Tgh aku derita hadap kimo, krn xdapat bg zuriat, suami tidur dgn sepupuku. Akhirnya aku kuatkan hati

 



Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua. Aku dan suami sudah 10 tahun berumah tangga, kami kahwin semasa umur 26 tahun. Aku berkerja sebagai civil engineer dan dia seorang technician.

Dia seorang yang soft spoken. Aku pula jenis pendiam. Kami tiada anak, aku pernah miscarriage 3 kali. Keluarga mertua sangat baik.

Cuma sejak 3 tahun lepas aku disahkan menghidap knser.

Aku seorang wanita yang pentingkan penampilan diri, mengamalkan gaya hidup sihat, selalu bersenam. Kami jarang makan diluar, aku tetap akan masak untuk suami ku walau sibuk mana pun aku.

Kerap berjemaah untuk mengeratkan kasih sayang. Tapi sejak aku jatuh sakit, aku tak mampu terima sakit ku. Aku banyak beremosi, kerap letih.

Sejak hari pertama buat kim0terapi, badan aku makin susut, rambut gugur, deria rasa berkurangan. Aku down, aku lupa menjaga kebajikan suami aku. Aku hanya terbaring. Aku belum kuat nak terima ujian ini.

Aku minta maaf pada suami aku. Dia kata dia memahami aku, dia mahu aku jadi kuat dan stabilkan emosi.

Aku bilang, kalau kita ada anak mesti dia tak kesunyian. Dia hanya cakap “abang percaya peraturan Allah tu paling terbaik”.

Suami aku punya masa silam. Aku kenal dia masa dia sudah mula berubah. Bukan hak aku untuk judge dia atas masa silam dia.

Tapi…. Masa aku jatuh sakit tu, mungkin aku tak dapat beri perhatian cukup kepada dia. Aku dapat tahu dia berhubung dengan sepupu aku. Dia masih layan aku dengan baik. Dia kerap berjumpa wanita itu. Mereka bercuti bersama, tidur di hotel mewah bersama sama.

Suami aku bukan seorang yang berduit. Rumah, kereta pun atas nama aku. Kebanyakan perbelanjaan aku yang keluarkan duit, tapi dia tak pernah culas bab nafkah.

Gaji dia digunakan untuk membayar bulanan bil, motor, beri duit kepada ibu bapa dan adik adik yang masih belajar. Dan juga nafkah aku. Selebihnya dihabiskan untuk topup barang dapur.

Jadi sepanjang mereka bersama, wanita itu berbelanja untuk dia. Tidur di hotel mewah, makan mewah, shopping barang mahal, belikan gadget.

Bila aku tanya barang siapa beli, dia jujur bagitahu wanita tu yang belanja. Aku cuma mendiamkan diri.

Aku tak reti marah, aku cuma menangis. Aku tahu ini semua salah aku. Kerana tak dapat bagi dia zuriat dalam masa sama aku masih dalam rawatan. Aku tak kuat macam orang lain semasa kim0 masih mampu bekerja dan melancong. Selepas tu dia jujur dia tidur dengan wanita tu.

Aku bilang, aku sudah lama tahu. Tapi aku tak mampu untuk berbuat apa apa. Hati aku berbelah bahagi. Aku lihat dia bahagia dengan wanita tu. Dia meminta maaf dan berjanji takkan ulang lagi.

Aku semakin pulih dan aku sudah kembali bekerja, sedaya upaya aku berikan perhatian, setiap hari aku masak dan berhias walaupun ada hari badan aku lelah sangat bila balik daripada kim0terapi. Macam macam aku buat untuk buat dia tak rasa sunyi.

Dia pun makin gembira. Ku sangkakan panas sampai kepetang, rupanya hujan ditengah hari. Di belakang aku dia masih jumpa wanita tu. Setiap hari minggu mereka akan check-in. Aku jumpa receipt hotel dekat email dia.

Aku berhubung dengan wanita itu. Dia cakap dia tiada apa apa dengan suami aku. Dia cakap hanya teman pergi makan dan jalan jalan je.

Kalau lihat, memang wanita tersebut tidak nampak langsung seperti wanita yang akan tergamak mengkhianati kaumnya sendiri. Wanita itu lebih cantik, muka nya ayu dan lembut. Kata kata nya manis, pakaiannya menutup aurat.

Mungkin itu yang membuatkan suami aku kalah kepada nfsu. Dia minta maaf dan merayu tidak akan mengulangi. Malangnya sudah bertahun tahun begitu.

