Kubur ibu msh merah, ayah nk kawen lg. Saat bini barunya msk rumah, kami nangis di kubur ibu




 Foto sekadar hiasan.

Ajarkan aku menjadi anak yatim itu.

Dulu aku sangka drama melayu di TV hanya cerita yang agak keterlaluan dan tak mungkin berlaku di alam realiti. Tapi hari ini segalanya berubah. Aku menjadi seperti cerita itu. Hidup aku kelam.

Aku kehilangan ibu tercinta beberapa bulan yang lalu. Saat kehilangan ibu meruapakan saat paling hiba dalam hidupku. Ibu adalah segalanya bagi ku. Ibu pergi saat aku mengecap kejayaan menara gading, mendapat kerja bergaji ribuan ringgit, saat aku membeli sebuah rumah buatnya.

Dulu akulah insan paling gembira disamping ibu. Aku lah insan yang berusaha menjadi soleheh, muslimah dengan kasih sayang dari ibu.

Segalanya berubah apabila ibuku menghidap knser. Ya knser, penyakit yang orang kata kan mati. Penyakit yang orang kata tiada penawar.

Saat menerima berita itu, aku terduduk. Aku berendam air mata. Di saat aku ingin berubah menjadi muslimah memperjuangkan Islam aku diuji sebegitu hebat. Setiap hari ibu memberi nasihat padaku. Aku dapat rasakan umurnya tak panjang. Keadaan ibu semakin lemah tapi aku tahu dia gagahkan untuk nampak kuat dihadapnku.

Mulai saat itu aku kehulu kehilir membawa ibu mencari penawar. Klinik kerajaan, klinik swasta, hospital kerajaan, hospital swasta, perubatan moden, perubatan Islam, perubatan tradisional semua aku pergi.

Saat itu aku rasakan ya Allah, tolong selamatkan ibuku, aku sayang ibuku, aku masih perlukan dia. Panjangkan umurnya ya Allah.

Setiap hari ibu memberi nasihat kepadaku, bila ibu sudah tiada nanti jaga adik adik, jaga diri, jaga keluarga, jaga aurat, jaga solat, jaga agama.

Setiap detik aku rasakan berharga. Aku belikan segala yang dimahukan. Aku bawa ke seluruh tempat yang ingin dia pergi. Aku masakkan semua makanan yang dia teringin makan. Aku buat segalanya.

Mulai saat itu aku paksa ibu berdiri dipintu setiap hari untuk aku salam dia, dan aku paksa ibu lambai setiap kali aku pergi kerja. Ya aku paksa. Kerana aku tidak punyai banyak masa lagi bersama.

Hari hariku berendam air mata. Bayangkan kita tahu waktu untuk ibu hidup tidak lama. Aku kuatkan semangat, aku mintak doa dari rakan rakan, guru guru, kaum keluarga. Tapi Allah lebih sayangkan ibu.

Ibu pergi seminggu selepas dia suarakan hasrat hati, “ibu tak tau lah sempat ke tak tengok kakak kawen”. Saat ibu menyuarakan ayat tu, aku menangis semalaman. Ya Allah, pajangkanlah umur ibuku.

Saat tu aku mula berfikir untuk membayar kepada rakan lelaki yang sanggup kawen dengan aku segera. Kawen tanpa cinta, kawen tanpa rasa di hati. Kawen hanya untuk ibuku. tapi semua tu tak sempat. Ibu pergi dahulu.

Ya, saat tu duniaku gelap. Duniaku kelam. Aku mula belajar menjadi anak tanpa ibu. Sangat susah. Aku pernah kol ibu tapi tiada orang jawab, aku lupa ibu dan meninggal.

Aku belikan hadiah bawak balik kampung, Sampai rumah baru aku sedar ibu dah meninggal seminggu lalu. Ya Allah sangat susah bagi aku nak lalui hidup ni. Aku wasap ibu, share gambar aku. Tapi tiada bluetick, berhari hari. Baru aku perasan ibu telah pergi.

Cukup 40 hari ibu pergi, tanah kubur yang masih merah, air mata yang masih belum kering, bengkak mata yang masih belum hilang, ayahku menyatakan hasrat mahu kahwen baru.

Saat tu aku sedar, ibu tak ajar aku, ibu tak pesan padaku, bagaimana nak hidup disaat 40 hari dia tiada, dan ayah nak berkahwin baru. Ya Allah aku tak tahu nak bangun balik macamana. Ujian yang sangat berat buat aku. Adik adik aku masih belajar semuanya.

