Dah lama xdtg, mlm tu suami masuk bilik. Esoknya, aku luah. Mak dan adik, terus menangis




 Foto sekadar hiasan

Abang masuk bilik, duduk tepi aku. Perlahan lahan dia kata, dia nak minta maaf dengan aku. Dia tahu aku sakit hati dan marah bila dia kahwin lain.

Lama aku senyap, banyak benda dalam kepala otak aku ni dah standby nak sembur dekat dia, berbulan lama aku practice dalam kepala otak aku. Yang mana satu aku nak sembur dulu.

But, when the time comes, aku sendiri tak percaya, dengan tenangnya aku boleh kata it’s okay. Aku sendiri masa sebut tu pun tak percaya, aku boleh kata dengan tenang. Suara aku normal, tak marah marah. Sedangkan selama ni meluap luap marah aku duk tahan.

Dia kata lagi, dia minta maaf. Dia nak berbaik dengan aku sebab aku yang lama dengan dia berbading “orang lain”. Sebelum dia cakap lebih lebih, aku terus potong. Aku kata, aku minta maaf.

Aku sendiri terkejut, entah dari mana datang minta maaf tu. Aku sendiri tak pernah terlintas atau terfikir nak cakap macam tu. Tapi malam tu, segala apa yang aku sebut, betul, aku percaya, Tuhan yang bantu aku.

Aku kata dekat dia elok elok, dengan tenangnya, aku minta maaf sebab tak dapat jadi yang baik untuk dia. Mungkin aku rasa aku dah buat yang terbaik, tapi sebenarnya tak cukup. Aku kata dekat dia, memang aku mengaku aku sedih, aku rasa dikhianat, aku rasa dihina.

Aku kata dekat dia, Abang dah ada perempuan lain, tak apa lah, ada baru, ada lah. Saya tak kata apa apa pun kan? Tapi jangan hina hina saya. Yang Abang cakap tak cantik, tak pandai melawa ni la Abang duk ratah dulu.

Saya pun bagi apa yang saya ada sebab saya sayang dan percayakan Abang. Tapi bila Abang cakap macam tu, hati saya hancur.

Abang nak ada perempuan lain, abang teruskan lah. Jangan hina hina saya bau minyak angin apa semua tu. Abang datang minta maaf atau tidak, saya tetap diri saya. Saya tetap lah yang tak cantik ni. Abang datang minta maaf macam ni, esok bukan muka saya berubah jadi Fazura. Saya tetap macam ni.

Tiap malam saya kena ada ubat atu minyak angin tu, baru saya boleh tidur. Saya sapu sendiri minyak angin tu, satu hari saya jaga anak, jaga rumah. Abang balik kerja, saya tak pernah minta Abang buat apa apa. Tapi saya letih, saya tak minta Abang urut saya ke apa, minyak tu pun saya sapu sendiri.

Saya tahu Abang susah lepas kahwin dengan saya. Tapi saya bangga tengok Abang kerja keras. Saya bangga buktikan dekat mak ayah saya, yang Abang boleh jaga saya lepas saya keluar rumah ni.

Masa tu, aku nampak dia dah mula menangis, macam budak. Aku tak tahu apa yang buatkan dia menangis tu. Sama ada dia betul betul rasa insaf ke apa, aku pun tak tahu.

Aku sendiri terkejut malam tu, aku tak marah dia langsung. Aku boleh luah semua yang aku kata dengan tenang. Lepas semua tu keluar dari mulut aku, aku rasa lapang. Aku rasa sejuk dekat hati aku. Setitik air mata pun tak turun depan dia.

Aku kata dekat dia, aku nak berpisah cara baik. Duduk jauh macam tu, hanya tambahkan dosa aku dengan dia. Aku tak buat tanggungjawab sebagai isteri, dia pun sama. Aku minta pisah cara baik sebab aku tak mahu Ryan jadi mngsa. Dia masih budak, masih seronok bermain. Dia tak tahu apa apa.

Abang terkejut bila aku minta nak berpisah, tapi aku buat bdoh saja. Buat buat tak perasan. Malam tu, aku tolak secara baik, aku minta dia balik tidur rumah mak ayah dia.

Esok pagi tu, mak ayah aku tanya, apa jadi semalam? Kenapa Abang datang? Dia cakap apa? Time tu aku berempat saja dekat ruang tamu. Aku ayah mak dan adik bongsu. Tak semena mena, bila ayah tanya, aku menangis.

Teresak esak aku menangis. Apa yang aku sebut malam sebelumnya, apa yang aku lalui sepanjang hari dekat kenduri rumah mertua aku, semua ter flashback dekat kepala aku. Apa yang Abang buat dan kata dekat aku, semua datang balik.

