Gaji aku 6k, tp bg suami. Bila tak cukup, aku pula mcm mengemis. Penat jd bdoh, akhirnya aku nekad




 Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum dan hai semua. Aku sebenarnya tak tahu nak luah kat mana. Penat aku search laman kaunseling untuk aku tanya menda menda hal ehwal rumah tangga. Tapi semua macam susah nak dapat respon.

Aku harap ada la yang sudi berikan sepatah dua kata komen macamana nak stop jadi isteri yang bdoh.

Aku berkahwin dengan suami aku atas pilihan keluarga. Tahun ini masuk tahun ke 6 kami berkahwin. Dikurniakan 3 orang cahaya mata. Sebulan selepas berkahwin, aku terima tawaran kerja yang pertama.

Gaji aku yang dua ribu cuma ketika itu semua aku serahkan kepada suami kerana katanya kita boleh gabungkan gaji dan beli apa yang kita suka.

Aku naif waktu itu, maka aku serahkan semuanya. Tapi alhamdulillah waktu itu, nafkah masih berjalan seperti biasa.

Masuk tahun ke 2 berkahwin, aku tukar pekerjaan. Alhamdulillah gaji naik sikit dari 2000 ke 2500. Macam biasa, aku diminta serahkan semuanya sehingga aku cuma ada seratus dua sahaja di dalam tangan.

Aku masih okay, masih bdoh dan terus positif kononnya ingin membantu suamiku membayar segala macam bil dan bayaran bulanan. Nafkah masih berjalan. Jadi ketika itu, aku masih merasa cukup.

Hari ini, masuk tahun ke 6 perkahwinan, aku sudah berada di tahap yang agak selesa. Suamiku masih di tempat yang sama dengan gaji yang sama. Katanya untuk kestabilan dia harus stay disitu.

Sedangkan aku, bertungkus lumus kerja dan cari kerja yang lebih baik untuk dapat gaji yang lebih tinggi supaya aku ada baki lebih selepas semua gajiku diserahkan padanya.

Gaji aku kini mencecah 6000. Tetapi, atas dasar ehsan dan permintaan, aku terpaksa serahkan hampir kesemua gaji tersebut sehingga yang tinggal sekarang cuma 500 sahaja untuk aku.

Nafkah juga sudah tidak diendahkan kerana katanya aku sudah banyak lebihan duit. Kalau tak cukup minta padanya. Gaji aku, tapi akhirnya masih perlu meminta minta nafkah. Kadang di marah lagi katanya aku boros.

RM500 baki gaji aku itu sajalah aku berjimat untuk ulang alik ke tempat kerja, bayar makan, parking bulanan dan apa apa melibatkan kerja aku. Sehingga aku rasa terlalu miskin walaupun bergaji tinggi.

Bila aku suarakan hak aku, suamiku mula berang. Katanya komitmen kami tinggi. Dia perlukan sokongan dari aku untuk sama sama bayar komitmen.

Tapi.. apa yang aku nampak, kehidupan suamiku lebih mewah walaupun gajinya separuh dari gajiku. Sedangkan aku, gaji tinggi tetapi diserahkan padanya.

Kadang kadang mampu bawa bekal sahaja ke tempat kerja sementara tunggu gaji lagi. Aku dah mula rasa tak reda. Dah mula rasa diperguna.

Suami aku baik. Sangat baik. Dia banyak sediakan semua kelengkapan rumah untukku dan anak anak. Dibelikan aku macam macam. Tapi aku tahu semua itu datang dari gajiku juga. Tapi aku masih bersyukur. Bdohkan aku.

Ketika aku berpantang dikampung, aku masih serahkan gaji pada suamiku. Hidupnya bahagia di sana seakan lelaki bujang, berjimba bersama kawan. Sedangkan aku, nak upah orang datang mengurut pun fikir sepuluh kali.

Suamiku juga pernah kantoi menyimpan video video ‘dewasa’ dan berjanji tidak akan ulangi. Tetapi aku masih merasa dia masih melayan semua itu.

Tapi aku tetap berdoa supaya dia insaf dan betul betul stop semua itu. Aku betul betul terhina bab tu. Tapi entahlah. Kenapa aku masih bdoh?

