Lps suami keluar, cpt2 bapak ‘basuh’ aku. Aku dah tak terfikir rahmat, ini bala terbesar dlam hidup aku




 Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan hai. Aku Tia. Aku menulis ni untuk minta nasihat.

Dalam ramai ramai warga maya, mesti ada seorang dua yang kata katanya dapat menusuk terus ke hati. Jadi aku harap kalian dapat bantu aku, dengan beri aku nasihat. Dan juga teguran.

Aku dah kahwin. Baru setahun jagung, ada seorang anak.

Sebelum kahwin, aku ada ‘berkawan’ dengan seseorang. Tapi mak bapak aku reject, sebab tak nampak Islamik. Jadinya, aku dikahwinkan dengan suami, yang nampak Islamik di mata mereka.

Aku akur. Aku lepaskan segala galanya tentang ex, dan bukakan luas luas pintu hati untuk terima suami. Mungkin sebab tu jugak aku cepat dapat anak.

Tapi kasih yang aku semaikan, racun yang suami siramkan. Kata katanya, perbuatannya selalu buat aku makan hati. Dia sering merendah rendahkan aku dan keluarga.

Rupa aku tak menarik mana, pakaian aku old school, kolot. Tapi tak pulak dia belikan aku pakaian yang up to date macam yang dia nak. Dan banyak hal keluarga aku dia kritik.

Aku terkelu. Tak sangka sebegini rupa sebenar dia. Dia komplen pasal aku, aku biarkan saja. Tapi ya, aku dah hilang rasa kasih. Cuma terus bertahan sebab title isteri.

Bila dia kritik hal keluarga, memang aku ada tegur. Kerana kata kata dan perangai dia, sedikit demi sedikit, mula bercambah rasa tak suka dalam hati aku.

Makin serabut, dua dua keluarga sibuk nak mengatur, sibuk komplen urusan kami. Berada di rumah keluarga dia, aku tahu keluarga dia tersangat cerewet bab makanan.

Jadinya, aku tak memandai mandai. Hanya sekadar sentiasa ada di dapur tolong mak dia. Dan ya, aku selalu kena perli tak pandai masak.

Prinsip aku, kalau sekadar tahu sikit sikit, itu bukan level ‘pandai’. Terasa, tapi aku diamkan saja.

Berada di rumah keluarga aku, orang tua komplen pasal layanan aku. Kata aku tak masak untuk suami, tak layan elok elok di meja makan, biarkan suami kelaparan. Dan banyak lagi hal yang mereka perhatikan untuk ‘basuh’ aku.

Aku diamkan jugak. Padahal aku dah beringat bab ni. Aku buat. Cuma mungkin ada sekali dua terlepas.

Ditakdirkan Tuhan, aku alahan teruk sepanjang mengandung. Dalam keadaan mengandung ni, lagi teruk aku kena basuh.

Sampai ada sekali tu, suami keluar. Bapak panggil aku, tegur lagi. Mungkin dah tak tahan sangat, aku menjawab. Terus kena jerkah, dan dikata macam macam. Salah satunya, kata bapak, “Kalau ada layanan suami yang tak kena, itu sebab kifarah atas dosa dosa aku”.

Masa ni, aku dah tak fikir rahmat dalam perkahwinan ni. Aku fikir ini bala terbesar dalam hidup aku. Tiap tiap hari makan hati.

Ada ketika aku rasa nak slow talk dengan suami, aku cuba luah. Tapi bila dia asyik mencantas bila aku bercakap, malas dah aku nak cakap lagi.

Tertekan dengan dia, tertekan dengan campur tangan keluarga belah aku, tambah lagi campur tangan keluarga belah dia.

Hidup aku tak pernah sunyi, ada saja yang tak kena. Lepas bersalin, aku lambat recover. Tak terjaga sangat pantang. Masih lagi serabut.

Sakit bersalin belum habis, sakit masalah membuang, sakit kena komplen tak peduli suami, sakit orang sibuk komplen hal anak.

Mujur Tuhan jagakan aku, aku tak meroyan. Bayangkan, selepas bersalin aku hanya sempat berurut 4 kali saja. Makan minum pun ada kalanya kena fikir sendiri.

Ya, aku rasa macam ‘mti’. Tak ada harapan, tak ada cita cita lagi. Kalau ada lagi esok, ada lah. Lalu saja lah.

Syukurnya, kami PJJ. Jadi, aku rasa ada sedikit ruang untuk aku. Kurang sedikit tekanan. Badan aku masih lemah. Sampaikan kawan sekerja aku kata, pucat sangat muka. Ni mesti tak habis pantang.

Aku rasa nak meraung masa tu jugak. Betapa siksanya hidup aku. Tapi mujur la aku mampu kawal lagi. Kalau tak, nanti jadi bahan bualan pulak.

Aku jadi sangat emosi. Ada masanya aku termarah anak. Ada masanya cepat sangat menangis. Dan yang buruknya, aku yang tak pernah pernah menyumpah sebelum ni, akhir akhir ni dah jadi tabiat.

