Tiba tiba Emir jerit sekuat hati. Semua orang panik. Cepat cepat mereka datang. Tapi rasa aku puas




 Foto sekadar hiasan

Aku Mona, mempunyai seorang anak lelaki berusia 3 bulan, namanya Emir.

Sejak awal mengandung, mertua aku beriya iya minta untuk jagakan Emir bila aku bekerja. Aku berasa lega. Lagipun katanya adik adik suamiku juga akan membantu menjaga Emir ketika aku bekerja.

Jadi, kuranglah aku rasa seperti membebankan mertua ku. Kalau ikutkan, mahu sahaja aku hantar ke daycare kerana sudah semestinya tugas pengasuh untuk menjaga anak ku.

Fast forward, PKP 2.0 dilaksanakan dan aku work from home. Bermula lah aku berendam air mata.

Memang Emir dikasihi oleh semua, tapi bila petang, aku perasan Emir dipaksa tidur oleh ibu mertuaku sampai menjerit jerit.

Bayangkan, baru sahaja 15 minit bangun tidur, sudah dipaksa tidur kembali. Kenapa?

Kerana seluruh keluarga mertua ku (kecuali suami) mahu tidur. Pelik bukan kenapa seluruh ahli keluarga mahu tidur ketika itu?

Rupanya, mereka semua jenis tidak tidur malam, dan hanya tidur selepas zohor. Mahu tak mahu, terpaksa aku tinggalkan kerja sebentar sebentar untuk melayan Emir.

Aku kasihan dengan Emir, kerana aku tahu dia suka bermain pada waktu petang.

Tidur petang mereka bukan sekadar sejam dua. Ini tidur seperti tidur malam.

Jikalau ada adik beradik yang tidak tidur siang, mereka sibuk dengan hal masing masing, kecuali dipanggil untuk menolong.

Memanglah aku tidak harapkan mereka, tapi tidakkah mereka kesian dengan ibu mereka?

Aku cuba sedaya upaya untuk ambil alih menjaga Emir ketika aku rehat dan tepat pukul 6, kadang kadang lebih awal, aku terus ambil Emir untuk dijaga.

Selalu aku minta maaf pada Emir, yang mama terpaksa bekerja. Mama tak dapat jaga Emir sepenuhnya ketika mama bekerja.

Aku kasihan dengan ibu mertuaku, tidur petangnya selalu terganggu, buatkan dia nampak amat penat dan mula menjadi marah marah. Tapi pada masa yang sama, aku geram dengan cara tidur mereka semua.

Perancangan untuk menjaga Emir bukan berlaku tiba tiba, malah sudah di ‘booking’ Emir untuk dijaga sejak dia berusia 3 bulan dalam kandungan.

Bagiku, jika sudah tahu akan menjaga seorang bayi pada waktu siang, kenapa tidak mahu usahakan tidur pada waktu malam? Akibat tidak tidur malam, pastinya siang akan mengantuk.

Hari ini, aku menangis lagi. Aku seorang sahaja yang bekerja di rumah. Adik beradik yang lain, serta suamiku bercuti. Aku syak ibu mertuaku tidak tidur pada malam tadi dan dia sedang berpuasa.

Ketika dia menghampar tilam, aku sudah mula gusar. Ditakdirkan yang Emir meragam, ibu mertua sedaya upaya memujuk Emir tidur walaupun sangat letih.

Menangis nangis Emir mahu dilayan namun ibu mertuaku terlalu mengantuk dan penat.

Adik beradik lain ada menjenguk, namun sekejap sahaja, tiada pertolongan diberikan. Sekadar bermain seminit dua dengan Emir, lalu sambung bermain game.

Terpaksa aku sekali lagi mengambil alih menjaga Emir. Jam baru 2.30pm. Aku tidurkan dia, dan letak di buai supaya aku boleh sambung kerja.

Sepanjang aku tidurkan dia, aku menangis. Aku rasa semua orang dalam rumah ini hopeless.

Ibu mertua yang kepenatan akibat tidak tidur malam, adik beradik tak mahu membantu ibu. Aku terpaksa juggle antara kerja dan menjaga anak. Penat. Stress.

Tiba tiba Emir menjerit sekuat hati. Semua orang panik. Kecuali aku. Entah, aku rasa amat puas hati bila Emir menjerit sebegitu, semua orang bergegas mengambil Emir dan melayannya.

Sebelum ini, bila Emir menangis biasa biasa, tiada siapa peduli. Sekali dia menjerit sekuat hati, nah, dapat aku buat kerja dengan tenang.