Dia juga per0kok. Aku menangis merayu rayu minta dia berhenti mer0kok dan aku katakan aku sanggup bnuh diri jika dia tidak mahu berhenti.

Alih alih aku pula dipersalah. Katanya terlalu memaksa untuk dia berubah, Tak ingat Tuhan, menda begitu pun nak bnuh diri. Haha.

Marah marah aku dan mula merajuk tidak ingin bercakap denganku lagi. Last last, aku yang minta maaf dan janji tak akan paksa apa apa dalam hidupnya. Aku masih berdoa supaya dia berubah. Haha, bdohnya aku.

Suamiku juga ramai kawan yang bujang dan suka provok suamiku untuk cari scandal. Dasar kawan tak guna dan aku minta suamiku stop berkawan dengan mereka. Aku minta pilih antara aku atau kawan, dan dia pilih kawan. Hahaha, sekali lagi, aku bdoh.

Aku mula alami simptom d3pr3ssion. Rasa hidup tak berguna, kerja kuat tapi tetap miskin. Gaji banyak tapi tak guna asyik kena kebas.

Bulan lepas, aku cuma transfer separuh sahaja gajiku padanya. Kataku biar aku bayar yang lain sendiri. Alih alih disuruh aku bayar semuanya sehingga habislah gajiku. Terpaksa minta semula yang aku dah beri padanya. Sekali lagi, bdohnya aku.

Bulan ini, aku dah tekad, aku tak kan transfer apa apa lagi. Aku bayar yang aku mahu bayar sahaja. Apa lagi bergaduh lah kami dan sehingga saat ini aku mula rasa aku hanya dimanipulasi dan diperbdohi oleh suami sendiri.

Tuan tuan dan puan puan, aku tidak tahu apa perlu aku lakukan untuk fokus tentang diri sendiri. Aku penat fikirkan dia.

Buat masa ini, bukan sebab kukuh untuk berpisah kalau semata bab gaji. Dan aku pun tak nak berpisah. Aku cuma nak cari bahagia aku sendiri.

Cuma aku tak tahu bagaimana. Aku kalau boleh dah malas nak ambil tahu apa apa tentang suamiku. Tapi fikirkan anak anak yang sedang membesar, aku cuba juga jadi terbaik walau kadang kadang semua itu cuma ‘fake’.

Aku dah malas nak fikir. Nak masak, nak jaga anak, nak buat kerja. Aku nak bahagiakan diri sendiri sahaja. Aku penat jadi orang bdoh dan terus diperbdoh.

Dan sekarang aku pun tak tahu apa lagi function aku sebagai isteri. Entahlah.

Next week, aku dah nak start jumpa doktor untuk d3pr3ssion. Aku dah penat menangis sebab jadi bdoh. Aku nak bahagia dan aku tak nak fikirkan sesiapa lagi termasuk suamiku. Dia pilih kawan. Aku pilih bahagiakan diriku.

Doakan aku kuat. Dan mohon kata kata semangat untuk perempuan naif, bdoh dan hampir nak giila macam aku ni untuk terus berjuang untuk diri sendiri.

Aku fikirkan anak anak sahaja waktu ini. Apa lagi aku nak harapkan. Selebihnya, aku harap aku boleh mti cepat bawa anak anakku bersama.

Tapi jap, aku kena taubat dulu sebab ngumpat suami aku kat sini dan aku kena ganti puasa dulu. Aku harap esok esok, kalau ditakdirkan aku mti, aku dapat mti dengan anak anak dalam husnulkhotimah. Aamiin. Okay. Itu aje. Terima kasih guys! Doakan aku.

Reaksi Warganet

Akma Mega –
Gaji isteri, suami tiada hak nak minta. Kita kalau nak top up boleh, top up mana yang perlu je. Suami kena jalankan dulu tanggung jawab dia as a husband. Make sure hal rumah tangga lah… then kita as a wife akan top up untuk keselesaan hidup bersama.

Tahniah sebab puan dah berani mengambil keputusan yang Bijak. Cuma nak cakap laki puan tu memang tak kenang budi dan tak bersyukur dapat isteri sebaik puan.

