Ibu ‘dipaksa’ jaga atok nenek. Tp bila ibu sakit, semua menjauh. Tak tahan bau. Disuruhnya pindah rumah sebab nk disewakan




 Foto sekadar hiasan. Pengorbanan Ibu

Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin dan pembaca sekalian. Hari ni aku nak cerita pasal pengorbanan ibu aku.

Ibu aku ni anak no 3 dari 8 adik beradik. Abang sulung dia OKU, bisu dan pekak. No 2, abang jugak. Yang ni alhamdulillah normal.

Tipikal bagi kakak sulung ni, tentu lah dia akan jadi orang kuat ibu bapak dalam urusan rumahtangga. Dia la kemas rumah, dia lah cuci pinggan, dia la angkut air dari perigi, dia la semuanya. Jadi, ibu aku ni since dari kecik dah tanggung amanah yang berat berat.

Aku ringkaskan saja. Ibu aku ni ada kelebihan pandai menjahit. Oleh sebab atok aku ni, anak ramai. Duit belanja memang tak cukup. So, ibu aku la bertungkus lumus jahit baju raya adik adik dia setiap tahun.

Ibu aku sebenarnya bila dah semua kerja dia dah ambil alih. Atok aku ni perlahan lahan dia dah tak harap anak anak yang lain lagi untuk bantu dia.

Ibu aku ni kiranya dia anak yang taat. Kalau atok dan nenek aku larang keluar rumah lama lama, dia akan ikut. Kalau anak anak lain atok nenek aku dia tak hairan nak balik sebelum maghrib boleh.

Ibu aku, kalau pergi mana mana jangan lebih separuh hari. Mesti kena selesaikan on time. Dia pun kadang kadang hairan, nak selesaikan sesuatu kerja tak boleh lama lama. Atok nenek aku mesti tarik muka punya kalau ibu aku keluar lebih 3 jam.

Ibu aku kahwin lewat, umur 34. Dengan aruwah bapak aku. Duda beranak ramai. Juga atok nenek aku pilihkan. Asalnya ibu aku istikharah tapi tak rasa tu pilihan dia.

Bila atok nenek aku ni paksa dia, yang aruwah bapak aku ni kerja gomen. Berpangkat. Ternama. Ibu aku mau tak mau kena kahwin. Lagipun atok nenek aku cakap ibu dah berumur. Ye la, calon calon lain sebelum tu dah tolak. Ni yang penghabisan. Ibu aku pun terima.

Dugaan kahwin jadi ibu tiri ni Ya Rabbi azab. Dengan aruwah bapak aku kalau ada kat rumah, abang abang, kakak kakak aku behave. Sekali bila bapak aku pergi kerja. Main tunjuk kaki depan ibu aku. Perhabiskan makanan yang ibu aku masak. Dan macam macam perangai lain lagi ibu aku kena hadap.

Memang masa ibu aku mengandungkan aku, dia akan menangis sentiasa sebab kena buli. Memandang itu calon pilihan ibu bapak. Ibu aku redho je la.

Bapak aku umur pun tak panjang. Meninggal masa aku umur 11. Bermula dari tu, atok nenek ajak kami tinggal sekali. Ibu aku sekali lagi tak nak. Bila dah kena pujuk kerap dengan atok. Dia pun mengalah.

Dugaan bermula bila dah serumah dengan atok nenek. Adik aku no 2 kena tuduh curi duit RM500. Ibu aku waktu tu banyak pertahankan kami sebab dia tau kami ni bukan jenis ambil duit sekalipun duit bertabur depan mata.

Atok aku tak percaya. Dia serang adik aku depan asrama. Malu adik aku depan kawan kawan dia.

Rahsia terbongkar bila pak sedara aku, no 5 tu, dia yang masuk senyap senyap dalam bilik atok aku. Kira sabotaj. Dia yang hasut atok aku. Kata kami anak beranak ni duduk rumah tu untuk mencuri.

Belum lagi, aku tengok atok nenek aku kerap cakap ibu aku anak derhaka. Puncanya ibu aku kemas pinggan mangkuk nenek aku. Lepastu tak sengaja, terpecah. Nenek aku menjerit satu rumah dan mintak ibu aku ganti.

