Foto sekadar hiasan.
Salam semua. Saya terpanggil untuk berkongsi dan meluahkan kesusutan yang bersarang di hati melalui tajuk “luahan sang pengangur”.
Saya seorang hamba Allah yang merupakan pelajar kelulusan degree dalam engineering dari university luar negara dengan keputusan akademik sangat cemerlang.
Dalam final year, beberapa tawaran bekerja sudah menunggu saya dan begitu juga tawaran menyambung pengajian di universiti yang sama.
Sememangnya kekangan wang mengatasi keinginan untuk belajar yang tinggi pada ketika itu. Saya mengambil keputusan untuk pulang untuk berkidmat kepada tanah air dan negara tercinta.
“Engineer”.. Pekerjaan yang sangat gah pada nama melambangkan seseorang yang dapat melakukan pembaharuan, innovasi dengan mengunakan skill, teori, kiraan, simulasi untuk berbagai application dan mempunyai tangga gaji yang tinggi seiring dengan profession doktor.
Malangnya, semua itu adalah ilusi semata. Engineer yang diimpikan hanyalah perlu mengikut apa yang ditetapkan oleh senior atau bos, kekangan budget, overload work dan buruh kasar.
Saya mempunyai pengalaman bekerja di industri lebih dari 5 tahun dan menerima lebih dari 10 award perkhidmatan cemerlang. Sesungguhnya pada awalnya saya sangat meminati bidang engineering. Jadi saya tidak mahu lompat ke bidang lain.
Namun, hari demi hari, saya bertanya kepada hati kecil saya, “what is my plan for next 10 year? Or next 5 years”. Saya mungkin akan end up sebagai section manager or head of deparment dengan pengetahuan limited to industry saja.
Career saya statik sebagai engineer kilang. Jadi saya perlu keluar dari comfort zone dan develop my career. Saya sudah berkali kali memohon jawatan kerajaan, namun tidak layak response yang saya dapat.
Saya cuba memohon menjadi professional engineer. Saya tidak layak disebabkan saya bukan di bawah supervision IR.
Jadi saya mengambil keputusan untuk menyambung master di top universiti dalam negara secara part time dan mendapat keputusan cemerlang.
Bagaimana dengan nasib kawan kawan satu batch luar negara saya. Sedih untuk saya katakan hanya 1% saja yang masih bekerja sebagai engineer dan hanya beberapa orang saja yang menjadi pensyarah.
Majority daripadanya sudah melompat bidang ke hartanah, bisnes, customer service dan pelukis komik.
Di mana silapnya? Bila ditanya, kenapa perlu stay kalau bidang lain offer gaji lagi banyak. Sungguh sempit dan menyedihkan bidang engineering di negara kita.
Saya akui teknologi di negara kita jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara luar.
Namun kerajaan atau syarikat lebih cenderung untuk mengeluarkan jumlah duit yang banyak untuk mengupah expertise dari luar negara.
Mengapa tidak membuka peluang kepada bangsa sendiri untuk melakukan perubahan. Mungkin local people tidak mempunyai skill yang diperlukan, jadi pada saya, kenapa tidak dilatih ke arah itu.
Bangsa kita juga bijak dan mampu membangun seperti mana luar negara.
Contoh, kereta terbang yang menjadi dream negara hanya menjadi sindiran dan gurauan masyarakat setelah gagal beroperasi walaupun peruntukan banyak telah dilaburkan oleh kerajaan.
Berjaya atau gagal adalah adat dalam ekperimen. Kenapa limitkan peluang itu kepada segelintir kelompok sahaja. Kenapa tidak memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk kemukaan cadangan. Kita dihanyut dengan rasa “bodoh sombong”.
Dengan berbekalkan semangat, “engineer kilang” saya tinggalkan untuk mengapai cita cita dalam membangunkan negara.
Jadi bidang pendidikan adalah platform yang terbaik untuk meneroka idea idea baru selain dapat membantu generasi muda dalam akademik.