Liz Aliza –
Ok macam ni. Kebdohan masa lampau tu biarkan buat jadi pedoman. Sekarang ni, kuatkan tekad dan azam, jangan berpatah balik lagi. Stop transfer duit pada suami. Belajar untuk jadi berani, cerdik dan garang. Supaya kita tak mudah ditindas.

Tak payah nak depress, kurang puan ada gaji 6k sebulan. Tak berbaloi nk manggadaikan kewarasan untuk laki tak guna macam tu. Good luck kepada confessor. Yakin boleh!!!

Aisya Mayuzi Hisham –
Sedih baca. Stop transfer apa semua dan bayar mana yang puan punya je dan anak anak. Itupun patut suami kena sedar nafkah isi rumah anak anak memang bawah tanggungan dia sebagai ketua keluarga.

Tula malas nak buat baik. Kena dengan manusia jenis ambil kesempatan memang jadi beginila, kene pijak pijak kepala. Cuba bawak suami ni jumpa dekat pejabat agama.

Suruh pegawai pegawai dekat sana sekolahkan balik suami ni, bagi pencerahan supaya dia jelas mana tanggungjawab dia sebagai ketua keluarga. Dia lemak sangat dah ni puan. Apepun moga puan dpermudahkan urusan dan cepat cepat jumpa jalan pyelesaian…

Azila Ahmad –
Mia, akak rasa Mia dah tau apa yang patut Mia buat. Cuma Mia tak ada kekuatan nak buat apa yang Mia patut buat.

Cadangan akak.
1). Mia pergi pejabat agama. Buat laporan yang suami ambik duit Mia secara kekerasan. Offcourse mereka akan arrange kaunseling. Tak per… Yang penting ada laporan bertulis.

2) Selepas tu Mia jangan serahkan gaji Mia kepada suami Mia lagi. Mia cakap Mia akan ambik alih semua perbelanjaan rumah. Setiap perbelanjaan yang Mia bayar, cuba buatkan secara online transfer supaya ada bukti bayaran dari akaun Mia. Bukti ini penting.

3). Korek balik bukti yang Mia transfer ke suami selama ini. Beri bukti ke pejabat agama.

4) Apa kesudahan di pejabat agama tu, belakang kira. Pastinya mereka akan atur kan kaunseling. Masa ni Mia tunjukkan semua bukti. Sah sah suami akan dipersalahkan. Suami akan dinasihatkan.

Langkah berikutnya.. atas hati Mia sendiri, nak bercerrai ke tidak. Yang penting dengan gaji RM6000 tu, Mia jalani hidup Mia.

Jue Baker –
Maaf sis, saya pulak rasa sesak nafas baca ni… Kalau gaji 1800 macam saya ni, bayar pengasuh 400, bayar kereta RM600, tol minyak RM 400. Ada baki 100 lagi bayar paking. Tinggal 300 pada saya pun dah rasa sesak, rasa kerja sangat membuang masa apatah lagi puan..

Tiada nasihat indah untuk puan. Sebab saya pun tak tahu nak nasihat apa. Saya doakan puan ya..

Dan puan boleh ke pejabat agama ya untuk mintak kauseling keluarga. Pergi pejabat agama bukan untuk semua kes cerrai sahaja ya puan..

Pergi saja saja untuk mintak kauseling keluarga pun bole. Harap boleh membantu puan mencari jalan penyelesaian.

Sedih saya baca kisah puan ni. Apa apa pun jangan berhenti kerja ya. Gaji banyak, tapi mesti nak order food panda waktu lunch pun fikir 88 kali…..

Suami puan tu, memang tengah fikir duit banyak, lelaki bila fikir diri senang, mula terasa nak pasang lagi. Kalau dia berangan macam tu, cepat cepat puan bagi dia makan kaki ya. Dasar tak sedar dek untung.

Apa yang penting!!!! Kebahagian puan, kebahagian puan. Itu paling penting, kalau rasa tak bahagia, dan perpisahan boleh buat bahagia, pilih bahagia puan. Anak anak akan bahagia dengan maknya, walau perpisahan yang dipilih, jangan kesian ker anak ya, tak jmpa ayah ker apa ker, nanti diorang besar, they will understand it…

Sumber – Mia (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post