“Saya isterinya”. Tgh khusyuk menangis, si isteri terkjut. Wanita disblhnya tiba2 menyahut mengaku




 Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkongsian kisah benar. Kini semakin hari rekod percerraian yang dilaporkan di Malaysia. Kadang kadang di lihat seperti sudah biasa dengan keadaan sembunyikan perkahwinan atas kepentingan peribadi semata mata.

Oleh itu samalah seperti kisah yang saya akan kongsikan ini.

Ini adalah suatu kisah yang pernah ditanya dan diluahkan kepada Saya dengan cara berjumpa di luar (private meeting).

Wanita atau si isteri ini sangat memerlukan bantuan (moral support) untuk meneruskan kehidupannya agar tidak sekali lagi tersalah langkah.

Jadi kisah ini berlaku dua tahun yang lalu yang mana si isteri tidak pernah pun bermimpi bahawa suami akan berkahwin secara rahsia tanpa pengetahuannya sebagai seorang isteri. Dia sangat kecewa setelah kebenaran diketahui, terasa diri ditipu oleh suami tercinta.

Ceritanya bermula apabila suaminya dimasukkan ke hospital disebabkan berlaku serangan jantung di tempat kerja.

Semasa isteri tersebut khusyuk menangis, datang seorang wanita yang tidak pernah dikenali turut juga menangis di sebelah si isteri tersebut.

Ketika itu isteri tersebut beranggapan bahawa mungkin suami atau saudara mara wanita itu juga sedang bertarung nyawa di bilik kecemasan.

Beberapa jam kemudian datang seorang pembantu perubatan memanggil ahli waris suaminya dengan menyebut nama “DAUD BIN HASHIM” (bukan nama sebenar).

Bermulalah kejutan! Apabila si isteri tersebut hadir ke hadapan bersama dengan wanita yang sedang menangis bersebelahannya tadi.

Pembantu Perubatan dengan pantas bertanya,

“Yang mana satu isteri atau saudara mara Encik Daud Ya? Sebab Doktor arahkan Saya memanggil isteri atau mana mana waris Encik Daud masuk ke dalam bilik ini. Hanya seorang sahaja dibenarkan masuk.”

Wanita tersebut dengan pantas menjawab, “Saya isterinya”. Tergamam si isteri tersebut seketika apabila wanita yang sedang menangis tadi mengaku sebagai isteri kepada suaminya.

Sepantas kilat juga si isteri tersebut juga berkata, “Saya isterinya. Saya dapat panggilan kecemasan tiga jam lepas. Mungkin Puan ini tersalah suami kot. Nama DAUD BIN HASHIM adalah suami Saya”.

Wanita itu berbalas kata, “DAUD BIN HASHIM suami saya. Kami sudah pun berkahwin tiga tahun lepas! Jadi macam mana pula awak boleh mengaku dia suami awak??”.

Tanpa berbalas kata, Pembantu Perubatan tersebut terus meminta kedua duanya masuk ke bilik itu dengan melihat sendiri suami siapa yang berada di dalam bilik itu sebenarnya.

Dipendekkan cerita semasa isteri tersebut bersama wanita itu masuk ke bilik rawatan, terlihatlah Encik Daud sedang berehat sambil mendengar nasihat doktor pakar.

Alangkah terkejutnya muka suami itu apabila melihat isteri dan wanita tersebut hadir kaku dihadapanya!

Suasana bertukar sedih apabila suami dengan pantas meminta maaf kerana merahsiakan perkahwinan yang telah dibina sejak tiga tahun lalu bersama wanita tersebut. Mereka telah pun mempunyai seorang anak lelaki.

Perasaan isteri tersebut bertukar dari sedih menjadi mimpi ngeri. Perempuan mana tidak sakit hati apabila suami dengan tegarnya menikahi wanita lain tanpa pengetahuannya selama tiga tahun dan mempunyai seorang anak. Kantoi pula di hospital.

Kepada yang bersimpati terhadap nasib si isteri pertama, beliau sangat berterima kasih ketika ini kepada anda semua.

Kini dirinya telah pun dicerraikan selepas wanita itu mengetahui bahawa Encik Daud mempuyai isteri lain selain dirinya. Setelah itu wanita tersebut meminta isteri pertama tidak lagi menganggu suaminya.

Oleh disebabkan konflik yang berpanjangan sehingga telah memberi kesan negatif kepada mental dan fizikal, maka isteri tersebut redha apabila suaminya memilih untuk hidup bersama dengan isteri kedua berbanding dirinya.

Daripada dibohongi hidup hidup lagi, biarlah isteri pertama ini memberi ruang kepada mereka agar suami itu bertaubat serta hendaklah membuang sikap berbohong “sunat” kononnya itu demi kepentingan peribadi.