Setiap kali ada mak cik yang salam aku, peluk aku saat tu air mata aku akan keluar. Ya aku rindu ibu, aku terbayang ibu.

Aku sedih ibu pergi. Aku lagi sedih ayah nak berkahwin lagi. Disaat anak anak perlukan sokongan dari ayah, ayah membuat keputusan yang membuatkan semua orang menangis. Ayah mendapat banyak duit peninggalan ibu, KWSP, tabung haji, ASB dan lain lain yang semua hak ibu.

Ayah mula berubah, saat hartanya berlipat ganda. Aku dapat tahu dari sedara sedaraku. ayah mula berjumpa perempuan di tempat tempat awam. Aku malu. Ya! aku malu punya ayah seperti itu. Perempuan itu pernah mengganggu ayah dan ibuku suatu ketika dahulu.

Aku mula berjumpa ustaz ustaz mintak tengokkan keadaan ayah aku. Ya ustaz ada jelaskan ayah dah terkena buatan orang. Patutlah perangainya pelik.

Paper exam aku diuniversiti banyak yang gagal. Aku tak mampu nak tumpukan perhatian pada pelajaran. Kami adik beradik menjaga pergaulan, tapi ayah sendiri buat perkara yang tak baik. Dan apa yang paling mengecewakan aku, aku dapat tahu dari sedara sedaraku ayah aku cakap pada perempuan tu,

“Kenapa kita tidak dijodohkan 28 tahun yang lalu?”.

Luluh hati aku baca mesej yang aku terima tu. Jadi selama ni siapa ibu di hati ayah! air mata aku tak berhenti mengalir. Teringat ibu, ya Allah masa tu aku dah tak mampu nak bangun lagi. Dan aku biarkan semuanya berlaku. Kami adik beradik menangis bersama.

Akhirnya kami membiarkan apa sahaja dilakukan ayah. Kami tidak lagi pergi berjumpa ustaz untuk mintak nasihat, untuk mintak doa. Ke mana dia pergi kami tak peduli. Setiap nasihat kami beri, dikatanya kami penipu.

Kini, 5 bulan telah berlalu selepas ibu pergi. Segalanya berubah. ayah sudah berkahwin dengan perempuan itu, kami adik beradik mula membawa haluan masing. Tiada lagi gelak tawa adik beradik dirumah itu.

Saat perempuan itu di bawa masuk ke rumah, semua adik beradikku menangis di kuburan ibu. Kini ayah sibuk kehulu kehilir mengusung perempuan itu. Bergembira ke sana sini, menginap dihotel itu dan ini. Kuburan ibu, masih lesu dengan bacaan Alquran.

Kini, kami tiada tempat mendapatkan nasihat. Nasihat dari bapa yang sedang dilamun cinta umpama merobek hati kami sendiri. Impian menjadi keluarga mawaddah warahmah, keluarga acuan alquran, keluarga soleh dan solehah tinggal angan angan kosong sahaja.

Saat ini aku termenung ditingkap bilikku, adikku menagis di tepi birai katil asrama, adik lelakiku melepak tak tentu hala, masing masing sudah putus asa.

Satu aku pesan buat adik beradikku, kita tiada harta, tiada wang berjuta, bila bila masa sahaja kita boleh dihalau dari rumah itu oleh perempuan yang baru dikahwini ayah.

Apa yang kita mampu, belajarlah bersungguh sungguh. Itu sahaja harta yang kalian ada. Aku akan membantu di saat kalian terjatuh terngadah, dek rakusnya sifat manusia bergelar ayah.

Hidup aku kini hidup yang tanpa rasa. Dapat aku rasakan, tiada lagi relationship goals, tiada lagi cita cita mengelilingi dunia, tiada lagi cita cita mengejar kejayaan membanggakan ibu bapa.

Yang tinggal kini hanyalah doa buat ibu di alam sana, doa buat adik beradik ku supaya hidup kita dipermudahkan, dibantu Allah.

BUat ayah, terima kasih kerana ayah kami lahir ke dunia,

Kerana ayah kami kenal erti kasih sayang,

Kerana ayah juga kami kenal erti sengsara,

Selamat berbahagia buat ayah. Semoga kita jumpa disyurga kelak.

Aku mohon nasihat dari kalian. Jika kalian seorang ibu, aku mohon nasihati aku sebagai seorang anakmu, sesungguhnya aku rindu nasihat ibu.

