Krn mulut J, ibu xhenti menangis. Jika kami mti, J tak diizinkan ziarah. Saudara mara terpedaya, kami dipulaukan




 Foto sekadar hiasan

Tidak pernah terbayang bahawa kami akan difitnah dan dikhianati oleh drah daging sendiri.

Kisahnya ibu yang kami sayang difitnah oleh anak buah sendiri, aku gelar J (bukan nama sebenar).

Sejak kecil J tinggal bersama nenek dan rumah nenek bersebelahan rumah ibu. Oleh itu, ibulah yang banyak menguruskan dan membantu menjaga J sejak kecil.

Aku tidak pasti atas alasan apa J kurang mendapat kasih sayang dan perhatian mama dan bapanya kandungnya.

J sudah berkahwin selama 9 tahun dan masih belum dikurniakan zuriat mungkin kerana masalah cyst J dahulu.

Sejak Januari 2020 dia kerap datang ke rumah hampir setiap hari kerana jarak rumahnya dekat dengan rumah ibu.

J mengalami penyakit misteri sejak September 2020. Pelbagai cerita merepek yang J sebarkan pada ahli keluarga yang lain antaranya:

1) Ibu ada pelihara saka dan saka itu nak berpindah ke J. Sebab tu J sakit.

2) J cakap dia mula sakit sejak makan nasi lemak hangus yang ibu masak. Walhal tidak pernah ibu masak nasi lemak hangus. Nasi lemak itulah yang kami sekeluarga makan, tidak pernah kami asingkan makanan J.

3) Ada seorang ‘haji’ yang kononnya bermimpi ibu yang bela saka setelah melakukan istikharah 3 kali. Haji munafik tu banyak kes (penunggang agama, gunakan agama sebagai sumber kekayaan).

HAJI MUNAFIK cakap kalau dia ubatkan J, ibu boleh mti. Adakah kuasa penyembuhan dan kematian di tangan HAJI MUNAFIK?

Kami belum berpeluang jumpa HAJI MUNAFIK atas beliau selalu mengelak tapi jika diberi peluang aku akan minta dia bersumpah serta menyembuhkan J walaupun kononnya ibu akan terkorban. Buktikanlah.

4) J cakap ibu dengki dengan kemewahan dia padahal ayah dan ibu pesara guru besar. J pula seorang jurujual.

(Maaf kalau aku agak kasar atau membanding bandingkan tapi ini fakta kes aku bahawa ibu langsung tidak dengki dengan kemajuan hidup J).

5) J menyebarkan fitnah bahawa ibu menghantar saka padanya kerana ibu mahu J mti lalu menjodohkan suami J dengan kakak aku.

Kakak aku tidak bdoh mahu seorang lelaki yang gatal dan mempunyai masalah disiplin kerana sering mengganggu perempuan di tempat kerja.

J pun malu mengaku S adalah suaminya kerana ramai orang mengadu pada J bahawa ada seorang lelaki gatal yang sering mengganggunya.

Suami J juga pernah ‘mengganggu’ seorang sepupu aku dan suaminya juga bukanlah seorang rupawan mahupun hartawan. Suami J juga seorang jurujual.

Kakak aku seorang guru dan mempunyai teman lelaki.

Bagi aku S terlalu gatal untuk dijadikan seorang suami, terlalu banyak perempuan yang dia cuba goda. Aku tidak habis fikir kenapa J sering mempertahankan suaminya yang miang itu.

6) J makin kurus dan dituduhnya roh aruwah anak ibu (I) masuk dalam badannya. Hanya kerana aruwah kakak aku kurus dituduhnya ibu yang hantar saka tu.

Benda yang paling menyedihkan adalah perkara ni kami tahu dari orang lain. Hampir seluruh ahli keluarga kami sudah memulaukan dan blok kami tanpa sebarang penjelasan.

Sebelum ibu tahu yang ibu difitnah dan dipulaukan ibu kerap menelefon dan bertanya khabar J.

Kami dihalang untuk menziarahi J kerana J kononnya menghidap c0vid-19. Atas kuasa Allah, sedikit demi sedikit fitnahnya kami tahu. Demi Allah! Perkara itu semua fitnah.

Wallahi, kalau betul ibu ada salah dan ada bela saka seperti dakwaan mereka, datanglah kepada kami beritahu atau bertanyalah kesahihannya kepada kami. Ini fitnah besar, fitnah seperti kami mensyirikkan Allah.

Kami pernah berhasrat untuk buat saman fitnah, tapi dihalang oleh seorang ahli keluarga yang merupakan seorang kenamaan atas alasan untuk menjaga nama baik keluarga.

Aku juga mahu haji munafik dan J membuat sumpah atas nama Allah dan agama dengan segala fitnah yang mereka lontarkan.

Wahai J, aku boleh siarkan benda ini di facebook personal aku tapi aku masih menjaga aib kau dan orang yang bersekongkol dengan kau.

Tidak seperti kau yang telah menyebarkan aib ke seluruh ahli keluarga sehingga kami dipulaukan, dibenci dan membuatkan ibuku tidak berhenti menangis.

J, setiap kali lepas solat ibu sentiasa berdoa mohon tunjuk dan jika kami sekeluarga mti, kau dan sekongkol kau tidak diizinkan untuk datang ziarah. Kau cari kami di Mahsyar ya.

Wahai J, ibu dan ayah aku sedang menderita sakit tua, begini cara kau dan kakak kau balas budi mereka? Lupakah kau siapa yang menghadiri majlis konvo kau ketika mama kau tidak mempedulikanmu?

Mungkin kau lupa bahawa kami sering membawamu bercuti kesana kesini tanpa sesen pun kau keluarkan untuk makan, hotel mahupun minyak?

