Dlm mahkamah, buat kali terakhir aku minta izin dr hakim. Sejuk tangannya ku pegang. Aku mula ragu2

 



Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum semua. Ku kumpulkan segala kekuatan daripada doa dan mesej netizen di ruangan ini. Aku baca bila aku rasa sedih, down dan hilang arah.

Aku berbelah bagi mengambil tindakan pada diri sendiri. Betul ke apa yang aku akan buat ini. Aku melihat anak anak yang sedang membesar di hadapan aku. Mereka perlukan kasih sayang aku sebagai ibu dan suami sebagai ayah.

Tapi aku juga perlukan kebahagiaan untuk diri aku sendiri. Perlu ke aku bertahan demi anak, sekalipun aku tidak bahagia dan berselubung dosa. Allahu….

Aku solat istikharah. Solat hajat setiap masa. Aku mohon Allah bagi aku kekuatan. Allah permudahkan urusan aku dan Allah tenangkan jiwa aku.

Setelah aku mengumpul seluruh kekuatan jiwa, emosi dan segalanya, maka aku teruskan kaki…. melangkah pagi itu ke mahkamah syariah. Bersama debaran. Aku pergi berasingan dengan suami aku.

Tiga hari sebelum itu aku ajak suamiku berjumpa di luar. Aku luahkan segalanya. Dia mintak aku fikir demi anak anak.

Aku kata, ye aku fikir anak anak, tapi aku juga berhak bahagia. Aku beritahu kepadanya, sikap diamnya itu kepada aku telah membnuh jiwa aku.

Dia menyiram racun ke dalam hati aku sehingga hati aku mati sedikit demi sedikit untuknya. Bersama deraian air mata. Ye aku sedih. Sedih diperlakukan begitu.

Nafkah ku tidak diberi. Tidak dihiraukan. Tidak bercakap dengan aku. Semuanya menjadi pedih dan luka dihati aku.

Aku mengingatkan kepadanya akan tarikh untuk majlis sulh di mahkamah nanti. Dan peguam aku telah memaklumkan, sekiranya tidak kata sepakat di majlis sulh nanti, dan jika ada kamar kosong, maka boleh diteruskan ke prosiding.

Suami ku sedih. Dia tidak menjangka yang aku akan bertindak sejauh ini. Dulu, bila aku ulang ulang masalah tiada komunikasi, dia hanya salah kan aku. Tidak ada jalan selesai. Ego.

Aku menangis sendiri. Dia biarkan aku bersendirian. Berminggu minggu dia diam dengan aku. Ye… aku sabar. Sabar dalam tangisan. Senyum dalam duka.

Tiba hari yang dinantikan.

Peguam aku telah menunggu kami di mahkamah syariah.. Suami ku telah tiba awal lagi. Aku duduk berjauhan dengannya.

Debaran kencang bercampur sebak berlegar di dalam ruang hati ku. Pegawai sulh memanggil kami berdua. Tuan Haji bertanya kepada suami ku berkenaan tuntutan yang dibuat oleh ku.

Dan adakah suami ku mengaku salah. Ye dia mengaku salah dia. Dan adakah dia bersetuju untuk bercerrai. Suami aku menyatakan dia tidak setuju.

Tuan haji memaklumkan kepada kami, bahawa percerraian bukanlah satu dosa jika sekiranya perkahwinan tidak lagi bahagia. Bila berpisah kita akan ingat tanggungjawab apa yang belum kita tunaikan pada isteri.

Pegawai sulh tanya adakah aku nak berbaik semula. Aku tekad jawab… .tidak. Setelah 20 minit berlalu, pegawai sulh merekodkan kes kami dan terus dibawa ke bilik bicara.

Kami menunggu hakim. Air mata ku laju menitis. Sebak bergoncang di dada aku. Terasa lemah. Jantung aku terasa terhenti seketika apa bila di hadapan hakim.

Hakim tanya suami aku terlebih dahulu, adakah dia setuju untuk bercerrai. Dia jawab tidak. Aku minta kepada hakim untuk bersalam dengan suami buat kali terakhir.

Hakim izinkan. Aku pegang tangannya sebagai suami, yang akan berakhir beberapa detik sahaja lagi. Aku mohon maaf dan ampun atas segala salah dan dosa ku. Tangannya sejuk ku pegang.

Hakim tanya aku jika sekiranya aku ingin tempoh seminggu lagi. Suami aku juga mintak tempoh seminggu.

Hakim tanya lagi aku, adakah aku setuju. Perasaanku berkecamuk di kamar hakim. Antara peluang kedua atau teruskan. Dengan segala tekad dan kekuatan aku minta supaya teruskan.

Dengan dua kali lafaz kerana tersekat sekat, akhirnya lerailah ikatan perkahwinan ku selama 20 tahun. Lafaz telah memisahkan aku dan suami. Jodohku setakat ini sahaja, telah tersurat di dalam azali..

Allahu…. sesungguhnya aku tidak kuat. Aku menangis melihat langkah suami aku beredar dari kamar hakim.

Sebak sangat. Berlinang dan mencurah curah air mata ku. Kami berpecah. Aku meneruskan tangisanku di balik tiang konkrit mahkamah.