Kami duduk selama setahun je dalam rumah tu. Lepastu ibu ajak kami semua pindah. Kami pun pindah. Ada la dekat 5 tahun pindah jauh sikit dari atok nenek. Masa tu, adik adik ibu yang lain menetap di KL.

Hampir setiap hari call ibu aku tanya keadaan ibu bapak dorang. Dorang pujuk tak berhenti mintak ibu aku jagakan atok nenek aku. Ibu aku cakap dia dah tak boleh tahan. Ibu aku cakap dia nak besarkan anak anak dalam keadaan tenang. Adik beradik ibu aku kat KL geram marah, sampai boikot ibu aku.

2010, ibu aku ajak pindah balik duduk sekali dengan atok nenek. Kebetulan masa tu dorang dah uzur. Ibu aku jaga atok nenek. Bayangkan jaga 2 orang tua nyanyuk. Sampai kami 4 beranak menangis waktu tu. Tak ada yang balik jenguk.

Yang adik beradik ibu di KL, hanya telefon saja tak berhenti. Kami adik beradik redho je la bila kena urus 2 orang tua yang masa tu asyik koyak pampers, calit tahi di langsir dan dinding. Mana pergi semua orang aku tak tahu waktu tu. Cuma aku nampak muka ibu letih, muka adik adik yang stress.

Dugaan tu mujur tak lama. 2 tahun lepas tu dua2nya meninggal. Rupa rupanya ibu dah sakit knser payudara masa tu. Aku pulak ambil alih jaga ibu. Ibu sabar sangat. Lepas satu dugaan. Dugaan lain singgah.

Masa tu ibu terus terang cakap. Rumah yang dia duduk sekarang ni, atok nak letak nama dia. Ibu aku cakap dia tolak. Sebab pak sedara aku tu tak puas hati. Aku tanya ibu aku. Apa jadi pada kami adik beradik kalau ibu tak ada? Rumah ni dah jadi rebutan. Ibu aku kata Allah pasti ada bantu. Kena yakin.

Masa tu aku kerap ponteng kelas, jaga ibu aku. Aku redho kalau tak habis pengajian asalkan jaga ibu. Hari hari dia akan cuci luka dia sendiri. Masa tu sedara semua menjauh. Sebab bau knser tu semerbak ruang bilik.

Ibu aku nangis nangis sebab mana mana yang rapat dengan dia tak datang ziarah. Dugaan yang datang lepas tu. Aku dengar pak sedara aku kat Kl tu nak suruh kami adik beradik pindah, sebab rumah tu dia nak sewakan. Aku waktu tu mendidih menyinga sebab dorang ni tak fikirkan ibu aku yang tengah sakit.

Aku tahan marah je la. Bila ibu suruh aku sabar. Aku ikut je bila dia suruh aku hormat adik adik dia. Ibu aku larang aku adik beradik tak dengar cakap orang tua.

Masa tu dekat lagi beberapa minggu ibu nak meninggal, ibu pesan kami tak berdendam even sekeliling masa tu banyak ambil kesempatan atas pengorbanan ibu jaga atok nenek. Ibu kata dia redha. Itu jalan dia nak masuk syurga.

Bila ibu meninggal, baru aku tau ibu menanggung terlalu banyak dugaan dengan orang sekeliling. Yang paling buat aku sedih. Rumah ni dia sanggup tolak, bagi atas nama orang lain walaupun layak terima. Ibu cuma cakap,

”Harta dunia, tak baik berebut. Kalau boleh lepaskan, kita cari bahagian kita sendiri.”

Sabarnya ibu dalam dugaan orang sekeliling tu tak mampu kami adik beradik ikut. Tiada sesiapa mampu gantikan ibu walaupun mak mak sedara aku cakap ibu dan mak sedara tiada beza. Tapi bagi aku ibu adalah ibu.

Al-Fatihah untuk ibu. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Sumber – Zizah via IIUMC



Post a Comment (0)
Previous Post Next Post