Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum semua. Saya Sumaiyah berusia awal 40an dan seorang surirumah. Mempunyai 3 orang anak yang sedang meningkat remaja, Alhamdulillah Allah kurniakan saya anak anak yang baik dan sangat mendengar kata.
Perkahwinan yang hampir 20 tahun dengan seorang lelaki dari utara tanah air mengajar saya pahit dan manis sepanjang bergelar isteri.
Saya dibesarkan dalam keluarga yang senang. Mak dan aruwah ayah saya pesara kerajaan dan meninggalkan harta yang agak banyak untuk kami adik beradik.
Semua harta pusaka aruwah ayah telah dibahagikan sama rata untuk kami semua adik beradik.
Setiap kami mendapat tanah hampir 20 ekar setiap seorang. Ada tanah getah (getah tua dah sekarang), padi (pajak dekat orang) dan kebun buah (tak terjaga) juga rumah sewa.
Adik beradik saya semua kerja kerajaan dan tidak bergantung pada hasil ni. Hasil dari sewa sahaja saya mendapat hampir RM2000 sebulan dan duit inilah saya guna untuk membeli barang keperluan saya dan anak anak.
Apa yang menjadi masalah pada saya sekarang hubungan kami suami isteri memang bermasalah sejak dulu, tapi saya bertahan sebab anak anak.
Saya tau dia sayangkan saya dan dia baik sebagai seorang ayah tetapi saya banyak makan hati denganya.
Dia selalu memandang rendah pada saya seperti saya tak pernah menyumbang sedikit usaha dan tenaga untuk keluarga.
Sebelum PKP dia kerja gaji besar dan kerja macam dia saya tau ramai perempuan suka sebab dah banyak kali dia cvrang dengan saya walaupun sekadar berhubung melalui FB.
Sekarang dia hanya kerja food runner sebab sejak tahun lepas bos dia hanya mampu bayar gaji basic dan ada bulan bulan yang dibayar separuh sahaja.
Sejak berhenti kerja dia ada mengungkit macam saya membebankan dia. Saya bukan tak nak kerja dengan umur dah 40 siapa yang nak ambik saya kerja walaupun saya ada degree.
Saya pernah berniaga tetapi banyak kali gagal dan setiap kali itulah dia akan menyindir saya. Sungguh saya down giila bila tiada moral support dari orang dekat dengan kita.
Setiap hari saya akan menangis. Semua kerja rumah saya yang buat dari A sampai Z, kalau mintak tolong sikit memang akan gaduh giila, saya penat fizikal dan mental kalau tiada anak anak lama dah saya lari dari dia.
Saya rasa 20 tahun dunia saya gelap. Dari seorang yang cantik dan menarik dulunya saya rasa macam dah tak de kehidupan buat saya sekarang.
Saya cuba joint macam macam untuk tambah pendapatan, semua gagal. Duit yang ada hanya cukup untuk barang dapur dan keperluan anak anak. Barang kemas saya pun semua dekat pajak gadai nak nak pulak musim PKP ni memang tak cukup duit. Saya tinggal di bandar besar semua mahal.
Bila dah masuk usia 40 kita akan pikir pasal kematian. Dengan harta tanah dan 2 buah rumah yang saya miliki atas nama saya dan usaha saya sendiri.
Saya selalu terpikir sekiranya saya meninggal sekarang, senang senang suami saya akan memiliki harta saya dan boleh kawin lain tanpa perlu bekerja seumur hidup pun sekiranya dia menjual semua harta saya.
Saya terfikir untuk wasiat dan hibah harta untuk anak anak saya, 2 lelaki dan seorang perempuan. Kami juga mempunyai takaful yang bernilai 200,000 sekiranya kami suami atau isteri yang meninggal. Ini pun saya yang bayar bulan bulan.
Zalimkah saya jika berbuat begitu atau berdosakah saya sebagai seorang isteri. Dia mungkin akan membenci saya seumur hidup sekiranya saya meninggal awal dari dia. Saya juga ada terfikir untuk memberinya sedikit tapi bukan secara faraid.
Untuk pengetahuan semua, suami saya tidak mempunyai apa apa harta rumah atau warisan dari keluarganya kerana family dia orang susah. Walaupun gaji besar dia lebih banyak habiskan duitnya untuk hobi yang mahal. Kami menyewa disini.