Ya Tuhan, berikan aku kekuatan. Aku melangkah dengan longlai. Bermain di minda ku, kenangan lama dengannya dan anak anak . Semuanya seperti filem lama yang dimainkan semula. Sungguh aku sedih kerana ini akhirnya yang terjadi. Terasa lemah.

Berderai air mata aku sewaktu suami melafazkan cerrai talak satu.. Musnahnya rumahtangga yang aku bina selama ini. Yang ku pertahankan selama ni. Yang ku usahakan supaya kekal. Yang ku doakan di hadapan kaabah. Hilang semuanya angkara ego suami ku.

Aku pasrah dalam derita. Menyerah setelah tidak lagi mampu ku hadap….

Sungguh aku sedih kerana ini akhirnya yang terjadi. Aku terus memandu dalam tangisan berjurai. Sedihku tidak terhenti.

Aku hantar location kepada group wasap aku dan anak anak dengan sedikit kata kata. Agak senja aku sampai di rumah. Suami aku tidak berhenti call aku dan mesej untuk ajak berbaik semula. Bercerai pagi petang nak rujuk. Ingat main pondok ke. Allahu suamiku.

Suami aku masih di rumah ini. Aku beri masa untuknya beberapa hari supaya dia boleh cari rumah sewa atau balik ke rumah ibunya. Aku harap dia tidak lama di sini.

Setiap masa bermesej dengan aku, mintak rujuk semula dan berjanji akan berubah dan memenuhi kahendak aku.

Kesedihan aku bersambung lagi di rumah. Anak bongsu ku mengamuk. Menangis. Baling kerusi. Bertempik. Bengkak mata. Anak kedua ku terkejut. Menangis.

Allahu. Aku tidak kuat demi Allah. Semalaman aku menangis. Sedih. Kadang aku harus kuat. Anak tidak boleh membuat keputusan untuk aku.

Aku memang kena tabah dan sangat kuat. Kini aku dalam tempoh iddah. Hakim senang memutuskan iddah aku kerana aku sudah 5 bulan tidak bersama suami.

Untuk semua pembaca dan netizen yang memberi kata kata semangat untuk aku, inilah doa daripada kalian semua yang meminta aku move on. Aku minta doa siang dan malam. Dan inilah yang Allah berikan pada aku.

Terima kasih buat semua sahabat di Confession ini. Ku kutip semangat dan doa daripada kalian semua. Ku bina semula kehidupan baru aku selepas ini bersama anak anak..

Doakan kejayaan anak anak ku dalam kehidupan mereka, semoga mereka tabah hadapi semuanya. Aku juga berharap akan ada sinar untuk aku selepas ini.

Terima kasih semua sahabat semua. Hugs…

Reaksi Warganet

Ashika mitra –
Bila puan amik tindakan sebegini baru suami puan rasa tergugat. Biar la dia. Puan berhak untuk bahagia.

Konon suami puan suruh pikir untuk anak anak, masalahnya dia ade ke pikir pasal anak2? Later on, anak anak puan pasti akan memahami puan.

Puan jangan risau, bagus puan stand for yourself. Saya doakan untuk puan dan anak anak semoga bahagia

Faizah Azaman –
Menangis untuk sehari. Tak salah, wajar bersedih. Esoknya hari baru. Mulakan langkah baru dengan status baru. Bahagia adalah pilihan, bukan ketentuan.

Ramai klien saya bahagia selepas keluar dari perkahwinan t0xic. Dan ramai yang merana apabila mereka memilih perkahwinan yang akhirnya beri kesan buruk kepada mental mereka. Syabas, puan! Move on

Naili Izzatie –
Salam puan. Saya salute puan yang berani ambil tindakan. 20 tahun bukan tempoh yang sekejap. 20 tahun mungkin tempoh yang paling lama puan bertahan dan bersabar.

Saya turuti cerita puan dari 1st confession. Melalui penceritaan puan pun dah menunjukkan puan kuat dan boleh terima serta boleh move on, tenang je membacanya.

Saya harap puan boleh cari kegembiraan puan selepas ini. Bercerrai bukan titik noktah dalam kehidupan.

Mudarissah AmatulLah –
Cukuplah menangis puan. Dah lama puan menangis, kan? Allah dah melepaskan puan dari kehuru-haraan selama ini, maka sujud syukurlah.

Sudah tiba masanya puan berbahagia dengan kehidupan ini bersama anak anak.

Pada saya, perempuan, bila dia dah start membuat curahan hati – itu bermakna rumahtangganya sudah sampai ke ambang bahaya. Kerana perempuan selalunya sanggup makan hati dan memendam rasa jika melibatkan isu suami.

Bercerai bukanlah nokhtah yang mengakhiri novel kebahagiaan kita.. ia bahkan pena yang menukilkan kisah indah kita berbahagia sebagai ibu, anak dan hambaNya yang Esa.

Saya tak mahu panggil puan sebagai jiwa lara. Saya nak panggil puan dengan panggilan serikandi merdeka.

Serikandi merdeka, selamat meneruskan kehidupan baru sebagai ibu tunggal yang kuat, gagah, bersemangat, bahagia, penuh harapan dan memberi manfaat untuk anak anak, ibu bapa serta ummah dan dunia ini.

All the best!

Sumber – JIWA LARA (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post