PKP akan tamat, aku akan kembali bekerja di pejabat. Jujur aku risau, bagaimana Emir nanti? Siapa akan melayan dia jika aku berada di pejabat ataupun akan dipaksa tidur juga?

Andai hari hari dipaksa tidur petang seperti mereka, aku risau perkara tersebut akan berlarutan sehingga tidak tidur malam.

Aku pendam dulu daripada suami, kerana tidak tahu bagaimana cara yang paling sesuai untuk beritahu tentang keluarganya itu tanpa konflik. Buntu.

Reaksi Warganet

Leya Alias –
Baby baru 3mo tu kak, dah stress macam apa awak pun. Tak.. bukan condemn. Baby 3mo ni biasanya rutin dia memang banyak tidur lagi. bangun lapar, menyusu akan tidur balik.

Time laki kau cuti tu, dia tak tolong jaga baby ke? Aku tak berapa fahamlah. Macam ni lah senang, hantar ke baby sitter or taskalah. Sementara baby masih kecil dan belum kenal orang sangat.

Jangan tunggu semua orang give up bab jaga anak you time tu baru hegeh nak bagi taska or bs. Masa tu masalah lain pulak nak hadap sebab anak meragam takmau dengan orang lain.

Asiahani Shaari –
Entahlah.. tapi aku memang pelik dengan perangai perempuan yang ada anak tapi harap orang lain jaga, tu anak kau kan.

Lepas semua orang janji manis, tapi hasilnya tak macam yang kau expect. Pesal tak decide hantar daycare terus…

Lagi satu pesal tak marah laki kau, buat anak pandai, tapi jaga anak taknak. Pergi marah laki sebelum marah orang lain. Memang pelik sebenarnya yang buat anak korang dua, tapi salahkan orang lain.

Orang nak bntu jaga tu patut bersyukur sangat. Ke kau bayar 10k sebulan dekat mak mertua kau sampai kau rasa kau boleh ubah orang ikut cara kau.

Sorry lah kasar, tapi pasal benda ni selalu sangat jadi. Next ada anak no 2 jaga sendiri je dik. Akak ni taknak susahkan sape sape dari pantang taknk mil ke, mak sendiri ke jaga..

Biar gaduh dengan laki, janji dua dua tahu ambik tanggungjwb bila ada anak. Ni rumahtangga kita, bukan orang lain. Kalau kau takbergaduh dengan laki kau, memang kau bergaduh dengan orang lain lah..

Ainatul Orked –
Seeloknya, anak kita biarlah kita yang decide nak buat macam mana tanpa ada campur tangan orang lain. Apa tujuan kita bersusah payah melahirkan anak, at the end kita serahkan pada orang lain.

Cuba berbincang baik baik dengan mak mertua.
Percayalah orang tua nie, beriyer je depan kita bersungguh nak jaga. Bila dah jaga, baru dia tahu penat nya macam mana.

Percayalah, menjaga baby takde yang tak penat ya. Baby la yang perlu kan perhatian betul betul. Semua benda yang dibuat perlu pemantauan orang dewasa. Jadi, kalau nak serahkan pada orang tua yang menjaga baby, tergamak ke?

Ratu Sulaiman –
Keluarga mentua belum hadap situasi jaga baby (masa kau ngandung) memanglah mereka beriya. Aku syak cucu first ni kan, memang auto akan sayang lebih. Once anak tu dah keluar, habis segala rutin depa berubah memanglah jadi lain.

Kau pun pehal macam bendul pintu pun ye..dah nampak keadaan kan, so bincanglah kata nak bg hantar daycare ke, babysitter ke. Cakap la baik-baik jangan sampai depa terasa. Kau pun boleh nampak mak tu dah mula penat kan so tu boleh jadi point kau.

Jangan tunggu sampai anak yg ditatang tu jadi kejemuan kat semua dalam rumah tu baru kau nak bertindak. Anak kau baru 3 bulan ni, gi hantar daycare sana.

Aku nak tanya lagi, laki kau pandai buat anak je ke camne? Dia bercuti kan? So dialah jaga anak korang patutnya kak oi. Kau wfh memang betul betul nak fokus kerja semata memang parahlah. Sampai taknak cara sikit ke anak tu baik kau hantar je kat orang lain jaga anak kau. Berbayar. Haa kerjalah kau dengan tenang.

Kau boleh pulak rasa puas hati bila anak jerit camtu baru dapat perhatian semua. Kau pehal kak?? Dah mula nampak jadi selfish pulak sabit anak. Udah udah la kau pun nak stress aku mati mati ingat anak umur berapa.. Baru 3 bulan dan baru sorang. Adoilah kau pun.

Sumber – Mona (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post