Aku menangis sampai ayah aku datang duduk tepi aku. Usap usap bahu minta sabar. Mak aku menangis. Adik aku yang tak tahu apa tu pun menangis. Ryan saja tak ada sebab tidur.

Aku rasa lega, sebab aku dah berjaya minta dia berpisah dengan aku. Tapi aku rasa apa yang aku invest untuk dia selama ni sia sia. Aku rasa apa yang aku buat selama ni betul tapi semuanya tak bawa apa apa makna.

Mak ayah aku terus bangkang, mereka suruh aku berhenti salahkan diri aku sendiri, jangan ingat benda benda dah lama yang dah lalu.

Even ayah aku pun cakap dekat aku, kalau tak ada kejadian kejadian macam ni mungkin sampai bila aku pun tak berubah nak dekat diri dengan Tuhan, nak jadi lebih baik.

Mak ayah aku pun mungkin masih sibuk sampai tak ingat nak bagi perhatian dekat anak anak. Kami menangis berjemaah lah pagi tu sambil tunggu bibik goreng nasi. Bila teringat balik, kelakar pun ada.

Betul kata ayah, disebabkan aku jumpa Abang, aku dapat anugerah terindah dalam hidup aku, Ryan. Dia lah peneman setia aku.

Aku dengan Abang bercerai lepas raya haji tahun lepas. “Aku batch 1994, masa bercerrai, umur aku 26. No SPM, Jobless, single mother and broke. Kau ada?”. Hahaha itu lah status FB aku pada hari aku bercerrai. Lepas tu aku tutup dan buat FB baru.

Dengan rakan rakan dekat sahaja, ahli kelarga yang terdekat sahaja. Semua dekat FB aku pun kalau tak pasal Ryan, pasal aku tolong mak ayah aku, bibik atau adik beradik dekat rumah.

Sekarang, goals aku lain. Dulu aku nak jadi someone yang terbaik untuk Abang dan keluarga yang kami bina.

Tapi now, aku nak tumpukan perhatian sepenuhnya kepada self love. Rasa sayang dekat diri aku, aku tak nak jadi orang yang terlalu memikirkan benda lepas dan akhirnya buatkan aku dan paling worse, anak aku jadi mngsa.

Aku dah janji dengan diri aku sendiri untuk usaha habis baik, lepas ni cari kerja yang aku mampu buat untuk masa depan Ryan. Apa yang paling penting adalah pendidikan dan masa depan dia.

Aku nak pastikan dia tak kecewa dibesarkan oleh ibu tunggal dan janda macam aku. Mohon doa dari korang semua. Aamin.

Abang masih baik dengan kami. Cumanya, aku tak berhubung dengan dia. Urusan nak jumpa Ryan atau sebagainya, dia akan contact ayah aku. Almost everyday juga dia VC dengan Ryan guna wasap call ayah aku. Ryan pun ada adik tiri baru perempuan. Aku tumpang gembira untuk Abang dan isteri dia.

Cuma aku harap, sesiapun yang baca confession ni, kalau ada someone istimewa yang baru, terus terang. Jangan hina hina, ungkit benda benda yang tak perlu.

Kita tidak tahu penerimaan seseorang tu macam mana, kita tak dapat pun baca hati dah minda orang. Jadi bincang dan cakap elok elok. Dengan kata kata tu lah boleh buatkan orang menyalahkan diri sendiri, berasa terpinggir dan terus menyendiri.

Kadang kadang, sebab orang bnuh diri dan kemurungan ni, bukan sebab hutang banyak dan muflis saja. Tapi, kata kata yang setajam pedang tu lah puncanya.

Satu lagi, aku nak share satu lagu yang bantu aku pulih dari rasa depressed, adik lelaki aku bagi dekat wasap. Sampai sekarang aku dengar hari hari. Indah sekali maksudnya. Epiphany- hadiah dari aku untuk korang juga.

Sebelum membenarkan orang lain sayang kita, kita kena sayang diri kita dulu. Let’s live to the fullest. Insha Allah

Reaksi Warganet

Nur Izati –
Awal awal rasa nak kecam, hujung hujung menangis sendiri. Betul ni pengalaman mendewasakan kita. Semoga awak dimurahkan rezeki. Tahniah juga dah jadi seorang yang matang

Nur Mustikarahman –
It’s not about you kahwin awal. Your ex husband sampah. Tu je. Nak nangis nangis pulak dah jantan tu. Love ur self okay.

Chaiyok Chaiyok. Jadi sorang ibu yang boleh dibanggakan oleh Ryan. Tak semua pempuan mampu buat macam awak buat. You walk out with class okay! Terus kan berusaha.

Apa yang awak buat, tinggalkan so call lelaki tak bersyukur tu adalah yang terbaik.. You are so confident Dan ada potensi. Bangun Dan cari kebahagiaan awak..

