawan dengan orang baru. Ini kerana aku sering dipulaukan oleh ibu ku. Ibu hanya bercakap dengan abang dan kakak sahaja.

Aku terasa dengan sikap ibu yang pilih kasih. Aku tak minta untuk dilahirkan pon, tapi aku dilayan seperti tidak wujud.

Sewaktu aku ingin bersembang dengannya, ibu hanya memaling wajahnya ke tempat lain dan tidak respond dengan soalan ku. Jika jawab pun lepas 10 minit baru aku mendapat respond.

Aku ibarat sebuah tunggul yang bernyawa. Oleh itu, aku banyak duduk di dalam bilik sekiranya berada di rumah.

Kawan kawanku selalu update stories di social media dan kebanyakkan daripada diorang balik cuti sem makan makanan mak. Tetapi, aku hanya makan makanan sendiri.

Setiap makanan yang aku masak jarang dijamah oleh ibu dan kalau ada pun ibu cuma makan secebis atau sesuap. Malahan ibu pernah berkata kepada ku,

“Aku tak hingin nak makan makanan yang ko masak”. Aku juga tidak pernah masak dengan ibu, kerana apabila aku ingin masak sekali dengannya, ibu terus ke ruang tamu menonton tv.

Semasa cuti sem kawan kawan aku selalu update status happy duduk rumah makan makanan mak, mak ayah bagi duit belanja masa duduk rumah dan beli barang online setiap minggu.

Tapi aku kena kerja cari duit belanja untuk menampung perbelanjaan aku di universiti. Ayah ada bagi duit tapi satu sem dalam RM200 sahaja kerana ayah aku tahu yang aku pinjam PTPTN mesti ada duit.

Tapi aku sangat berjimat menggunakan duit PTPTN. Semasa di universiti aku tidak pernah meminta ayah duit untuk beli baju program, alat tulis mahupun buku rujukan. Semuanya aku beli sendiri.

Ye, aku tahu aku tak boleh membandingkan kehidupan aku dengan orang lain. Tapi aku tertekan dengan sikap keluarga aku.

Ketika aku menelefon ibu, ibu tidak pernah sekali pon bertanya adakah aku okey atau happy dekat universiti. Sekali pun tidak pernah. Ibu selalu menelefon kakak sehingga sejam lamanya, bercerita itu dan ini.

Apabila menelefon aku hanya 2 minit itupun hanya untuk bertanya khabar sahaja. Kawan ku pernah bercerita dia setiap hari menelefon ibunya untuk bercerita hari hari yang dia lalui. Aku hanya mendengar dengar muka yang happy namun jauh di sudut hati, aku sangat cemburu.

Masalah yang aku perasan dalam keluarga aku adalah ibu lebih menyayangi kakak daripada aku. Segala galanya kakak. Jika kakak ada kesalahan ibu akan tutup sebelah mata.

Ibu juga akan mencari setiap kesalahan yang aku lakukan. Dia akan cerita kepada kakak semuanya dan ditambah tokok. Ibu dan kakak akan mengata aku tak kiralah semasa aku berada di ruang tamu atau berada di dalam bilik.

Kadangkala semasa di dalam kereta ibu akan mengata pasal aku kepada kakak. Jika di rumah boleh menangis dalam bilik tapi kalau kena mengata kat luar/umum takkan nak menangis depan orang kan. Iye, aku pernah menangis depan orang. Orang mesti ingat aku dah tak betol.

Kakak pula akan menceritakan keburukan aku kepada suaminya. Jadi, semua orang membenci aku dalam keluarga. Apabila kakak sudah mempunyai anak, anaknya tidak diajar untuk menghorm4ti orang. Bersalam dengan aku pun tidak mahu.

Walaupun aku pernah membuat kebaikan tapi ibu tak pernah ingat. Kesannya sekarang, aku susah untuk berkomunikasi dengan orang dan aku sudah biasa dengan persekitaran dan orang yang t0ksik.

Jika aku kena marah dengan sesiapa aku tak rasa takut, sebab aku dah biasa. Jika aku diminta untuk memberikan pendapat di sekolah atau universiti, aku susah nak cakap sebab semasa di rumah aku banyak diam dan kurang sangat berkomunikasi.

Akhirnya barulah aku tahu, ibu tak suka aku sebab muka aku persis kakak dia yang dia benci.

Tapi, aku bersyukur sebab aku masih ada keluarga. Disebabkan aku dipulaukan, dihina, diumpat dan dikata depan depan membuatkan aku tidak tahan menanggung tekanan em0si.

Semua orang boleh cakap aku tak bersyukur, tapi korang tak berada di tempat aku. Hanya yang pernah melalui je yang akan faham.

Ada suatu masa yang membuatkan aku sampai berdoa semoga aku cepat meninggal supaya ibu happy bila aku sudah tiada nanti. Astaghfirullah. Maaf, sebab aku sangat kecewa dan sedih hidup dalam persekitaran yang t0ksid ini.

Sebagai kesimpulan, aku berharap semua orang yang masih ada anak atau bakal mempunyai anak, terimalah dan hargailah anak anak korang seadanya.

Sekiranya tiada perkara baik yang mahu diucapkan baik simpan sebab setiap kata kata ibu bapa adalah doa buat anaknya. Jangan pernah pilih kasih, jangan pernah berdendam dengan sesiapa dan jangan biarkan anak korang ters3ksa em0si.