Untuk menjadi sebahagian dari researcher atau scientist, PhD adalah diperlukan. Saya ingin menyambung pengajian di peringkat PhD dan membina langkah ke arah professional engineer.
Saya yakin dengan pengalaman bekerja dan keputusan akademik yang cemerlang saya akan mendapat tempat di universiti dan biasiswa.
Ye, saya mendapat tempat di tiga universiti luar negara yang terkemuka. Malangnya, c0vid melanda menyebabkan peluang biasiswa ditolak. Kini bermulalah episod suka duka sebagai pengangur.
Untuk mengumpul duit pengajian, saya bekerja freelance sebagai admin di sebuah syarikat.
Dengan kelulusan saya dan pengalaman kerja, sememangnya saya over qualified dengan position itu tetapi saya ok je dengan waktu kerja saya flexible. Jadi saya boleh gunakan untuk menyambung PhD.
Malangnya semua itu indah khabar dari rupa. Tanpa offer letter, gaji saya tidak dibayar mengikut hari saya bekerja. Skop kerja saya menyerupai report engineer yang perlu detail analysis dan ditreat seolah “cheap worker”.
Jadi, saya pun membuat keputusan untuk melangkah keluar. Mungkin rezeki saya bukan di sini.
Saya cuba nasib di universiti tempatan mendapatkan sedikit grant. Namun disebabkan syarat yang tidak masuk akal dan perlu berkerja tanpa gaji at least 3 bulan. Saya mengambil keputusan untuk menolak tawaran tersebut.
Kenapa mesti professor atau assistant professor menganiaya pelajar yang kesempitan duit untuk kepentingan masing masing. Mungkin rezeki saya bukan di situ.
Wang simpanan makin menyusut. Jadi saya terpaksa menangguhkan pengajian saya di luar negara ataupun di dalam negara dan mula mencari peluang pekerjaan.
Job street, career fair, website company dah jadi kewajipan untuk saya belek setiap hari. Namun satu panggilan interview pun tidak kunjung tiba.
Kerajaan memaklumkan peluang pekerjaan banyak, tetapi satu panggilan interview pun tidak kunjung tiba. Di mana salahnya?
Orang yang ada akademiknya cukup cukup makan pun dapat jadi lecturer, penjawat awam, staff oil and gas. Mungkin rezeki saya belum sampai.
Sukar sungguh mencari kerja. Di musim pandemik, ramai yang dibuang kerja, di potong gaji dan ekonomi negara semakin merosot.
Saya teruskan mencari kerja dari bidang professional hinggalah ke bidang yang tidak mengunakan kelulusan akademik seperti tukang masak, cleaner, pengasuh kanak kanak, pembantu tadika, waiter etc.
Tetapi gaji yang ditawarkan sangat rendah dan sakit sakit urat kalau saya mengangkat benda benda berat. Saya terpaksa akui saya tak mampu bekerja kasar dan respect kepada buruh buruh kasar.
Saya mempunyai ramai kawan dan ahli keluarga. Tapi ketika susah sebagai pengangur, semua hanya mampu melihat saja.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Ini memberi tamparan pada diri saya sendiri di mana pelajar cemerlang tidak menjamin apa apa. Semua itu bergantung kepada rezeki dan kabel Allah. Mungkin sekarang Allah sedang mengajar saya erti “sabar”.
Saya mula solat dhuha dan solat malam. Mungkin rezeki saya belum tiba. Rezeki takkan pernah salah alamat dan akan tiba pada waktu yang tepat. Tidak pernah putus putus berdoa.
“Jika rezekiku di langit, turunkanlah. Jika di bumi, keluarkanlah. Jika jauh, didekatkanlah. Jika dekat, dirapatkan. Jika haram, dihalalkan. Jika halal, diberkatikan.
Berikanlah rezeki yang penuh keberkatan, rezeki melimpah ruah, rezeki tak pernah putus putus, rezeki yang tak disangka sangka, rezeki yang bermanfaat, rezeki yang dapat kami berkongsi dengan orang lain, rezeki yang membawa kebaikan, rezeki yang dapat membawa ke syurga.”