Jangan rasa terhina, salah kan diri sendiri, rasa macam awak hina buruk tak cantik sebab tu awak nak bagi laluan dekat your ex husband together dengan bini baru..

Awak keluar dari perkahwinan ni sebab awak ada maruah, awak berhak dapat kebahagiaan macam mana your exhusband dapat, awak keluar sebab awak lebih bernilai dari menjadi isteri dia.. Semoga bertemu dengan kebahagiaan confessor.

Percayalah. Dah berumur nanti. Kalau mula dari sekarang.. Kita tersenyum bahagia dah dapat lalui ujian ni.. Awak tak gagal pun dalam perkahwinan.. Cuma awak ada pilihan lain.. So awak pilih laluan yang lebih menguntungkan awak.

Cik Puan –
Kadang orang orang dewasa (kakak/abg/pakcik/makcik) nasihat jangan kahwin awal dekat budak budak baru nak up yang tengah kemaruk bercinta, sebab tak nak dia orang menyesal macam ni lah.

Bukan sebab kami jeles atau dengki sebab korang tu ‘laku’ awal. Takde makna aihhh… Ye, memang tak salah pun kahwin muda. Tak berdosa pun.. tapi…

Contoh dah banyak. Even ada yang kata, ramai je yang kahwin muda hidup bahagia segala, tak dinafikan. Tapi kalau kau anak CEO Megah Holding, bapak dah waris kan harta 7 keturunan makan pun tak habis, takpe.

Ni, ramai yang nan hadooo. Dengan sekolah tak habis, nak kahwin awal pun dapat tentangan daripada parents (kalau dapat restu pun sebab parents tu dah tak boleh nak buat apa sebab kau degil sangat).

Tak bagi kahwin kang, kau lari nikah kat Siam pulak. Itu ok lagi. Kalau hidup bersekedudukan sampai beranak pinak.. kau rasa?!

Apa apa pun, nasi dah jadi bubur. Past is past. Jadi kan apa yang dah berlalu tu sebagai pengajaran dan penguat semangat untuk hari hari mendatang.

Saya doa kan confessor dipermudahkan urusan untuk mula kan hidup baru dengan anak, jaga baik baik amanah dan anugerah daripada Allah.

Kalau ada jodoh lagi nanti, pasti kan awak betul betul dah bersedia fizikal dab mental ya. Jangan ulangi kesilapan lalu.

Kalau confessor ada semangat dan masih berminat nak menuntut ilmu, saya cadangkan boleh ambil exam SPM lepas ni. Daftar sebagai calon persendirian. At least kalau tak belajar tinggi pun confessor ada kelulusan SPM.

Mana tahu, ada rezeki lebih nanti dab confessor teringin nak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi (Dip/Degree/Master/PhD) untuk ubah kehidupan yang lebih baik. So kat situ lah gunanya result SPM tu.

Semoga kisah confessor ni jadi pengajaran buat adik adik di luar sana. Ikut hati, mti. Ikut nfsu, lesu…

Orkeed’s –
Hi sis. Kita umur tak jauh beza. Saya batch 96. Hehe. Sis saya kagum sangat dgn kematangan awak. Adore you. Saya yakin segalanya penuh hikmah buat sis. Past is past sis. Takdak sis yg sekarang without the pain you adapt before. Terus kuat sis.

Anw sis, saya sarankan sis ambik SPM. Pegi private school. Saya yakin your parents can afford you. Bukan private school macam anak anak artis tu. Just private school yang dia ajar untuk budak budak ambik SPM.

Saya pernah bersekolah di sekolah yang macam tu. Mostly yang ambik SPM memang bukan 17th (saya 17th tapi atas sebab tertentu saya terpaksa belajar dan ambik SPM melalui sekolah cenggitu). Ada yang umur 20an memang ramai, umur 40an pon ada. Dorang siap dapat 3 4 A’s lagi sis.

Sis pon boleh saya yakin. Kita masih muda. Find at your place sekolah macam tu. Monthly RM 150 je masa tahun 2014 saya SPM dulu. Memang cover everything within a year je. In Shaa Allah boleh sis. Dibantu dengan banyak platform lately. SPM sis tahu teknik confirm boleh skor. Ambik 6 subject teras je. Then you boleh further your dip/degree and so on.

Kalau sis taknak pon is okay. Cuma kalau sis rasa nak tebus apa yang tak dapat dulu, sis boleh cuba. Maybe you can do better this time sis.

Ahh so proud educated single mom ni. Anak sis lagi proud nanti. Anw good luck sis. May Allah ease everything for you.

Sumber – Marshila Mazlan (Bukan nama sebenar) via IIUMC



Post a Comment (0)
Previous Post Next Post