Mungkin saya bukanlah bidadari pilihanya di syurga nanti saya terima. Semoga saya bahagia disana bersama anak anak dan seorang anak syurga yang telah menunggu disana. Saya mohon pandangan dan nasihat dari pembaca semua.
Terima kasih.
Reaksi Warganet
Ainul Mardhiah –
Cadangan saya, buatlah hibah harta pada anak anak, memandangkan hibah tak boleh dicabar. Wasiat pula, ada yang saya baca boleh dicabar.
Senangkan anak anak puan dimasa hadapan. Untuk suami pulak, terpulang atas ihsan puan. Tapi kalau saya ditempat puan, saya lebih fikirkan anak anak, drah daging kita.
Narehan Hassan –
Hibbah kepada anak anak puan sahaja. Kalau dia tak menghargai puan, buat apa bagi harta pada dia. Suami boleh cari, lagi lagi yang tak berapa berguna macam suami puan.
Anak adalah harta puan dunia akhirat. Wasiat tak boleh dibuat kepada penerima yang wajib macam suami dan anak. Puan buat hibbah je.
Your money, your say. Nafkah puan dan keluarga, suami yang perlu cari, bukan puan. Semoga Allah merahmati dan mempermudahkan urusan puan.
Nor Ku –
Jumpalah kaunselor. Puan kata dia sayangkan puan dan ayah yang baik. Sepanjang 20 tahun kawin semua busuk kah? Sepanjang 20 tahun suami tak beri nafkah langsung? Tiada keperluan mempertahankan perkahwinan? Tiada peluang kembalikan kegembiraan? Sudah menggunakan segala medium doa dan solat malam.
Jangan pernah rasa rugi sumbangan pada keluarga, anggap itu investment anda untuk akhirat. Buat kerana Allah kerana manusia tiada yang sempurna. Meletakkan pengharapan dan penghargaan manusia adalah suatu yang mungkin mengecewakan.
Ingat, setiap kenaikan kita adalah investment akhirat kita. Faraid atau hibah atau wasiat? Itu hak saudari. Tapi saudari ada anak lelaki, hak suami tidak sebesar mana.
Linda Abu Hassan –
Hibahkan secara formal (documented n sign off) semua harta puan atas nama anak anak.
Selagi mana puan hidup, harta tanah rumah dan semua harta yang tangible masih milik puan. Walaupun dah hibah atas nama anak.
Hibah atau harta akan jatuh pada anak anak hanya akan berlaku bila mana puan meninggal.
Suami puan lelaki, dia boleh cari sendiri duit untuk hidup.
Suami pun dah ada bahagian dia, takaful tu. So u don’t need to feel guilty. Sebaiknya buat la proper hibah dan wasiat documentation properly.
Dan jangan lupa infaqkan/sedeqahkan sebahagian harta puan pada mereka yang memerlukan. Sebab itu la yang akan jadi bekalan kita akhirat nanti. Inshaa Allah.
Saya dah buat hibah dan wasiat dengan wasiyyah shoppe company. There are a few choices out there. Di mana puan boleh pilih seperti company as-solihin, rhb, ubb, etc.
Tapu cari la yang shariah compliant dan muslim own company bila kita nak uruskan harta hibah dan wasiat ni. Inshaa Allah DIA permudahkan urusan puan.
Shokhidul Amin –
Boleh buat hibah harta dekat syarikat trustee. Hans legacy, as salihin @ wasiah shoppe are recommended. Kalau buat dekat lawyer risiko firma tutup / lari / dokumen lesap (pengalaman saya). Company besar ada kekuatan dan sistem yang lengkap.
Untuk hibah takaful bagi juga dekat dia sikit. Sebab saya percaya mesti ada juga sumbangan dia untuk keluarga. Harta yang dicari bersama pula bahagi sama rata. Buat 1 lagi takaful untuk anak anak sahaja kalau mampu.
Kadang bila kita marah memang kita lupa segalanya. Tak nampak kebaikan pasangan, yang nampak cuma buruknya sahaja. Ambil tempoh bertenang. Orang kehilangan kerja lain emosinya. Tambahan pula dah betukar kerja ke hulu ke hilir. Penat.
Hidup berpasangan kena saling memperbaiki. Laki cari lain sebab ada benda yang tak cukup. Bukan harta yang lelaki pandang. Cukup belaian dan perasa, InsyaAllah cukup.
Sumber – Sumaiyah (Bukan nama sebenar) via IIUMC