Jika ada kesalahan yang dilakukan oleh anak, ajarkan dengan cara baik dan seeloknya berbincang. Anak tidak minta untuk dilahirkan di dunia tapi minta disayangi secukupnya.

Aku doakan semoga korang dapat keluarga yang bahagia. Doakan aku dapat keluarga mentua dan pasangan yang menerima buruk baikku dan menyayangiku sehingga ke syurga. Aamiin.

Yang ikhlas.

Reaksi warganet

Debunga Chenta –
Tak payah doa nak mati. Diorg lagi suka agaknya adik mati. Adik doa biar dapat kerja elok2. Lepas tu adik binala kerjaya adik, bina aset dan harta. Adik tunjuk adik lagi berjaya dari diorg.

Bila dah ada duit ni baru la boleh nampak macam mana layanan diorg nanti. Baik giler. Tapi jangan pulak sampai diorg pergunakan adik sebab nak kikis duit adik. Kena cerdik la sikit.

Kalau boleh cari kerja jauh2, jangan duk dekat dengan family. Kalau diorg suh adik buat pinjaman ke untuk diorg, jadi gerentor ke jangan sesekali. Yang susah adik nanti. faham..?

Nik HidAyah –
Kalau orang dah tak suka, tak perlu nak meratap hiba sangat dik. Buktikan pada family kau yang kau bukan macam diorang katakan. Jangan jadikan caci maki diorang tu penghalang untuk kau berjaya.

Akak percaya adik ni pandai sebab tu dapat masuk uni kan? So belajar rajin2, dapat kerja elok2, bantu family. Time tu kalau diorang tak appreciate lagi boleh dah kot fikir sendiri.

Soya Bean –
Saya ada kawan macam awak koko, nenek dia yang t0ksik dera dia suruh buat kerja, rotan, tapi dia kuat tak putus asa. Dia tekad belajar kuat kuat dapat kerja bgus dan keluar dari family tu.

Syukur alhamdulilah dia berjaya walaupun derita pada mulanya. Jangan meratap dik jalan mu masih jauh kuatkan semangat. Orang tak suka jangan paksa. Be happy love urself first.

Aminah Siti –
Tergamak lempias rasa benci dan amarah pada anak drah daging sendiri. Atas sebab tak masuk akal. Tak terkejut pun sebab bukan awak sorang alaminya dik. Memang wujud parent macam tu.

Jiwa mak kau sakit sebenarnya dik, tak berbaloi kau sedih sedih. Sudah sudah mengharap pada orang tak sudi. Move on je. Lupakan kesakitan lama dan bina hidup baru.

Mia Zahar –
Bukan nak menghasut. You kena kuat semangat untuk keluar dari rumah family dan hidup berkelana.

Macam saya, demi cita cita dan minat dalam kerjaya, saya sanggup tinggalkan keluarga berhijrah ke negeri lain. Tinggal seorang diri. Bila dah tinggal sendiri, kita adalah master of our own house and rules. Apa apa masalah dalam keluarga, saya buang jauh. Hanya bantu selagi boleh.

Saya pernah hidup takde duit, diugut bank sebab hutang, pernah dibuang kerja dan sebagainya. Tapi, perlahan lahan saya bangkit. Tanpa campur tangan keluarga.

Jangan terkulai dalam mencari kasih sayang manusia. Apetah lagi ibu bapa. Mereka pun berdosa kepada Allah sebab tidak beri kasih sayang sama rata terhadap anak anak. Kenapa sibuk nak menagih sayang mereka? Keluar lah dari persekitaran t0ksik, berhijrah lah ke tempat yang baru. Utamakan diri sendiri dulu.

Fazidah Abdul Kadir –
Saya heran dengan orang yang bagi harapan suruh kawin dan dapat suami dan mertua yg baik. Sebenarnya, jodoh kita tak tahu nak dapat yang macam mana. Jangan harapkan lelaki nak datang selamatkan awak sebab kita tak tahu apa akan jadi di masa depan dan taknak awak taruh harapan pada suami dan akhirnya kecewa kalau tak dapat apa yg awak harapkan dari suami.

Macam mana dia pulak nak selamatkan awak, perkahwinan memerlukan orang yang matang dan mampu berubah bersama bukan harap yang bukan bukan dari sorang saja.

Jadi akak harap awak move on from your family situation, tinggal jauh dari mereka. Akak dulu pindah duk Johor, rumah mak di Penang, jauh wei 12 jam naik bas Express baru sampai.

Tapi berbaloi, baru depa rasa nak hargai kita, enjoy lah dengan kawan kawan, p jalan2, shopping, makan angin, tengok wayang ka, apa saja yang buat awak happy. Life is what you make of it.

Kalau tak buat apa apa takda apa2 lah, akak dulu kerja part time disamping kerja full time just to kiill time,. You know kalau duk jauh dengan family takde benda sangat nak buat, kerja je lah kumpul duit. Buat kerja amal sikit sikit. Sedekah ke apa yg patut pada orang susah. Jangan tak bagi duit kat mak ayah pulak, just sebab jauh tak payah kerap balik sangat. Tu je lah jaga hubungan dengan Allah, insyaallah selamat dunia dan akhirat.

Sumber – Koko (Bukan nama sebenar) via IIUMC



Post a Comment (0)
Previous Post Next Post