Adak4h Mem4kai Cincin Ketika Solat Dikir4 Berlapik? Ini Ulasan nya. . .

Kita biasa mendengar bahawa setiap anggota sujud perlu lah mengenai tempat sujud ketika solat, jika tidak sujud tidak akan sah. Dalam kata lain, tidak boleh ada halangan antara anggota sujud dan tempat sujud (sejadah). Kita biasa menyebutnya sebagai’berlapik’.

Menurut riwayat daripada Ibn Abbas R.anhuma, beliau berkata:

أُمِرَ النَّبِيُّ صلّى الله عليه وسلم أَنْ يَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْضَاءٍ، وَلاَ يَكُفَّ شَعَرًا وَلاَ ثَوْبًا: الجَبْهَةِ، وَاليَدَيْنِ، وَالرُّكْبَتَيْنِ، وَالرِّجْلَيْنِ
Maksud: “Nabi SAW memerintahkan untuk melaksanakan sujud dengan tujuh anggota, serta tidak menahan rambut dan tidak juga pakaian (tahan daripada sujud): Dahi, dua tangan, dua lutut, dan dua kaki.” (Riwayat al-Bukhari, no.809)

Daripada hadis di atas, ada tujuh anggota sujud yang perlu diawasi ketika sujud iaitu, dahi, dua telapak tangan, dua lutut dan dua hujung jari kaki.

Namun, bagaimana pula jika seseorang itu memakai cincin ketika solat? Adakah hal ini juga dikira sebagai berlapik?

Menurut penerangan daripada Ustaz Azhar Idrus, hal ini tidak dikira sebagai ‘berlapik’ atau ada ‘halangan’. Hal ini kerana, masih ada bahagian tapak tangan yang lain yang kena pada tempat sujud (hanya sebahagian jari yang tersarung cincin sahaja yang tidak terkena sejadah). Maka itu sahaja sudah mencukupi, tidak perlu memastikan kesemua kulit telapak tangan menyentuh sejadah.

Justeru, tidak perlu risau dan ragu-ragu adakah sujud anda sah atau tidak. Tidak ada masalah untuk memakai cincin ketika solat baik lelaki mahupun perempuan. Wallahua’lam.

Kongsikan Artikel Ini
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Kredit : tzkrh

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini