Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum dan hisemua… Memandangkan sekarang banyak isu yang ‘hot and spicy’ sejak beberapa minggu ni, so aku nak share 1 pengalaman aku beberapa tahun yang lepas sekitar tahun 2015/ 2016 masa aku diploma dulu.
Pernah baca entri pasal roommate or housemate pengotor?
Dulu kalau baca dekat IIUM Confessions, aku mesti rasa macam hmm tokok tambah saja ni sebab pemalas or pengotor aku pun aku rasa dah tahap dewa tapi tak sangka ada orang lagi pengotor dari aku.
Pertama sekali aku nak terangkan tentang keadaan rumah ni. Ada 3 bilik tidur. Bilik tidur utama untuk 4 orang, bilik tidur kedua untuk 2 orang dan bilik tidur ketiga di bahagian dapur untuk 2 orang.
So kalau ikutkan semester panjang semua penghuni akan balik ke rumah ni laa tapi disebabkan kejadian ni masa semester pendek, jadi penyewa yang sedia ada berpakat untuk mencari penyewa sementara untuk semester pendek memandangkan dorang semua tak ambil semester tu.
Jadi rugilah kalau bayar rumah tu kosong sepanjang 3 bulan tapi tak duduk kan? So dengan kehadiran penyewa baru, dapatlah kurangkan sedikit kos sewa rumah tu.
Ok story dia bermula bila start short sem. Masa ni aku stay asrama sebab bulan puasa so malas laa nak duduk rumah sewa sebab untuk sem panjang aku akan pindah rumah baru.
Sebelum ni aku sewa sorang saja so sem panjang akan datang aku rasa nak sewa dengan kawan aku, aku perkenalkan sebagai Tyra.
Ok untuk pengetahuan korang Tyra ni laa yang cari rumah, kumpul duit sewa, bayar bil api air semua. So nak dijadikan cerita masa sem pendek rumah kosong. Dorang tak nak la kena bayar banyak.
So dorang cari 2 orang penyewa baru untuk kurangkan bebanan yang ditanggung sebab orang rumah semua tak ambil sem pendek macam yang aku jelaskan tadi.
Maka bermulalah kisah penyewa baru antara kak Hajar dengan akak berpurdah sorang ni (tak ingat course apa). Kak Hajar ni cara dia cari rumah elok la, bayar sewa semua tapi akak berpurdah ni cari rumah last minute.
Tyra pulak jenis dia baik sangat cepat kesiankan orang so dengan tak bayar deposit 1 bulan Tyra terus terima akak ninja ni sebab dah nak bukak sem baru dan akak ninja ni ada masalah kewangan masa tu.
Bulan makan bulan sampai laa masuk hujung semester pendek dalam 3 bulan jugak la kalau tak silap akak ninja tu still tak bayar duit rumah dengan pelbagai alasan.
Tyra tak ambil sem pendek, so terpaksa laa masa hujung sem tu dia datang rumah sewa sebab nak minta duit sewa dekat akak ninja tu.
Terkejut jugak laa aku kenapa Tyra datang tiba tiba. Lepastu baru dia bukak story dengan muka sedih. Selama akak ninja tu stay dalam rumah tu, semua duit bayaran sewa dan bil Tyra yang dahulukan sebab banyak sangat alasan sampai tertunggak bayaran.
Aku pun macam, “hmm kenapa laa Tyra ni bdoh sangat cepat kesian dekat orang”.
Nak marah nasi dah jadi bubur so aku kata dekat Tyra stay rumah tu sampai dia bayar sewa tapi Tyra pulak kata tak boleh sebab ada urusan lain lagi.
Nak tak nak aku terpaksa masuk campur sebab semua orang tahu aku ni agak tegas sikit dan orang orang rumah Tyra semua setuju untuk aku selesaikan masalah ni.
Malam tu Tyra tidur rumah sewa dia untuk jumpa akak tu. Tyra ada whatsapp aku minta aku tidur rumah tu jugak malam tu tapi aku tak boleh sebab hujan lebat.
Aku mintak Tyra hantarkan gambar akak ninja tu dalam whatsapp group. Nampak muka macam baik laa.