Jika kalian seorang ayah, aku mohon nasihati aku sebagai anakmu, kerana aku rindu nasihat dari ayah.

Jika kalian seorang guru, nasihatilah aku sebagai muridmu.

Jika kalian seorang remaja, nasihatilah aku seperti adik beradikmu.

Kerana aku telah kehilangan harmoni kekeluargaan, yang dulu pernah aku ecapi.

Terima kasih semua yang sudi membaca. Jika kalian masih punyai ibu, hargailah dia. Kerana saat hilangnya ibu, hidupmu akan berubah. Aku telah rasakan derita itu.

Sudikah kau berkongsi ibumu dengan ku?

-doakan kami 6 beradik berjaya dunia akhirat. Amin.

Reaksi Warganet

Nurul Waheda –
Saya dah rasa apa awak rasa. Bezanya saya dah takda kedua duanya. Tapi ingatlah kita dilahirkan sebagai hamba Allah, bukan hamba manusia.

Ibu yang telah pergi, doakan dia bahagia di sana. Kita juga akan ke tempat yang sama 1 hri nanti. Bersangka baik dengan Allah. Apa yang Dia amik, Dia akan gantikan dengan yang lebih baik.

Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah. Percaya pada Dia. Dia akan bagi apa yang kita perlukn, bukan apa yang kita mahukan. Awak sedang diuji. Mak saya pesan sebelum dia pergi, jangan pernah berpisah adik beradik selepas dia tiada. Mereka juga harta kita… Moga awak tabah setabahnya.

Ena Fauzee –
Allah, angin kuat sangat kot habuk boleh masuk mata.

Sis, be strong okay? Allah sayang sis sebab tu Dia uji. Jangan pesimis sangat dengan ibu tiri sis. Be optimis sentiasa, ada hikmah kenapa Allah uji sis dengan ujian seberat ni.

Allah give you pain, because you ask for strength. Instead of giving you what you want, he train you to be the person you wanna be.

Pasal harta aruwah ibu sis, yes you have to do something. Sis doa lah supaya ayah sis sedar apa yang dia terlepas pandang. Kalau betul sis rasa dia kena guna guna, better bawak dia pergi berubat. May Allah ease ur life. Moga sis dan keluarga kembali harmoni dan bahagia. As for now, you gotta b strong. Okay? Chaiyokk

Fiza Amir –
Sis nk cakap ni, pergilah bawak ayah berubat dengan perubatan Islam, mungkin betul die sakit akibat perbuatan orang. Saya sendiri pernah tengok suami isteri anak da 3/4 yang bercerrai akibat perbuatan orang dan mngsa tak sedar akibat pukauan atau sihir pengasih.

Sis baca al-quran, solat hajat banyak banyak, istighfar banyak banyak minta pertolongan Allah. Minta Allah supaya hati bapa sentiasa ingat anak anak dan rasa kasih sayang kepada anak anak…

Ingat hati manusia Allah pegang. Sis janganlah bersikap kurang ajar dekat ayah, fikir die sakit sebab baru kehilangan isteri. Sebab da lama hidup ada anak dan isterinya tetiba hilang dan tidak boleh menerima kenyataan macam sis jugak.

Jadu untuk mengalih tumpuan die beralih ke tempat lain. Sejahat-jahat ayah, mesti dia sayang anak anak sebab dia yang membesarkn dan menjaga anak anak dari Kecik hingga besar.

Dia takkan dapat hidup tanpa anak anak. Jangan melulu buat keputusan, fikir sebelum bertindak. Sis kena kuat untuk adik adik sis dan Ayah sis yang sakit..

Nur Qasih –
Sedihnya baca cerita akak. Humm tetiba rasa mata masuk habuk. Sedih sangat. Tak dapat bayang bila aku kat tempat akak ni akan datang.

Harap ummi abah aku panjang umur dan sihat wal’afiat sampai mereka ada cucu cicit. Amin..

Kalau Confessor baca komen aku, maaf sangat sangat kalau aku buat hati hang terguris.

Btw, Tabah kak! Saya tahu akak mampu lalui semua ni dengan baik. Tolak Negatif, Ambik Positif. Happy and Smile Always. Mak akak suka tengok akak jadi anak dia yang solehah dan gembira selalu. Sekian dari saya , Assalamualaikum.

Sumber – muslimah via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post