Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca. Aku disini sekadar ingin meluah rasa hati yang berat. Andai ada cara penyelesaian dari pembaca, juga aku terima.
Aku seorang isteri, jugak seorang ibu untuk putera puteri soleh solehah aku. Aku mula kan cerita daripada aku mula menikah saja ya.
Selepas aku dan suami menikah kami memilih untuk tinggal bersama emak aku dimana mak juga memang mahu kami tinggal bersama dia dan dia selesa dengan kami.
Sementara suami mahu kukuhkan kewangan dia terlebih dahulu untuk kami keluar hidup sendiri hidup berdikari.
Dalam kami masing masing selesa tinggal bersama bawah satu bumbung rupanya ada yang tidak senang kami begitu.
Lalu kakak sulungku yang tinggal tidak jauh dari rumah mak (sekampung) meminta kami keluar berdikari.
Untuk memberi laluan kepada kakakku yang lagi seorang yang ketika itu masih bujang tapi tinggal sendirian dibilik sewa kerana dia suka kan privacy sebegitu.
Aku dan suami terus mencari rumah sewa lain yang lebih dekat dengan tempat kerja suami. Aku fikir mungkin ada betulnya. Malah kami bertambah bahagia bila tinggal sendiri dapat susah senang bersama tanpa menyusahkan emak.
Deleted: Lalu kakak ku yang kedua kembali berpindah tinggal bersama emak.
Kami membiasakan rutin melawat emak setiap kali hari off day. Tapi saban hari saban tahun rumah mak makin berubah. Makin kotor, makin semak, makin busuk dengan najis kucing.
Keadaan rumah mak jauh berbeza berbanding ketika aku tinggal disitu. Lantai rumah berpasir. Dapur yang kotor dengan lantai berkerak.
Sampaikan aku tak lalu nak makan masakan emak. Sangat menyedihkan sebab masakan mak lah yang paling aku suka hatta ikan kembong goreng pun bagi aku rasa sedap sangat.
Aku tak mahu menyalahkan mak yang bagi aku sudah dimamah usia untuk melakukan kerja rumah walaupun mak sejenis yang kurang pengemas.
Contohnya bila sapu sampah mak cuma akan melonggokkan sampah di belakang pintu dan membiarkan disitu saja.
Bila aku tertengok gambar gambar rumah kotor yang viral di media social terus aku terbayangkan rumah mak walaupun rumah mak tak seteruk itu tapi ya kotornya lebih kurang.
Lepas kami berpindah, kakakku yang tinggal dengan mak berkahwin dengan pilihan hatinya dan mereka tinggal disitu.
Bagi aku, ya perlu kami salah seorang anak tinggal bersama mak untuk membantu mak dari segi pengangkutan dan sebagainya.
Tapi kakak ku sangat lah pemalas ya Allah. Dia tak berminat langsung untuk mengemas rumah atau masak dan itu lah punca rumah mak makin teruk kotor kerana mak aku perlu dibantu.
Dan usia mak juga bukan untuk buat semua kerja rumah lagi. Kita yang muda yang kuat ni yang perlu ambil alih segala kerja rumah.
Sebelum pandemik aku pernah berniat untuk pergi mencuci rumah mak ketika hari cuti tapi aku juga sibuk dengan rumah tangga aku dan kerja kerja lain yang perlu aku uruskan.
Dan kemudian aku melahirkan anak lagi, ketika PKPP kami pulang melawat mak seperti biasa tapi yang aku nampak rumah bukan nya semakin bersih bila kakak ku cuma berada dirumah kerana tak boleh bekerja. Tapi rumah semakin kotor!
Yang terbaru aku tengok sawang rumah mak penuh di syiling rumah sampai dah kehitaman dan sudah bertali hampir kena kepala. Bayang kan punya teruk sawang tu sampai hitam dah melebihi sawang pintu gua.
Setiap kali aku melawat mak aku tak mampu nak tolong kemas atau apa kerana aku punya anak kecik yang sangat lasak suka mengutip semua benda untuk dimakan.
Jadi memang aku kena fokus untuk anak aku didalam keadaan rumah yang kotor banyak benda berbahaya untuk anak aku.
Mak selalu mengadu hal kakak yang tidak membantu dirumah, dia dan suami makan pun dalam bilik. Kalau gelas air yang di minum ditinggalkan saja penuh meja diruang tamu dengan plastik sampah makanan lain lain.
Aku cuma diam, aku tiada solusi. Rumah itu tak besar pun, cuma dua bilik sahaja.
Maksudku perlukah aku orang yang tidak tinggal disitu ikut campur urus rumah yang kakakku dan suaminya perlu urus?
Kenapa ketika aku dan suami tinggal disitu rumah itu bersih saja, kenapa dia tak mampu buat benda yang sama?
Kakakku belum punya anak kecil macam aku dan aku rasa dia lebih dari mampu untuk uruskan rumah itu berbanding aku.
Aku dan suami takkan sesekali kembali tinggal bersama mak selepas apa yang dikatakan kakak sulung ku terhadap kami dulu.
Kami lagi rela emak datang tinggal bersama kami tapi mak tak mahu. Ya lah, dirumah aku mak tak boleh beraktiviti seperti dirumah sendiri. Dia tiada kawan kawan dan sebagainya.
Aku cuba tidak se’detail’ mungkin untuk karang cerita ini. Aku tak mahu orang yang kenal keluargaku tahu tentang ini.