Akhirnya aku kuatkan hati. Aku cuba tawarkan hati bila tiap kali dia memujuk, walau hati aku sebenarnya mahukan dia, tapi aku dah taknak tengok dia buat dosa lagi. Aku bilang pergilah kahwin dengan wanita tu, lepaskan aku.

Dia cakap dia tak sayang dekat wanita tu. Akhirnya selepas abang aku berbincang dengan dia, barulah dia mahu lepaskan aku. Dia menangis sepuasnya.

Masa tu aku dah tiada air mata lagi. Aku cakap, lepasni jangan sakiti hati wanita tu pula, sayangi dia, hargai dia.

Halalkan kasih sayang dan semua yang kau telah beri kepada aku. Maafkan kekurangan dan kesalahan aku semasa menjadi isteri kau ya. Kau lelaki yang baik, cuma salah pilih jalan.

Allah tahu betapa peritnya hidup selepas perpisahan, hidup terasa kosong. Separuh dari jiwaku pergi. Tapi hati aku puas, aku tahu hanya dengan cara begini akan jadi pengajaran kepada dia dan diriku.

Aku sekarang adalah cncer survivor, aku sedang menyambung pelajaran di luar negara. Hati belum terbuka lagi untuk menerima sesiapa tapi hidupku lebih ceria kini.

Reaksi Warganet

Madamme Que –
Allahu. Berzina umpama main futsal eh. Tiap tiap minggu check in. Selama ni yang solat jemaah tu, apa fungsinya. Aduhh tak boleh brain apa dalam otak suami dia.

Tak takut Allah ke aduhaiii..

Sis, segala yang berlaku ada hikmahnya. Allah sayang u. Dia jauhkan penziina dari menyentuh u lagi. U deserve better. U akan bahagia, yakin pada Allah. Insha Allah.

Puan Zuera –
Sedihnya. Suami tiada di sisi saat puan perlukan suami. Pesakit knser perlukan sokongan dan tak boleh stress.

Keputusan yang tepat, suami yang baik takkan berziina dengan perempuan lain di saat isteri sendiri bertarung nyawa lawan penyakit.

Semoga puan terus kuat dan dipermudahkan urusan.

Kloe Kloey –
Punca pencerraian confessor ni bukan ketiadaan anak. Tapi sebab suami yg curang tahap ‘check-in hotel’. Di sisi tuhan hukumnya curang begitu adalah mati.

Tapi cukup adillah rasanya kalau suami atau isteri yang curang begini dianggap mati saja. Melepaskan mereka yang begini adalah satu jalan paling bermaruah buat yang dicurangi.

Jangan keliru. Confessor tidak disayangi saat mengalami ujian sakit tapi disimpan sebagai mesen atm saja. Tak usah fikir perkara yg lepas lagi. Mulakan yang baru.

Cik Aina –
Hikmah Allah tak beri anak. Sebab dia tahu jodoh puan dengan suami tak lama. Kalau ade anak lagi susah. Jadi ibu tunggal, jadi ibu dan ayah pada masa yang sama.

Berebut hak penjagaan, perlu berhubung lagi dengan bekas suami untuk nafkah anak. Kalau anak perempuan kene jadi wali bila dah besar. Lagi sedih anak anak jadi korban pencerraian rumah tangga.

Sekarang sis bebas, cantik, berpenampilan yang baik, sorang, ade kerjaya, ada harta rumah dan kereta. Cari la yang lebih layak dan having a child with the new one. In Shaa Allah. Pray for you. Lot of love

Shazwani Sahlan –
Tiada anak bukan lah alasan untuk pasangan berlaku curang. Siapa kita nak lawan takdir Allah. Sepatutnya betapa susah payah nak dapat kan zuriat. Ditambah dengan gugur beberapa kali membuka mata dan hati untuk lebih menghargai pasangan. Bukan dibalas dengan kecurangan.

Selalunye mereka yang berlaku curang ni akan meletakkan salah pada pasangan mereka. Kejamnya kan, dah cukup terluka. Ditambah lagi. Kau berlaku curang, dah diberi peluang bekali. Dan kau masih tak stop.

Obviously kau dah kalah dengan nfsu sendiri. Jadi silalah bertanggungjawab atas perlakuan sendiri dan bertaubat.

Untuk confessor, AllahuAkbar besar nya dugaan awak. Bila ujian melanda, memang yang terbaik kita muhasabah diri. Tapi jangan sampai menghukum diri menyalah kan dri awak sendiri atas apa yang terjadi.

Saya doakan Allah aturkan perjalanan hidup yang lebih indah buat awak. Semoga Allah gantikan segala yang terbaik untuk awk. Amin

Sumber – Wawa (Bukan nama sebenar) via IIUMC




Post a Comment (0)
Previous Post Next Post