Esoknya aku datang rumah, dah petang dan malam tu aku stay rumah tu sebab nak bincang pasal bayaran. Aku datang tu aku terkejut tengok akak ninja tu pakai baju yang semalam Tyra bagi gambar tu.
Aku pun macam hmmm mungkin baju dia yang lain tak basuh lagi kot tapi tengok muka memang muka tak mandi lagi. Masa aku datang tu dah petang tak tahu laa pukul berapa dia ni nak mandi.
Masuk jam dalam 10 malam aku, Tyra dan kak Hajar berkumpul laa dekat ruang tamu rumah nak bincang sikit sebab ada masalah lain lagi selain bayaran tertunggak tu.
Kami cadang panggil saja akak ninja tu untuk cakap ‘face to face’. Akak ninja tu asyik ulang ayat sama dan aku desak dia untuk bayar. Dia buat muka kesian then pandang Tyra sebab dia tahu dengan aku tak boleh berdolak dalih.
Selesai isu bayaran sewa rumah, aku bagi masa tempoh 1 minggu untuk langsaikan sewa rumah 3 bulan tertunggak tu. Masuk pulak isu baru yang kami bincang sebelum ni.
Kan aku cakap Tyra tidur rumah tu kejap kan semalam? Ok Tyra perasan anak patung dia, baju baju dia semua hilang dari almari.
Sebelum ni dia dah tanya kak Hajar pasal ni tapi kak Hajar cakap yang pernah masuk bilik Tyra tu kak ninja sorang saja dan memang selalu kak ninja tu stay bilik Tyra. Tyra berkongsi bilik dengan Mia dari mula mula masuk rumah sewa tu lagi.
Lepas dah habis isu bayaran terus Tyra tanya mana baju baju dia yang ada dalam almari tu. Then akak ninja tu kata tak tahu. Jenuh bertikam lidah jugak malam tu, terus Tyra ambil 2 beg pakaian akak ninja tu.
Tyra bukak beg pakaian akak ninja tu depan kami semua. Korang nak tahu jadi apa lepas tu? 1 rumah bau busuk giila. Bau ni aku tak pernah bau lagi sebelum ni. Nak muntah pun ada.
Then masa Tyra punggah ambil baju baju dia yang akak ninja tu ‘pinjam’, tetiba kami nampak tuala wanita yang dah di pakai ada dalam beg baju tu.
Semua mata melopong kejap. Patut laa bau punya kuat, aku langsung tak sentuh semua baju tu start dari bukak beg tu lagi sebab dah bau pun cukup buat aku rasa nak termuntah.
Boleh bayang kan tak macam mana dia boleh hidup dengan baju baru beli (siap dalam pack plastik) campur dengan baju yang entah pernah pakai ke belum then campur dengan pads dah pakai tapi tak reti nak buang?
Lepas selesai Tyra agihkan barang barang kepunyaan dia then Tyra siap ternampak ‘pakaian dalam’ roommate Tyra (Mia) pun ada dalam tu. Tapi Tyra tak ambil pun harta Mia tu sebab eii geli weh kalau pakaian dalam pun kau nak rembat.
Lebih kelakar akak ninja tu mengaku semua tu yang dia punya sampaikan Tyra tunjuk bukti tag jenama tu baru kantoi bukan yang akak ninja tu punya.
Part aku tak boleh lupa dia siap tak mengaku dan main nama Tuhan wehh lepas dah selesai benda ni dan akak ninja tu dah ‘keluar’ dari rumah tu baru laa kami tahu rupanya dia memang bermasalah dekat rumah rumah sewa yang lain.
Aku tak tahu la macam mana orang macam tu boleh teruskan life dia dan macam mana dia boleh ada pakwe masa tu. Agak agak pakwe dia tahu tak dia pengotor? Aku tak boleh lupa akak ninja tu tanya Tyra, “Wawa ni anak polis ke?”
Moral of the story jangan cepat kesian dan percayakan orang. Kalau dah pakai pads tu buang laa woii habis 1 rumah bau. (sesungguhnya kebersihan itu separuh daripada iman) dan muka baik ni jangan percaya dia ni baik 100%.