Diharapkan kepada pembaca doakanlah saya dimurahkan rezeki untuk menyambung pengajian atau mendapat pekerjaan. Semoga Allah saja yang dapat membalas jasa kalian. Begitu juga dengan kalian, semoga dimurahkan rezeki kalian, aamiin
Yang benar..
Reaksi warganet
Zulhilmi Redzuan –
Satu je, BEM dan IEM tak kuat seperti institut pekerjaan yang lain. Membership dan training sahaja diutamakan. Sedangkan rata rata gaji jurutera tak sepintal dengan tugas dan risiko hasil daripada decision yang dibuat.
Sepatutnya kedua dua institusi ini perlu demand gaji jurutera. Saya pernah jumpa ramai fresh grad jurutera yang dapat tak sampai RM2k.
Wan Azlan –
Kalau fikir logik, memang dunia tak adil. Ada yang yang masa sekolah bdoh, nakal dan malas, SPM taraf SAP (sijil am pelajaran saja), bila usia 30 jadi Supervisor Drilling pelantar minyak dengan gaji puluh ribu.
Ada pula yang usia 30 ada Master degree, tak ada Company yang sanggup gajikan setaraf kelayakan dia. Terpaksa berniaga gerai tepi jalan.
Fahazlin Burhan –
Setelah bekerja hampir 20 tahun dalam pelbagai sektor, Nasihat Saya Jangan tunggu peluang yang datang. Wujud kan peluang Itu sendiri.
Maaf saya katakan kebanyakan yang mempunyai master Dan ijazah Hanya pandai belajar saja. Tetapi Alam pekerjaan memerlukan lebih dari Itu. Pelbagai kan skill yang Ada. Contohnya komunikasi, Jangan Malu untuk belajar skill yang lain walaupun Sudah mempunyai master Dan PhD. Dan byk kan berdoa, boleh juga mulakan perniagaan sendiri. Sekadar berkongsi.
Dina Rani –
Gaji rm1600+rm400 jawatan project engineer, first job tahun 2008. Setuju dengan statement pertama tu. Dulu tu nak sangat ada title IR, tapi mengenangkan kurg benefit walaupun ada title IR tu, makanya hanya setengah jalan.
Setelah 13 tahun bergelar engineer, kini beralih arah ke bidang safety dan compliance. Tapi ilmu sebagai bekas engineer sangat sangat berharga. Ingin tangga gaji cepat naik KUNCINYA rajin, berkorban masa, pegi tambah kompeten dan tawakal pada Allah
Fiza Amir –
Rezeki paling mahal adalah rezeki sabar. Baik sangka ujian allah. With difficulities there is ease. Itu janji Allah dalam surah Al-insyirah. Ujian tu sementara after this ada ganjaran dan pahala.
Kadang kadang peringatan untuk melihat di bawah bila dah jadi orang besar di masa depan.
Nura Adreia –
Ubah care fikir awak. Kenapa nak persoalkan orang lain punye rezeki. Diorang pun diuji susah time belajar. Tak cemerlang macam awak even Dah bertungkus lumus..
Adil ke if awak yang Allah dah bagi kecemerlangan sebelum ni. Dan kamu tidak diuji. Allah know best. Saya pun pernah diuji berkali kali. Pernah jugak menganggur hampir setahun.
Allah nak bagi sekelip mate, nak tarik pun sekelip mate. Supaye kite tunduk dekat Dia sebagai hamba. Yang penting dont give up. Dunia memang macam ni.
But setuju pasal bayaran orang luar lagi mahal tapi buat keje takde la competent mane pun. Jadi engineer kat Malaysia ni memang mencabar. Gaji tu memang macamtu lah. Sendu, huhu.
P/s: Try gune monster tuk apply keje..
Sumber – Sang pengangur (Bukan nama sebenar) via IIUMC