Kesimpulan yang Saya dapat dari kisah ini ialah bernikah secara sembunyi sebenarnya lebih parah kesannya berbanding mengikuti dengan cara yang betul setiap prosedur pernikahan p0ligami yang telah pun ditetapkan di Malaysia. – Waallahhu’alam

Reaksi Warganet –

Nurna NaFiz –
Isteri pertama layak tuntut harta sepencarian apabila berlaku p0ligami. Tak perlu tunggu bercerrai.

Tuntut hak siap siap senang. Biar suami dan isteri baru cari rezeki depa sama sama pulak. Rasa susah senang macam mana. Harap isteri pertama dalam kes ni yang dah dicerraikan telah tuntut harta sepencarian.

Teddy Chomel –
Nak nikah, nikah la sebab benda halal. Tapi sampai bercerrai berai dengan alasan taknak bermadu sangat la selfish.

Bini no 2 dah la datang kendian, tanak sharing pulak tu. Tu yang buat geram

Nur Mustikarahman –
Ini lah sebab aku bongkar kan isu bapak aku kahwin lain. Haha puas hati aku. Saudara mara meroyan marah sebab masuk campur pasal hal orang tua, eh eh aku pun dah tua.

Kalau tak bongkar bagitau.. Mak aku macam mana? Suka mak aku diperbodohkan mati2 patuh patuh tak tentu hala.

Orang selalu cakap. Jangan masuk campur hal rumah tangga orang.. Korang ada 2 pilihan je. Antara senyap dan hindari orang tersebut. Atau bongkar kan.

Bagus lah masing masing tahu? Berbohong ni nak tenang kan hati si suami je. Dia nak kahwin 2,3,4 tapi dia tak nak sakit kepala, tak nak stress. So dia ingat bila isteri tak tahu boleh lah hidup tenang.. Boleh cucuk sana sini dengan happy…

Saya laungkan semua dekat perempuan diluar sana!

MOH KITA BONGKAR!SIKIT LAGI AKU NAK BUAT ROADTOUR SATU MALAYSIA UNTUK ISTERI ISTERI JENIS ANGGUK ANGGUK NI.

Syazrah Mat Kail –
Cerita surprise betul.

Teringat masa apply sijil faraid aruwah suami, Hakim boleh masa tu tanya “Puan isteri kepada aruwah? Ada tak masa hari pengebumian aruwah, wanita lain datang mengaku tu suami dia jugak?”

(Perasan masa tu macam nak hempuk Tuan Hakim Syariah tu pakai fail yang kita bawak) – riak muka aku dah lain kot, mana mungkin aruwah laki aku kahwin lain….

Nasib la Tuan Hakim tu terus explain, bukan apa Puan… Saya tak nak ada kes berbangkit kemudian hari. Takut aruwah ada kahwin lagi satu ke? kahwin kat sempadan ke? Ni semua nanti akan ada effect pada masa akan datang. Waris, nasab dan keturunan.

Alhamdulillah, hilang rasa geram masa tu…

Rasidah Mohamad Rasit –
Dekat kampung Saya, ada pak Cik ni. Kawin 2. Isteri pertama anak 9, isteri ke2 dapat anak sorang. Anak dah keje Dan kawin semuanya. Tapu isteri pertama masih tak tau lagi hal sebenarnya smpai sekarang.

Keluarga suami tau. Isteri pertama pun rumah berhampiran je dengan ahli keluarga lelaki tu. Hebat lelaki tu, berjaya simpan rahsia hampir seumur hidup.

Yangg ke2 tu merupakan kekasih Pertama. Dah putus tapu jumpa balik lepas dia dah kawin. Terus ambk keputusan untuk kawin Kali ke2 dengn kekasih Pertama tu. Semoga Allah permudahkan urusan mereka.

Dilla EizMaira –
“bohong sunat” ni selalu pnunggang agama je yang guna. Selalu berlaku bila kahwin lain diam diam, akhirnya kantoi. Selalunya isteri pertama akan diceraikn..

Yela, kalau betul betul sayang isteri pertama masakan bole wujud isteri kedua?
Samada yang pertama minta dicerraikan sebab dah jauh hati. Atau terpaksa dicerraikan sebab no.2 taknak bmadu.

Sebab tu ada isteri tak boleh terima suami kahwin lain. Ye even suami mampu sebab hakikat kebanyakkan perempuan tau bila dah ada ke 2. Selalunya yang pertama akan diabaikn, disisihkan dan akan wujud berat sebelah.

Jadi dari tersiksa dan menjeruk perasan maka melangkah lebih awal jalan terbaik. Mudah untuk orang bercakap. Tak cuba tak tau. Kena try dulu. Haha. Kalau try dan ok baguslah tapi kalau try tapi dapat madu puaka, suami xadil pula.

Even untuk 2,3 bulan je pun tapi rasa perit dan sakit tu akn kekal dirasai sampai mti. Cukupla hati dikhianati suami. Untuk apa la siksa diri kalau rasa tak mampu. Bab p0ligami lelaki biasanya acah acah mampu je.

Sumber – Amalina Adam (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post