Reaksi Warganet
Farah Ant –
Entahlah ya. Time time gini aku rasa ada Mak mulut petir tu sesuatu yabg sangat bagus. Bila dah selalu mak tu memetir suruh bersih itu ini, lama lama kita membesar dah habit untuk jadi pembersih.
Dan tolonglah ye, mak mak dan bakal mak sekalian. Anak umur 5 tahun dah boleh start ajar buat benda benda basic kebersihan.
Jangan tunggu dah jadi anak dara, ha, payah. Room mate aku dulu pernah seorang. Baik budaknya, Alhamdulillah. Tapi tak reti mengendali kain baju. Hmm
Song Lisa –
Teringat masa zaman SPM dulu, saya tinggal dekat asrama sebab sekolah SBP. Then masa minggu SPM, roomate suka beli makanan dari luar dan makan dalam dorm. Dah makan ramai ramai, memang tumpah lah.
Lps makan semua hilang, tanya bila nak kemas semua dengan bekas minyak dekat lantai, ada sorang tu jawab, ‘aku makan sikit je’.
Sabar jap sebab fikir, “Ok, biar lah dua tiga hari nanti dia orang kemas lah”. Tunggu hari ke empat ulat smpah dah merayap atas lantai. Tengah hari tu jugak aku basuh sebab mase tu course kami, aku je free sebab takda kelas.
Petang tu jugak orang yang sama lepak balik dan makan sampai sepah. Masuk dorm terduduk nak menangis, serius terkedu. Baru penat kemas, lepas tu sepah balik. Dahlah yang roomate yang buat sepah ni muka lawa lawa wangi je dalam kelas, bila sampai dorm mandi pon malas.
Cik Wiwie Senget –
Alhamdulillah pernah duduk serumah dengan niqabis. Dia sangat pembersih.
Tapi bila kita jumpa dengan niqabis ni, kalau ada bau peluh sikit sikit tu normal ya. (bukan bau badan hapak/kepam) sebab diorang memang bukan wanita yang pakai perfume bau kuat.
Dan dalam niqab dan tudung labuh tu manusia biasa akan berpeluh. Kita yang pakaian biasa pun berpeluh. Apalagi yang berniqab dan tudung labuh tu kan..
Zainatul Zahara –
Kau rasa cerita cerita dalam ni macam tokok tambah kalau isu roommate pengotor? aku pun gitu jugak weh. Sampai lah aku sambung diploma ada kenal sorang ni.
Dahh 2 minggu asyik kemana mana dengan dia then baru dia buka cite pasal roomate dia lawa tapi pengotor. Kitorang tak percaye dia weh sebab kenal sangat roommate nya lawa popular pulak. Gelak2 kan jela dia.
Then kitorg pun saja la datang bilik dia. Apooo bukak je pintu ambik kau semerbakk bau hamis masam, haha. Baju kotor longgok je atas katil sekali baju bersih. Atas katil tu jugak dia tdur. Belum part meja lagi.
Ya Allah kesian la kawan aku tu. tahan jela satu sem lepas tu cabut cari roommate lain. Aku tak masuk pun bilik dia, tak lalu weh masam gila kepam bau bilik. Serius tak leh lupa sebab aku pun tak sangka jumpa depan mata.
Nuru Najwa Abdul Karim –
Nak pesan nih. Tolong ler jaga kebersihan diri. Terutama kalau kita ni pakai baju banyak kain, tudung banyak kain. Sebab memang tau banyak berpeluh. Cuaca kita plak memang panas lembap.
Jangan ulang pakai. Anak tudung tu tolong tukar tiap kali pakai. Pakaian dalam (bra/panties/kain dalam) tolong jangan ulang pakai.
Manis sangat dah pakai bertutup. Tapi please, jangan sampai kawan duduk atau lalu sebelah bau kepam ya ladies.
Kalau kita sesama kita pun tak tahan, apetah lagi suami uols tu. Kesian, nak tegur kang majuk, kecik ati pula. Sudahnya makan hati.
Pakaian bertutup cantik sangat, lagi bagus disertai dengan bau yang menyenangkan. Tak kate kena wangi ya sampai 1meter boleh tertinggal bau tu. Menyenangkan pun dah cukup.
Pesan jer. Tak semua, tapi ada segelintir.
Sumber – Si Garang (Bukan nama sebenar) via IIUMC