Kau lupa siapa yang membantumu saat semua ahli keluarga membencimu kerana mulutmu sendiri? Itulah kesilapan terbesar kami dulu, iaitu memaafkanmu saat semua orang masih tidak mempercayaimu.

Jika sesiapa tahu solusi terbaik mohon bantu kami. Kami juga telah berubat dengan ustaz ustaz yang diyakini dan tiada tanda yang ibu ada bela saka. Ibu tidak berhenti berdoa terutama lepas solat dan waktu mustajab.

Jika ada solusi terbaik mohon kemukakan. Jika tiada mohon doanya.

Sekian..

Reaksi Warganet

Rizal Rodzuan –
Maaf cakap la, aku tak boleh terima bila orang ni taknak dedahkan kebenaran atas alasan taknak buka aib orang tu, sedangkan orang tu tak henti henti jaja fitnah kepadanya sampai semua orang terpedaya.

Ni bukan cerita drama yang oh akhirnya orang akan tahu sendiri, kalau macam tu tak payah bina balai polis dan mahkamah untuk cari keadilan.

Sebaiknya ko saman je J tu dan haji tu, buat repot polis fitnah dsb. Bila dia didapati bersalah baru orang tahu sapa salah sapa benar.

Anne Aziz –
Ni lah masalah orang Melayu Islam. Orang suruh berubat jumpa ustaz. Dia jumpa tok moh memana. Pastu percaya buta buta.

Dah memang J tu ada penyakit kan. Orang sakit ni, kalau ubat tak betul, memang jadi pelik. Perangai pelik, cara berfikir pun jadi pelik. Nak mudah, dia salahkan saka. Erm.

Semoga TT dan keluarga dipermudah urusan sempena Ramadan. Biar orang buat kita, kita jangan buat orang. Kita sabar, dapat pahala bersabar.

Tapi kalau nak proceed kepada saman fitnah pun ok je. Sebab ini melibatkan maruah keluarga.

Dosa fitnah ni, sama macam membnuh. Sikit banyak, pasti ada efek pada ahli keluarga TT.

Puteri Pelangi –
Fokus pada keluarga sendiri, Allah tak pernah tidur..

Kadang Allah jarakkan kita daripada sesuatu perkara kerana benar benar menyayangi kita. Pasti 1 hari nanti akan terbuka sendiri cerita yang benar dengan sendirinya.

MASA… yang akan membuka perkara baik dan menutup perkara jahat oleh pemfitnah…

MASA.. adik fokus mempositif mak dan ayah adik dalam hal ni. Bersatu untuk terus maju ke depan. Buktikan J tu benar benar nothing dan takde impak pada keluarga adik..

DOA… jangan pernah berputus asa.. Allah selalu memakbulkan doa doa hambanya yang teraniaya. Moga dipermudahkan semua urusan. Aamiin ya rabb…

Zinnirah Bidadari –
Jumpa J, lempang pipi die laju laju. Bagi berpinar mata dia, gegarkan otak die bagi sel sel otak tu berhubung. Then br jelaskan semua.

Nak gaduh, gaduh betul betul. Esok nak raya minta maaf peluk cium balik. Setel. Orang mcm ni, doa senjata kedua. Tangan ada mulut ada guna. Jangan smpai bengkak hati tahan marah. Diri sendiri merana.

Level dia, level kene lempang dulu baru otak berjalan. Benda mudah jangan rumitkan. Mak menangis hari hari sebab orang luar, bukan anak anak. Kan rugi air mata tu. G la setelkan. Ape guna jadi anak ada tangan ada mulut tak boleh setel.

Paling teruk lepas lempang merah je pipi die, tapi kurang kurang otak dia berhubung balik ingat semua yang mak pak awak belanje masa kecil kecil. Pastu ungkit semua yang dah dibuat. Bukan hilang pahala pun. Sebab yang ungkit awak, yang buat kebaikannnya mak pak awak. Susah ke senang nak setel?

Jangan cakap pulak. ‘Cakap senang la. Tak kena kat batang hidung sendiri’. Ni jawapan paling cliche bile tanya minta pendapat. Buat dulu. Pastu follow next step. Satu lagi. Masa sound tu kene bijak, jangan mencarut, jangan marah. Tegas!!!

1. Lempang tangan jangan lebih swing buat betul betul dari bahu ke pipi J. Supaya pipi sahaja kene bukan telinga.

2. Lepas lempang bagitau sebab kenapa lempang. Cakap je dulu “ni aku lempang kau supaya keluar semua saka aruwah kakak aku, dan supaya semua sel otak kau bergabung semula”. Kalau die jerit or nak lempang blk. Get ready pegang kuat kuat kedua tangan dia.

3. Bagitau semua apa yang mak awak dah beri kat die sebagai friendly reminder. Beselah manusia.. mudah lupa

4. Dah habis cakap terus tamatkan. Ok nanti raya aku datang lagi. Kita salam. Minta maaf zahir batin.

5. Done. Blah dan bagi salam. Lari terus balik rumah mak. Kunci semua pintu. Sebab nanti J tu meroyan. Hahaha.

Sekian. Next chapter.. cite balik sini. Nanti ktorg bagi lagi pendapat

Hidup kene berani. Tapi bertempat. Tu mak ayah kita, kitalah bertanggungjawab. Dia nangis atas sebab orang lain, jadi anak hentikan tangisan tu.

Nanti cite kat mak. Mak angah dah lempang j. Confirm mak kate ko buang tebiat. Balas balik. Takpe mak air mata mak, angah dah kumpul sebesar pelempang angah. Dah balas dah. Hahaha sekian.

Moga dipermudahkan segala urusan. Pada setiap kesukaran ada kemudahan. Dan disetiap kesukaran ada kemudahan. Inshirah ayat 5&6.

Sumber – FN (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post