Aku rasa sangat teruk bila tengok rumah mak begitu, juga aku malu dengan jiran jiran. Dengan keadaan kotor sebegitu bukan nya boleh dikemas dalam sejam dua.
Mungkin ambil masa berhari hari. Dan jika aku mula mengemas aku akan buat bersungguh sungguh hingga bucu lantai pun aku tak mahu tengok berkerak.
Jadi memang ambil masa yang lama untuk aku mengemas sesuatu ruang waktu tinggal dengan mak dulu. Dengan keadaan aku punya anak kecil memang aku tak mampu membantu.
Ampunkan aku ya Allah.
Reaksi Warganet
Normila Saat –
Anak anak perlu sentiasa ingat (terutama yang tinggal sekali dengan mak ayah), bila umur kita semakin meningkat, mak ayah kita juga semakin tua.
Semakin tua mak ayah kita, semakin mereka tidak mampu untuk mengurus rumah tangga. Janganlah mengharapkan mak kita masak masak makanan kegemaran kita, membersihkan rumah seperti waktu mudanya.
Yang tinggal bersama tu perlu ingat juga. Jika mereka tinggal di rumah sendiri pun, mereka perlu mengemas dan membersihkan rumah. Mak kita bukan orang gaji kita.
Sarinah Sultan Ibrahim –
Hired maid. Paling kurang panggil maid sekali sekala. Hal hal macam ni memang memenatkan badan dan otak.
Maid buat sekejap jer. Kita adik beradik pon tak penat dan tak bermasam muka.
Nadiah Tahura –
Saya tak setuju TT pergi kemas rumah tu. Nanti dah kemas beria, kakak dia kotorkan balik.. Lagi syok dia menyepah lepas tu sebab ada orang akan kemas..
Laserkan kakak tu sekali. Cakap dengan dia,
“Rumah kotor ni sama macam undang jin duduk sekali..” boleh bayang apa jadi bila jin duduk sekali? Tu yang berbalah je suami isteri..
“rumah kotor / pengotor ni menifestasi kurang iman dalam diri” ..
Suruh dia kemas or suruh dia pergi cari rumah sendiri. Dekat TT pandai pulak dia nasihat suruh duduk sendiri berdikari
AR Kurobe –
Hakak aku ni sorang memang pengotor ya amat. Keje dia lepas habis sekolah, tido bangun tengok cite Korea pastu kuar dating rembat baju bersih orang (baju dia kotor dia sumbat bawah katil, euwwww).
Dua tiga kali aku halau dia dari bilik sebab perangai pengotor dia. Last last dia kahwin dapat jodoh dengan orang lebih kurang macam dia.
Lagi teruk mak mertua dia hoarder barangan rosak. Rumah dorang tinggal dah dua kali kene harung banjir. Barang banyak rosak tapi tak boleh buang. Rumah tu baru renovate tak sampai 10 tahun dah buruk. Memang buku bertemu ruas laa…
Tapi sekarang ni dia rajin mengemas sebab tabiat pengotor dia tu buatkan dia dapat penyakit kulit, resdung, bad health. So nak tak nak dia kene aktif sikit sebab anak dah empat. Yang no tiga ada asthma.
In the end, fitrah manusia memang kene hidup dalam suasana bersih untuk sihat dan bahagia.
Cer cek kesihatan mak tu, mesti dah ada tanda tanda tak sihat dekat badan dia. Tengok la ada tak ruam gatal tak hilang hilang, kudis ke..
Biasa kalau rumah kotor yang ada haiwan peliharaan mesti ada kene gatal dekat kaki. Tak pun dekat tangan, kalau melecet sikit mesti susah nak baik.
Pastu mesti start asyik batuk batuk dan selsema. Kadang kadang sampai sakit sakit badan sebab batuk berpanjangan. Kalau ada tanda tanda tu bawak pi berubat pastu adukan dekat akak yang pertama tu pasal kesihatan mak kau.
Usually kalau sakit ni ubatnya paling berkesan rutin sihat dengan kebersihan kene jaga. Mintak dia sounds sikit dekat pengantin baru tu. Duduk dah free, ubah sikit perangai pengotor tu. Takut dah ada anak kang habis penuh satu rumah dengan pampers busuk.
Miera Wahab –
1. Minta kakak sulung sampaikan pesanan kepada kakak yang tinggal dengan mak. Kakak sulung yang pernah ‘sound’ confessor supaya keluar dari rumah mak supaya kakak yang ni boleh tinggal dengan Mak kan?
Maka, kakak sulung jugalah yang perlu bersuara hal ni sebab dia yang menyebabkan kakak yang ni tinggal dengan Mak.
2. Bincang dengan semua adik beradik untuk upah orang membersihkan rumah Mak. Pakat kongsi bayaran upah sebab itu rumah Mak, Mak tu atas tanggungjawab semua anak.
Memandangkan confessor kata kekotoran rumah Mak dah sangat ‘tebal’, maka memang perlu upah orang untuk bersihkan. Takkan mampu nak buat sendiri kalau sawang dah sama macam pintu gua.
3. Nasihat elok elok dekat kakak yang tinggal dengan Mak supaya jaga kebersihan. Bukan semata untuk dia, adik beradik lain dan confessor yang kadang kadang singgah rumah Mak, tapi lebih kepada kesihatan fizikal dan mental Mak.
Sumber – Mimi (Bukan nama sebenar) via IIUMC