Baru baru ni, ada seorang kawan yang dah lama lost contact tiba tiba mesej. Bertanya khabar serba sedikit, dia kata dia kagum dengan aku. Lembut, tabah, kental.

Jatuh terduduk aku. Masa tu jugak berhamburan air mata. Itu aku yang dulu. Yang dah lama ‘mti’. Aku yang sekarang dah ‘hancur lebur’ ditelan kejamnya dunia.

Dan lagi aku rasa terhenyak bila aku cari balik pasal ex, aku dapat tahu dia sudah jumpa jodohnya. Sangat cantik, sangat mempesona.

Sekali lagi aku meraung raung. Betapa aku cemburu dengan semua orang. Sedangkan aku di sini hilang diri aku sendiri.

Dah lama aku cari info pasal cerrai. Ya, hanya ini yang selama ini berdengung dalam kepala.

Pernah satu ketika, terjadi satu insiden. Aku luah perasaan, betapa kecewanya sebab aku dah banyak kali bertanya, berpesan sebagai persediaan. Senang saja dia jawab, dah memang sikapnya ambil mudah segala hal.

Masa ni, buat pertama kalinya aku katakan, cukuplah setakat ni. Kali ni aku sebut, sebab aku rasa dah tiba masanya. Dia terdiam.

Bila mana aku sebut cerrai, dia kata dia sayang. Baru ada nampak usaha sikit. Dia akan minta maaf. Tapi hujung hujungnya dituding salah pada orang lain.

Aku dah tawar hati. Apa patut aku bagi masa lagi, atau teruskan dengan permohonan cerrai?

Reaksi Warganet

Mawar Jasmin –
Baru setahun baik bercerrai jelah bagi dia peluang cari yang sama standard dengan dia. Suka hati je nak kutuk kutuk anak orang.

Lagi ditunggu risaunya anak bertambah kasih tak juga bercambah.

Adlin Norhasran –
Lesson untuk gadis gadis, jika berkahwin sebab orang lain (parents etc) suruh lagi lagi takde secebis perasaan pon dekat lelaki tu, bersiap sedia lah. Kebarangkalian utk berpisah tu tinggi.

Dapat lelaki dan keluarga lelaki yang ikhlas terima kita seaadanya, beruntunglah. Tapi kalau dapat macam kisah TT ni, good luck sajelah yang mampu saya katakan.

Hidup berumah tangga, it’s not about cupcake and rainbow all the time. Yang saling mencintai pon tak menjamin.

Nur Mustikarahman –
Apa yang perempuan takut kan sehingga kena jatuh gedebuk gedebak baru sedar eh?

Benda pertama pun dia tak mampu buat, iaitu menyediakan tempat berteduh untuk awak. Ni memang family kolot terlampau. Tak ada timbang rasa. Mak dia pun tak bagi awak bahagia.. Nak suruh jadi macam dia je..

Tak pun kau pergi bising dekat bapak kau. Bapak kau yang pilihkan sebab kopiah lelaki tu kan? Haaaa dah dah pergi serabut kan kepala bapak kau dan mak kau pulak.. Transfer negetivity tu dekat diorang yang pandai pandai sangat tu

Masrina Md Saad –
Pada pendapat acik yang pengalaman tak byk mana ni.. sila berterus terang, seterang hati dan jangan peram masalah. Makan dalam nanti. Mau syaiitan akan cucuk cucuk batu api.

Dekat diri pada Allah. Wake up dan pikir secara positive slowly pun takper. Awak bertuah dapat rezeki anak, anak tu pemberi kebahgiaan dan rezeki.

Cuba ubah cara awak bagi lawa lawa. If suami tak bagi duit, awak guna duit awak. If awak ada duit extra, if suami tanya lagi minta le duit poket from dia. Nak suruh isteri lawa tapi kedekut duit.

Dalam rumahtangga kena ada 2way communication. If 1way road itu yang perang dalam diam. Or perang meletus.

Nak bahagia dalam rumahtangga memang ada pasang surut. Biasa lah, saya masa pantang pun sama, ssembelit. siap kena bengkak cantik…siksa ooo

Norr Faridah Berahim –
“Kata bapak, kalau ada layanan suami yang tak kena, itu sebab kifarah atas dosa dosa aku.” Sekadar bertanya, Pak hang follower tegar Prof Serbatau ka?

Tabah je nak.. Luah dekat Allah, tulis dalam diari, rasa nak marah , berwuduk , solat sunat, jangan sesekali lepas marah pada anak, nanti sampai ke tua menyesal, anak pun trauma nanti.

Sibukkan diri, cari kawan kawan yang positif tapi jangan luah tak menentu pada kawan takut ada yang talam bermuka muka.

InsyaAllah kita lebih tenang bila yakin apa yang kita luah Allah dengar. Kadang kadang buntu, baca surah Al Insyirah. Yakin.. Kita akan tenang sebab Allah dah janji dia bagi ujian kepada orang yang mampu .. Doa Acik moga hang tak mudah mengalah nak

Sumber – Tia (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post